this is me~!

3:40 AM ---
tHis Is Me!!
‘Dush, bamm!, dush!’
“Dah cukup ar ni..Kalau tak sedar jugak aku tak tahu lah..Jom pergi..”Arahku kepada Seunghyun dan minhwan setelah membelasah seorang peragut yang telah meragut beg seorang gadis.
“Jom.Weyh kau  tak nak kasik dia kat polis ke?” Tiba-tiba sahaja lee jae jin bersuara setelah lama memerhatikanku mengerjakan peragut tersebut.
“Tak payah ar..aku malas ar..lagipun tangan aku dah luka ni..sakit kau tau tak?”
“tahu pun sakit..ingatkan dah kuat sangat..” Sindir lee jae jin.Sebenarnya dah lama dia nasihatkan aku supaya menjadi lebih feminin lagi..tapi aku je yang keras kepala sampai dia sudah tidak tahu hendak cakap apa.Tiap-tiap kali aku bergaduh, dia mesti ingin ikut kerana takut apa-apa akan jadi pada ku.
“Ahh,kau mane tau perasaan aku…. Nah cik,lain kali jangan tayangkan beg tangan ni..karang tak pasal-pasal putus tangan tu kalau kena ragut..k r saya blah dulu.”Nasihatku kepada gadis tersebut.Setelah gadis tersebut mengucapkan terima kasih,aku dan geng ku mula bergerak dari tempat kejadian.
“Aku tak akan lepaskan kau!” Tiba-tiba sahaja peragut tadi menjerit kearahku.Serentak aku memandang lelaki tersebut.
“Aku tunggu!” Jeritku lalu membawa beg sandangku.

                Namaku lee mee sha.Berumur 18 tahun dan masih bersekolah tahun akhir. Sebenarnya aku berasal dari keluarga yang berada tetapi ibu bapaku telah  3 tahun meninggal kerana suatu kemalangan.Sebelum ini aku adalah seorang gadis yang penuh dengan adab,sopan dan control ayu lah gitu..tapi personalitiku secara drastik berubah setelah ibu bapaku meninggal.Sekarang ni harta bapaku kesemuanya diserahkan kepadaku. Jadi aku pandai-pandai lah uruskannya.
“Ahh! Woit sakit r!jangan r picit-picit..aku kasi kau sebijik karang,,”Terus terbang semua khayalanku kerana tiba-tiba sahaja lee jae jin memicit lukaku.
“Dah aku panggil kau tak nak pandang, aku picit ar ape lagi…”Balasnya tenang.
“Kami dah balik…Mee sha..nah air untuk kau..”Ucap song seung hyun dan choi minhwan serentak.Aku memandang rakan-rakanku seorang demi seorang..Jae jin,even dia ni kuat membebel,tapi dialah yang paling caring..ramai suruh aku couple dengan dia..tapi aku tak ada feel ni dengan dia! Seunghyun pulak,perangai dia cute sangat tapi playboy no. satu dalam sekolah. Minhwan pulak..dia ni pendiam,tapi kalau dia dah mula memukul, macam bukan diri dia lagi..memang menakutkan..
“Korang nengok tu dia berangan lagi..aku tahulah kau dah tak sabar-sabar nak jumpe pakwe.tak payah ar nak berangan..”Usik seunghyun.
“Banyak lah kau..weyh aku ada kelas ni..k ar aku blah dulu..jumpe lepas sekolah..bye!” Dengan segeranya aku meminta diri kerana sedar bahawa aku sudah hampir terlambat masuk kelas.
‘haizz!macam mana ni masa dah nak start..mampus aku kena maki dengan cikgu!’Tiba-tiba..
‘DUSSSHHH!’
“Adoi! Apa main langgar-langgar ni?tak ada ,mata apa?” Marahku kepada seorang pelajar yang melanggar ku..sebenarnya aku yang melanggarnya.opppss…
“kau ok tak ni?”Tanyanya sambil memegang tanganku.Tiba-tiba sahaja aku seperti terkena renjatan elektrik..hatiku berdegup kencang,peluh mula membasahi pipi tatkala memandang mukanya yang…cute.. eh cute ke?  Please…tapi…ahh apa-apa sahajalah! Spontan aku terasa seperti sukar bernafas. Aku memegang dadaku yang masih tidak mahu berhenti daripada berdegup kencang. Mataku tiba-tiba menjadi gelap-gelita dan selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi
“aku kat mana lak ni??” Itulah ayat pertama yang aku ucapkan.
“Kau kat rumah aku!macam mana kau boleh pengsan huh?” Tanya budak lelaki yang langgar aku sebentar tadi.
“Asal lak aku kat rumah kau?bukan ke aku kat sekolah tadi?” Tanyaku pelik.
“Dah kau pengsan sampai balik,aku tak tau buat ape aku pun bawak ar  kau balik rumah aku..”Balasnya semula lalu menghulurkan segelas mug kepadaku.
“Huh?aku pengsan eh tadi?”
“Dah tu?kau ni macam perempuan ar nak gelabah-gelabah macam tu..by the way nama aku Lee hongki,panggil aku Hongki je..kau?”
“Nama aku meesh…jaejin,,.Weyh aku nak balik ar,thanks..”Ucapku lalu bangun dari pembaringan.Adoi!Kenapa dia ingatkan aku lelaki? Aku nak dia tahu yang aku ni perempuan ni!! Ahh!! Inilah padahnya apabila dah jadi perempuan,nak jadi lelaki pula..Terpakse aku guna nama jaejin.. Kalau dia tahu ni,,mati aku..

