mesej cinta di tangan kiri

3:38 AM ---
-Mesej cinta di tangan kiri-
“Mama! Taeyeon pergi sekolah dulu..” Ucapku sebelum menghidupkan enjin motorsikal yang dihadiahi mama kepadaku tahun lalu.
                Kehidupanku di sekolah tak lah best mana.. Aku nI plain je..Bak kate orang, aku ni seorang yang membosankan. Bapaku telah meninggal dunia tahun lepas, jadi mamaku membuat keputusan untuk berhijrah ke myeongdong, seoul. Dan hari ini adalah hari pertama aku bersekolah di sekolah baru..
                Aku  mematikan enjin motorku.Sebaik sahaja turun  dari motor, loceng pagi tiba-tiba berbunyi nyaring. Aku mempercepatkan langkah menuju ke kelas baharuku iaitu 3 EF.
“Awak lambat 5 minit cik tae yeon! Bla bla bla!” bebel Puan miyeon, guru matematikku. Aku segera mengambil tempat  yang kebetulan kosong disebelah seorang lelaki kacak.
Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku, aku segera mengeluarkan buku teks matematik dari dalam beg sandangku.
Aku menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.
“Sebelum saya terlupa, cik tae yeon, sila perkenalkan diri awak…” Arah puan miyeon tiba-tiba. Aku segera bangun.
“Anyeonghaseyo.. na..ma saya.. Kim tae yeon..saya berasal dari Kimpo..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, tiba-tiba..
“ Oh!!! Budak kampung laa ni?” Sebaik sahaja suara itu berhenti, seluruh kelas mentertawakan aku.
“Ha’ah lah..tengoklah cermin mata dia…kolotnya..hahahahaha!!” Sambut seorang lagi. Bertambah tebal mukaku..aku tidak sanggup memandang sekeliling…
“Class!! Stop! Let  her finish her speech!!” Tegur puan miyeon.
“Saya pindah ke myeongdong ni…sebab ibu saya memerlukan kerja yang tetap..harap semua boleh beri tunjuk ajar.” Ucapku.
“ Thanks cik tae yeon, masa saya pun dah habis..so.. semua, sila layan kim tae yeon dengan baik k?”
“ Baik cikgu!” Jawab semua murid serentak.

‘Seperti yang dijangkakan, mereka semua tidak menegurku langsung!  Malah lelaki yang berda di sebelahku juga telah keluar sebaik sahaja waktu matematik tamat.’
“Saya dah balik!” Ucapku sebaik sahaja aku membuka pintu.
“Umm..baguslah tae yeon dah balik..cepat tolong mama dekat kedai ni..” Arah mamaku yang sedang memungguh barang-barang keperluan dapur.Beginilah kehidupan yang akan aku lalui disini. Waktu pagi aku akan kesekolah, manakala waktu petang aku akan menolong mamaku di restoran.
“Baik mama..”

Keesokkan harinya seperti biasa..tiada yang menarik..tiba-tiba..
“Hai tae yeon! Selamat pagi..” Sapa lelaki disebelahku..Aku segera memalingkan muka..Jantungku berdegup kencang! Malu, gembira , suka..semua perasaan menjadi satu!
“Umm..nama saya  shin soo hyun..gembira berkenalan dengan awak..” Sapa soo hyun. Aku memandang wajahnya yang kacak lalu tersenyum. Dia terpegun buat seketika.
“ Soo hyun!!! Tumpukan perhatian dalam kelas semasa saya mengajar!! Pluk!” Jerit puan miyeon lalu membaling kapur tepat mengenai kepala shin soo hyun, segera aku menumpukan perhatian supaya tidak menerima nasib yang sama seperti shin soo hyun.
“Adoi…. Sakitlah cikgu..”
‘Plukk!!’ Kali ini pen marker pula yang melekat di dahi shin soo hyun..Aku ingin mentertawakan dia tetapi keadaan tidak mengizinkan. Aku kembali menumpukan perhatian. Tiba-tiba terlintas di benakku pesanan ibuku awal pagi tadi..’ Tae yeon, mama nak mintak tae yeon beli bawang 5 kilo, kentang 2 kilo  dan lima paket tepung gandum…ni duitnya..jangan balik lambat sangat.. kerja banyak dekat restoran ni..’ Aku segera mengambil pen marker dari dalam pencil case lalu mencatat ditangan kiriku supaya tidak terlupa. Shin soo hyu hanya memerhati tindak tandukku.

(Pasaraya)
“5 kilo bawang..bawang..kat mana bawang nie?” Ngomel ku sendirian.
“Dekat sini!” Sahut satu suara..aku segera mencari dari mana suara tersebut datang. Mataku berhenti apabila melihat shin soo hyun yang sedang tersenyum kepadaku. Aku memalingkan muka lagi.Kenapa dengan aku ni!!!? Aku nak pandang dia tapi aku malu lah…
“ Awak sorang aje ke? Nak saya temankan tak?” Tanya shin soo hyun. Aku hanya mengeleng.
“ Kenapa tak nak? Tak baiklah awak ni…” Shin soo hyun merajuk. Aku memerhatikan gelagatnya yang tampak begitu comel di mataku.Aku segera mengingatkan diri tentang tujuanku berada di sini. Aku segera menuju kea rah bawang-bawang ditempatkan. Shin soo hyun hanya mengeluh lalu berkata.
“ Awak, saya balik dulu k? jumpe esok…” Rajuk shin soo hyun lalu berjalan pergi. Aku menyesal kerana tidak mengendahkan dia.. Aku sememangnya tidak pandai berkata-kata.. macam mana ni?
“Apa nak buat…” Keluhku sendirian.
  
(Keesokkan harinya)
“ mama tae yeon pergi dulu! Bye!”
“Baiklah, jangan lupa barangan yang mama suruh  beli!”
“Ok!..”
                Masuk sahaja dalam kelas, aku segera mencari shin soo hyun. Aku rindu sangat dekat dia..entah-entah aku…
“ Cik tae yeon! Sila ambil tempat kamu!” Tegur puan urada selaku guru bahasa jepunku. Aku segera mengambil tempat.
“Maaf cikgu saya lewat! Saya ada hal siket tadi..” Tiba-tiba sahaja shin soo hyun terjengul dihadapan pintu. Berbunga-bunga hatiku. Tapi kenapa muka dia pucat? Dia terus menuju ke tempatnya setelah diarahkan puan urada.
Sudah 1 jam aku memerhatikan dia..Kadang-kala dia terbatuk-batuk , kadang-kala ada peluh dingin menitik  dari dahinya. Dia demam ke? Tiba-tiba dia membalas pandanganku, aku segera memalingkan muka. Dia menendang sedikit mejaku. Aku memandangnya.
‘Tulis kat tangan lagi ke?’ itulah perkataan yang sempat aku baca apabila dia menayangkan tangannya.
“Soo hyun… apa awak buat ni?” Tanyaku kepadannya.
“Ya cik tae yeon? Ada apa-apa ke?” Tanya puan urada. Aku segera menggeleng sambil berpura-pura menumpukan perhatian. Dia menulis lagi di lengannya.
‘Dalam kelas mana boleh cakap?’
‘Saya tahu..’ balasku yang juga menggunakan tangan sebagai tempat untuk ditulis.
‘dah tu? Saya gembira dapat berbual dengan awak..’
‘saya pun sama.. awak..awak tulis kat tangan awak tu pakai pen marker yang cikgu baling hari tu ey?’
‘yup’
‘pen marker tu permanent tau! Susah nak hilang…yang saya pakai ni untuk whiteboard punya..’
‘hah??! Kenapa tak cakap awal-awal? Adoi yaiiii…..’
‘hahaha! Baik awak cepat-cepat basuh..’
Shin soo hyun segera meminta kebenaran guru untuk ke tandas.. dia ni sweet betul lah.. even cara dia jalan pun aku suka..everything pasal dia aku suka!~
Kebetulan puan mi yeon tiada, jadi kami diarahkan untuk  membuat kerja sendiri..sebahagian dari kami keluar dari kelas untuk menyiapkan kerja yang dibekalkan oleh guru seni kami..Termasuk aku..
Aku mencari tempat yang sesuai untuk menyiapkan  kerja melukisku. Aku mengambil tempat yang jauh dari semua rakan-rakan sekelasku iaitu di tepi padang sekolah. Aku memerhati sekeliling lalu memulakan kerja.
                Aku menambah unsur jalinan tampak ke atas lukisanku sebagai sentuhan terakhirku. Tiba-tiba shin soo hyun merampas lukisan yang aku lukis dari tanganku.
“Wah pandai jugak awak lukis ek? Cantik lah..anyway..penat tau saya cari awak! Awak ni..cuba duduk kat tempat yang senang dicari siket? Ni nengok ni…sakit tau..” Shin soo hyun menunjuk-nunjuk tangannya yang merah. Ni mesti kes dia nak hilangkan kesan marker. Aku tersenyum.
“ Nengok tu..dia bukan nak balas kite cakap, dia senyum pulak..”Bebel shin soo hyun lagi sambil membuat memek muka tidak puas hati. Kali ini aku tidak dapat menahan tawaku lagi.
“Hhaahahahaaha!” Aku mentertawakannya sekuat hati. Tiba-tiba dia terpegun melihatku. AKu menjadi pelik, serta merta mati tawaku.
“ Ada sesiapa tak cakap, bila awak ketawa, awak nampak sangat cantik?? Awak cantik sangat..” Pujinya. Serta merta aku memalingkan muka lalu memakai semula kaca mataku.
“ Hey tengok lah ni! soo hyun..bila pulak kau rapat dengan budak ni? “ Tegur salah seorang geng shin soo hyun, aku membatukan diri.
“ Sejak dia masuk ke sekolah kita..” Balas shin soo hyun selamba.
“ Bukan ke kau tak layan budak plain macam dia ni? sejak bila pula kau layan perempuan kampung macam ni ek?” Hina geng-gengnya lagi. Telinga ku semakin panas. Shin soo hyun menggenggam tangannya sekuat hati shin soo hyun sekarang ini boleh diibaratkan seperti bom yang menunggu masa untuk meletup.
“ Ke… hey tae yeon!! Kau yang flirt dia ey? Kau suka dekat dia kan? Sedar lah diri sedikit..kau dah lah..”
“ Ya!! Park hyun cheol!! Cukup!”
‘Bukk!!’ Shin soo hyun menumbuk rakannya.
“ Dahh!! Cukup! Saya tak sukakan shin soo hyun! Puas?” Marahku lalu mengambil semua alatan melukisku dan pergi dari situ. Hatiku begitu sakit sekali.