“Kau semalam pergi mane hah?penat kitaorang cari,kau tahu tak?” Marah Lee jaejin.
“Aku balik awal ar semalam,pening sikit..”Dalih ku.
“God! Aku dah lambat!! Aku gerak dulu ar..jangan lupa makan ubat!”Pesan Jaejin lalu membawa beg galasnya pergi.
“..Weyh,malam ni  prom kan?”Tanya Seunghyun setelah lama menatap telefon bimbitnya.
“Ha’ah,kenapa?”Jawabku.
“Tak de ar,cume dak jaejin je dalam geng kita yang tak ada mate..kau jadi ar mate dia..”Pinta Seunghyun mengharap.
“Kau pun tahu kan,aku dah lama tak pakai dress,..aku tak biasa ar,,”
“Don’t worry,aku ka nada, balik karang,kau ikut aku..biar aku make over kau..please!please!”
“Ummm..aku..yelah,yelah..balik karang, kau lambat siap kau.” Sempat aku member amaran kepada seunghyun.
“Aku tahu..aku tunggu kau kat  depan sekolah..”

‘Kring!!!!!’
“Panjang umur kau..”Tegurku apabila melihat Seunghyun sudah menungguku dihadapan sekolah.
“Hari ini,kita nak kena ubah encik mee sha kepada cik meesha,so aku perkenalan penasihat fesyen aku, choi minhwan!!dang!dang!”
1 saat,2 saat,3 saat..
“Ahahahahahahahaha!!!!!!!!Minhwan?hahahahahahaha!!! kenapa kau pakai cermin mata tetiba ni??hahhahaha!!!” Seperti hendak tercabut nyawaku  kerana melihat minhwan yang sebelum ini berpakaian seperti ala-ala bad boy telah berubah menjadi seorang lelaki yang smart tapi skema.
“Senyap!” Tiba-tiba sahaja minhwan mengheretku masuk ke keretanya,manakala seunghyun pula  naik keretanya dan mengikutiku dari belakang.
“Meesha,buka kau punya cap.”Arah Minhwan.Aku hanya mengikut arahan minhwan..“Kejap lagi kita pergi kedai rambut,aku nak panjangkan rambut kau,kemudian kau ikut aku cari dress and last sekali kite pergi make up muka kau..ikut je..”Ujar minhwan setelah menatap wajahku.
“Huh?panjangkan rambut? Sakit kau tahu tak? Aku tak nak tak kira..” Protesku.
“No! kali ni kau kena ikut sahaja apa yang aku cakap..or aku sendiri yang buat,baik kau pilih,,kau nak suruh  pekerja salon buat ke aku?after all pun kau tetap kena buat juga..”
“Haaa!!! Minhwan! Kau dah jahatlah sekarang!” Protesku lagi.
“Aku memang jahat,kau tak tahu ke?” Balasnya tenang sambil menumpukan perhatian dalam pemanduan.

“Aaahhhhhhhhh!!!!!!” jeritku sekuat hati apabila pekerja salon tersebut mengikat anak rambutku sehingga hendak tercabut kulit kepalaku.
“Woi! Senyap sikit..nanti orang pandang ar…jatuh saham aku ni karang..” Ujar seunghyun sambil menutup mukanya dengan majalah manakala minhwan pula sedang mencari baju yang sesuai untukku didalam majalah.
“Seunghyun,malam ni jaejin pakai baju warna apa?” Tanya minhwan kepada seunghyun.
“Warna hitam” Jawab Seunghyun lagi.Aku hanya memasang telinga.
“Minhwan,lama lagi ke nak buat rambut ni?” Tanyaku.
“Sikit lagi siap lah tu..” Jawabnya.
“Dah siap..”Ujar pekerja salon tersebut.Selepas pekerja tersebut membuka kain alas dibadanku..aku terus melompat turun dari kerusi.
“Yeahh!!akhirnya..”Jeritku.
“Woi! Jangan nak menginjang je lah!..Umm berapa yang perlu saya bayar cik?” Tanya minhwan kepada penjaga kaunter disitu.
Setelah melangsaikan bayaran, dia menarikku keluar dari salon tersebut seraya menuju ke butik di sebelah salon tersebut.Aku memandang sekilas rambutku.Memang cantik!
“Ambil ni,yang ni pun ambil..yang ni…umm warna merah dengan warna biru tu sekali…umm,tu je kot..dah pergi cuba..”Hampir sepuluh pasang baju ditanganku.Aku mulai pening hendak cuba yang mana satu.
“Penatnya… ini yang last..”Ucapku sambil menutup bahagian dada yang agak terdedah.
“Tangan tu turunkan kat bawah..”Arah minhwan sambil membuka cermin matanya.
“Tapi..”
“Tak de tapi-tapi! Turunkan tangan!”arah minhwan lagi.perlahan-lahan aku menurunkan tanganku. Tiba-tiba sahaja minhwan tersenyum lalu berjalan kearahku lalu membetulkan bajuku yang sedikit senget.
“Macam ni..barulah lawa..ok!kita ambil baju ni..dengan yang warna merah yang fisrt kau cuba tadi,,yang baju hitam ni,kau pakai je,tak payah tukar,yang warna merah tu aku nak present untuk kau.” Ucap Minhwan sambil memegang bahuku sambil tersenyum. Pertama kali aku melihat minhwan tersenyum..wahh!! cutenyer dia! Dia ni cute sebenarnya tapi kerana sikapnya yang tegas membuatkan aku sukar melihat dirinya yang satu lagi.
“Weyh! Cantiknya kau! Jadi,awek aku ar..” Tiba-tiba sahaja seunghyun muncul entah dari mana setelah lama menghilangkan diri.
‘Buk!’
“Adoi! Minhwan! Asal kau tumbuk aku!?” Marah seunghyun sambil memegang kepalanya.
“Dah,jangan nak menggatal lak kat sini! Dah dapat ak kedai untuk make up tu?”Tanya minhwan kepada seunghyun.
“Dah, Mee sha,jom ikut aku..eh salah,jom ikut saya..”
“Banyaklah kau..eh minhwan,kau tak ikut sekali ke?” Tanyaku.
“Tak,aku ada hal siket..kejap lagi seunghyun akan bawak kau pergi prom tu..Aku pergi dulu,bye..”
“Bye,,thanks tau..”Sempatku mengucapkan terima kasih kepada minhwan sebelum dia beredar. Dia senyum kepadaku lalu beredar.
Aku ingatkan pekerja kedai ini yang menyolek aku,rupa-rupanya seunghyun hanya menyewa alatan-alatan solek mereka.’Mereka hanya akan merosakkan muka kau je’, itulah yang dijawab oleh song seunghyun apabila aku tanya mengapa tak biarkan pekerja kedai ini yang menguruskan aku.

“Kenapa kau tak kasik aku tengok cermin?”Tanyaku kepada seunghyun kerana dia asyik mengawal aku daripada melihat cermin.
“Bile kau turun nanti kau akan tahu…apalagi..turun ar.. percaya lah kat aku,semua akan terpegun bila nengok kau,,”
“Kalau apa-apa jadi..aku tak kan lepaskan kau!”
“ aku tahu..malam ni..kau jadi ar diri kau yang 3 tahun dulu..aku rindu diri kau yang lama..”
“Thankss…aku turun dulu..”
Sebaik sahaja aku keluar dari kereta seunghyun,semua tetamu memandangku. Terpegun,seperti yang seunghyun cakap tadi.Aku mulai malu.Aku mengambil keputusan untuk berjalan masuk tanpa menghiraukan pandangan tetamu-tetamu.Masuk sahaja didalam dewan,terdapat satu cermin besar yang diletakkan di hujung dewan untuk activiti yang bakal dilakukan.Aku merapatkan diriku ke cermin tersebut.Aku sendiri terpegun melihat diriku pada ketika ini.”Cantiknya..”Ucapku sendirian.
“Awak memang cantik..”Sapa  Lee hong ki tiba-tiba. Spontan degupan jantung menjadi laju..kenapa aku jadi macam ni? Kenapa tiap-tiap kali aku berdepan dengan dia jantung aku akan..ahh!! tak payah fikir ar..
“Excuse me..” Ucapku lalu berjalan ke kerusi yang disediakan.Mintak-mintak lah dia tak kenal siapa aku.. Tapi kalau dia tahu siapa aku kan bagus? Eh tak bolehlah! Pecah lah tembelang!
“Eh,nanti lah dulu..awak..”Panggil Lee hongki lalu mencekak tanganku.
“Weyh, agak-agak r..” Tiba-tiba sahaja Minhwan menegur Lee hong ki daripada belakang.
“Eh! Minhwan??”Tanya lee hong ki lalu memeluk minhwan.Diorang ni kawan ke?kenapa aku tak tahu?Aku lihat mereka bersalaman.Walaupun Nampak mesra..tapi seperti ada aura yang menakutkan apabila mereka berpegangan tangan.
“Minhwan..awak kenal ke die ni?” Tanyaku dalam bahasa sopan..ala-ala perempuan gitu..
“Oh dia?kawan lama saya kat overseas dulu..”Balas minhawan lalu mengambil tempat di sebelahku.
“ok..keep on..”Ucapku lalu membawa segelas air pergi dari tempat dudukku.

“Oh..you yang nak jadi lelaki tapi tak jadi pun kan? I pelik lah orang macam you ni..hmm..ehemm.. friends! Listen here! Ada seorang perempuan ni..mukanya cantik..tapi malangnye,,dia ni lesbian!!hahaha! Kalau kau lesbian,,kenapa kau pakai dress macam ni?!huh? “  Hina  Kim haneul..Seorang yang bodoh sombong dan asyik berbangga dengan  kekayaan yang dimiliki.Tapi..sampai sekarang aku tidak berpeluang untuk melawannya.
‘Skreeet!’
Aish! Aku berangan lagi! Ini lah padahnya apabila dalam masa yang genting kita berangan-angan. Aku melihat satu daripada tali bajuku sudah terkoyak akibat direntap oleh Kim haneul .Aku memerhati sekelilingku, semua sedang mentertawakan aku! Buat masa sekarang aku perlu..aku perlu lari..tapi ke mana? Ahh kemana sahajalah!Aku memegang tali bajuku lalu melarikan diri,belum sampai separuh jalan aku berlari kakiku disadung oleh seseorang.Aku terjatuh.Kepalaku berasa sangat sakit! Hatiku bagai dicucuk-cucuk sekarang ni..Aku dah tak boleh sabar lagi sekarang ni!
‘Pang!!’
Aku menampar kim haneul sekuat hati sehingga dia terjatuh melutut kakiku.
“Kau memang tak guna ha neul! Aku akan buktikan kat kau yang aku  ni perempuan tulen! Dan aku akan buktikan yang kau ni memang bohsia! Kau memang tak guna!” Jerkahku lalu menendang Kim haneul.
“Ohh..kau nak buktikan kau ni perempuankan?langkah pertama sekarang ni,kena lah tunjukkan bahagian penting…”Ucapnya lalu menarik gaunku sekuat hati.Hampir semua bahagian akan terdedah sebenarnya..nasib baik Lee hongki cepat-cepat memegang tangan Kim haneul..
“Hanya orang yang tiada maruah sahaja buat benda-benda macam ni, cik kim haneul..so lepas ni tak payah lah nak buat perkara yag tidak bermaruah ini” Ucap Lee hong ki lalu melucut kotnya dan disarungkan kepadaku. Mataku menjadi gelap tiba-tiba..jantung ku berdegup kencang..apa dah jadi? Kenapa aku jadi macam ni?..
“Awak ok tak?..biar saya hantar awak balik. Awak dah cedera ni..”
“Saya ok..jangan pegang saya!:” Sempatku memberi amaran lalu berjalan dengan keadaan yang pitam menuju ke tempat asal aku meninggalkan minhwan dan hongki tadi..Yang peliknya  kenapa Jaejin  tak muncul-muncul?Mataku semakin berpinar-pinar..aku terduduk di atas lantai.
“Saya dah cakap awak tak ok..kenapa degil sangat? Dah! Ikut sahaja saya balik..” Arahnya.
“Saya tak na…”Belum sempat aku menghabiskan ucapanku aku dah terpengsan dahulu.Aku sempat merakam perbualan antara hongki dan minhwan.
“Aku bawa dia dari sini” Ujar minhwan.
“No,biar aku yang jaga dia.”Jawab hongki
“Butler Kang, sediakan kereta”Arah  Minhwan lalu mengendongku masuk ke dalam kereta.

‘Aku ingat bau ni..ini bau Minhwan..’
“Minhwan??”Serentak aku memegang kepalaku yang berbalut. Ini mesti sebab aku jatuh ni..Baru sahaja aku ingin bangun dari pembaringan aku lihat bajuku sudah berubah.
“awak dah bangun?” Tanyanya lalu mengambil tempat di sebelahku.
“Minhwan,,apa yang aku buat kat sini?ni bukan rumah aku..”
“Syukurlah awak selamat!” Tiba-tiba sahaja dia menarikku dalam pelukannya.Aku tergamam.
“Minhwan..”
“Mulai dari hari ni,, saya akan lindungi awak..faham tak?” Ucap minhwan.Nanti dulu,kenapa Minhwan jadi macam ni? Dia bukan macam ni..
“Minhwan..kau..”
“Saya tak nak awak  anggap saya sebagai kawan lagi..meesha..kita bercinta sahajalah!”
“Apa yang kau cakap ni? Kau berguraukan? No way..im not the type for You right?”
“No meesha,I need you.. saya baru sedar yang selama ni saya hanya suka kat awak sahaja..tapi bila saya dapat tahu jaejin pun suka kat awak..saya undurkan diri sebab  saya anggap dia sebagai abang saya..tu sebab saya tak pernah nak berbual panjang dengan awak..saya takut saya tak akan dapat kawal perasaan saya kat awak..please meesha..”Terang minhwan sambil memegang erat tanganku.
“ Aku tak boleh..aku dah anggap kau macam family aku dah..aku tak boleh minhwan..Mianhae..”Ucapku lalu meninggalkan minhwan terkulat-kulat di situ.
‘Kenapa? Kenapa aku? Jaejin? Dia suka kat aku ke?Aku pening!!! Kenapa boleh jadi cinta 3 segi ni?’ Degus  hatiku.
“Tapi..apa agaknya hongki sedang buat agaknya..”Ucapku lalu menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.

“Arhhhh!! Aku dah gila agaknya..kenapa aku asyik terbayangkan wajah dia je?”Jaritku lalu memegang telefon bimbitku.Aku serba salah ni..minhwan..
‘Ding dong!’ Tiba-tiba loceng rumahku ditekan.
“Siapa?” Tanyaku sebelum membuka pintu rumahku.
“Akulah...” Ucap hongki sambil tersenyum.
“Alamak!! Mampus aku! Macam mana ni? Rambut aku dah lah panjang,,tak cukup tuh aku pakai baju perempuan lak tu..”
“Alaa,,Aku masuk k?” Belum sempat aku menghalang dia sudah menyerbu masuk..kantoi.
“Kau..Jaejin? nanti dulu..awak meesha kan??’Tanyanya apabila melihat aku sedang memegang pakaian lelaki ditanganku.
“Saya boleh terangkan…” Ucapku.

(Taman Namkocho: 9.00 Malam)
“macam tu la ceritanya..”
“Awak ni!! Kenapa tak cakap awal-awal?.....mati-mati saya ingatkan saya dah jatuh cinta dengan lelaki..”
“Apa-awak cakap tadi? Awak jatuh cinta dengan saya? Hahahaha!! Saya pun dah terjatuh cinta dengan awak..i guess..” Alamak!! Apa aku cakap ni!! Adoi!
“Betulkah? Kalau macam tu..apa kata awak jadi kekasih saya.. Awak tahu tak..masa minhwan berkeras ingin bawa awak balik semalam..hati saya sakit sangat..Saya tak tahu kenapa saya boleh jadi macam ni..by the way pasal ha neul tu jangan risau..saya dah uruskan dia.. meesha dengar tak apa saya cakap ni??...Lahh.. dia dah tidur rupanya..budak ni..”ucap lee hongki sambil menarikku ke dadanya dan menyelimutkan aku dengan kotnya..Sebenarnya aku tidak tidur..aku sengaja ingin melihat mukanya diam-diam tanpa dia perasan.Bahagianya aku..
Akhirnya kami berdua terlelap di taman tersebut hingga pagi.

“Hongki..bagunlah..dah pagi ni..” Aku mengejutkannya. Kenapa dia berpeluh? Jangan-jangan..Aku meraba kepalanya..Dia dah demam ni..patut pun..kotnya dah beralih kat aku.mesti dia sejuk semalam.
“Dah pagi ke?”Tanyanya terpisat-pisat bangun.
“Hongki..awak demam ni..biar saya drive..”
“Ok” Ucapnya lalu memberiku kunci keretanya.

“Awak rehatlah dulu..saya pergi beli ubat kejap..” Ujarku.
“ Mee sha..kesini sekejap..” Panggil lee hongki
“Kenapa?” Tanyaku sambil berdiri di sebelahnya. Tiba-tiba dia menarikku ke dalam pelukannya.
“Hongki..saya nak pergi beli ubat ni..” Jantungku bagai ingin pecah.Dia memelukku erat dalm keadaan berbaring.
“Stay still..”
“Tapi saya berat ni..”
“Just stay still ok.. Meesha.. I love you so much..”Ucapnya. Aku menatap wajahnya..lalu tersenyum.Aku menghadiahkan satu ciuman untuknya.
“Me too..”

“Hello,, minhwan?” Ujarku sebaik sahaja menjawab telefon bimbitku.
“Fahamlah aku..” Ucapku setelah beberapa saat terdiam. Aku perasan lee hongki memerhatikan aku sejak dari tadi.
“Kenapa?” Tanya hongki.
“Minhwan ajak jumpa”
“Pergilah..saya izinkan..apa-apa hal call saya k?” Ucap lee hong ki seperti nak tak nak.
“Thanks..awak pergilah makan..saya ada buat sarapan untuk awak kat dapur..”
“ok…”

“Minhwan…”
“Eh meesha.. aku nak minta maaf kat kau..aku tahu aku salah..so..boleh kau maafkan aku?” Ujar minhwan tiba-tiba.
“Aku dah lama maafkan kau..” Ucapku ikhlas.
“Umm..jom belanja kau makan..” Ajaknya lalu menarik tanganku mengikutnya.

“By the way..minhwan kau ada jumpa dak jaejin tak?” Tanyaku selepas setengah jam dalam perjalanan.
“Ohh..jaejin? kita nak pergi jumpa dia lah ni..Dia nak join kita pergi makan..dia yang aturkan tempat makan kita..kejap lagi sampailah ni.”katanya.
“Dekat air terjun ke?”tanyaku ragu-ragu..apabila melihat minhwan memasuki kawasan air terjun.
“Yup…”

“Meesha..kau ape khabar..”Hilang sedikit rasa ragu-ragu ku apabila melihat jaejin ada di situ,,
“Aku biase-biase je r macam ni..”
“Mee sha!!” Jerit jaejin lalu memelukku..
‘Bang!!!’
Aku melihat jaejin terkulai di kakiku.Aku tergamam lalu menjerit sekuat hati.
“Jae jin! Kenapa? Kenapa kau lindungi aku?!!”
“Kalau aku tak boleh dapatkan kau,bermakna tiada siapa yang boleh dapatkan kau..hahaha! Biar kita mati bersama-sama sahajalah..kita akan bahagia dekat sana meesha..”Ucap minhwan yang sedang memegang sepucuk pistol lalu berjalan kearah ku dengan senyuman yang tak dapat aku mengertikan. 
‘Bang!’
“Hukk!” Aku melihat perutku yang sudah ditembusi peluru berlumuran dengan darah.
“Minhwan! Kau bukan macam ni! Jangan apa-apakan dia.. please!” Rayu jaejin dalam kesakitan.
“Arhhh! Senyap lah kau!!”
‘Bang! ‘
“Minhwan please!! Jaejin!! Kenapa kau buat macam ni..bunuh aku! Aku yang salah! Kenapa nak bunuh dia?!!” Jeritku.Aku melihat jaejin yang sedang memegang bahunya  akibat ditembak oleh minhwan.
“Hahahahahahahahaaaa……Sekarang ni..biar aku tunggu kau kat syurga,lagipun kau akan mati jugakkan? Bye..see you there!!”
‘Bang!’ Satu tembakan dilepaskan di dalam mulutnya lalu terkulai jatuh ketanah. Aku mencapai pistol di tangan minhwan lalu menembaknya sepuas hatiku.
“Mee sha..jangan kau jadi macam dia..berhentilah..kita akan selamat..” Nasihat jaejin yang sedang terbaring tidak bermaya.
Aku terduduk.Aku memandang lukaku yang seperti tidak mahu berhenti dari mengeluarkan darah.Aku mengeluarkan telefon bimbit dari poketku.
“Hello..awak..sa..ya sakit ni..tolong saya..”
“Meesha? Kenapa ni?? Meesha kat mana ni?” Tanya lee hong ki cemas.
“Dekat ai..air..terjun..”
‘Tut,tut,tut….’Tiba-tiba talian terputus..aku melihat telefon bimbitku yang sudah kehabisan bateri.
“Kalau aku mati sekarang..aku bahagia..sebab dia dah tahu isi hatiku..aku cintakan dia..sangat-sangat..Aku just harap dapat panggil dia oppa..walaupun sekali cukuplah..dan aku nak dengar sangat dia panggil aku sayang..aku harap sangat..” Ucapku setelah 10 minit terlantar di situ lalu memejamkan mata.
“Sayang!! Bangun sayang!! Oppa kat sini..panggillah saya oppa meesha..meesha bertahan ok?” Panggil lee hong ki lalu memelukku.
“Oppa…macam ma…na op..pa boleh tahu mee..sha kat sini?”
“Sebab mee sha hati oppa..that why oppa tahu.. sekarang ni..mee sha kena pergi hospital dulu..arasso? pasal jaejin don’t worry he will fine..” Pesan lee hong ki lalu menyuruh pemandunya membawa aku dan jaejin ke hospital secepat mungkin.

(Taman Namkocho)
Dah sebulan dah berlalu selepas kejadian itu terjadi. Pada minggu lepas,aku telah menghantar jaejin ke lapangan terbang kerana dia ingin menyambung pelajarannya di luar Negara.Aku rindu kat dia.
“Termenung jauh nampak?”ujar lee hong ki disebelahku.
“Mana ada?oppa..”
“Hmm?” Jawabnya.
“Nengok tu!!”
“Apa dia?” Jawabnya lalu memandang kearah yang aku tunjuk.Aku mengambil kesempatan untuk menciumnya.
“Mana boleh macam ni! Tiap-tiap kali,mesti meesha yang kiss oppa! Tak kira , kali ni oppa cium meesha pulak!” Dia menarikku dalam pelukannya lalu menciumku.
“adoi! “ Jeritnya tiba-tiba.Aku ketawa sepuas-puas hati kerana melihat mukanya yang kelat kerana di gigit semut api.Aku mengambil kesempatan ini untuk lari darinya.
“Meesha!!oppa merajuk ni!”
“OK,ok..mianhae oppa..”Aku kembali berdiri di sebelahnya.
“Oppa boleh maafkan tapi meesha kena duduk sebelah oppa..jangan lari..”
“Ok..”Jawabku lalu duduk di sebelahnya.Dia memegang tangan ku erat lalu menciumku sekali lagi..aku happy sangat ni!
Seperti biasa..kami terlelap lagi di situ hingga pagi.

 main character lee hongki
 seunghyun
 minhwan
 jaejin
 mee sha