Sejak dari hari itu, tiada lagi mesej ditangan kiri lagi..Sekarang ni pun susah nak nampak dia..baru sebentar tadi dia keluar dari kelas dan sampai sekarang  tidak pulang lagi. Aku rindu dengan gelak tawanya, cara dia bercakap, mukanya yang seolah-olah tidak bersalah..
Aku meminta kebenaran dari guruku untuk ketandas sebentar. Dalam perjalanan aku ke tandas, tiba-tiba aku terlihat shin soo hyun sedang menerima rawatan di bilik rawatan. Aku segera masuk secara senyap-senyap setelah guru yang merawat shin soo hyun  sebentar tadi keluar.Aku melihat dia memegang kepalanya, dia berpeluh-peluh.
“ Jangan menyorok kat sana  tae yeon..” Tegur shin soo hyun.
“ Sorry..”
“Saya tak kisah.. boleh duduk dekat sini tak?” Pinta shin soo hyun.Aku segera mengambil tempat di sebelahnya.
“ Saya ada something nak beritahu awak..” Ucapnya lalu menarik tanganku, digagahkan dirinya untuk mencapai pen marker lalu melakar sebentuk cincin ditangannya. Dia mencapai tanganku dan melakar sebentuk cincin lagi di jari manisku. Aku menggeleng tidak percaya tindak tanduknya.
“No..i cant believe this.. awak tak suka..”
“ Of course saya sukakan awak my dear.. awak tahu tak hari yang awak cakap awak tak sukakan saya, saya sengsara sangat..sepanjang duduk disebelah awak, susah sangat nak bercakap dengan awak tahu tak? Bila saya ternampak memo yang awak tulis kat tangan awak , saya pun dapat idea macam mana nak berkomunikasi dengan awak..  saya tak tahu macam mana nak ngurat awak lagi.. awak macam tak ada respon je… lagi masa saya Nampak awak ketawa tempoh hari..lagilah saya…” Ucapnya panjang lebar lalu menarik tanganku dan dilekapkan di dadanya.  Jantungnya berdegup dengan laju sekali.
                Aku mencapai tangannya pula lalu melekapkannya di dadaku..
“Saya tak tahu perasaan apa ni.. tapi yang pastinya tiap-tiap kali saya dekat atau terpandang awak, hati sya berdegup dengan kencang sekali..” Dia tersenyum lalu perlahan-lahan dia menarikku ke dalam pelukannya.
“Saranghae… “
“Pas ni boleh saya panggil awak baby,, hehe..”
“ Malulah..” Ujarku perlahan.
“ saya suka sangat tae yeon.. suka sangat-sangat.. “
“ Saya suka awak lebih dari awak!..”
“Mana boleh! Tak kire , saya suka awak lebih!”
“ No, saya suka awak lebih!” Ujarku separuh jerit. Tiba-tiba Shin soo hyun tersenyum.Perlahan-lahan kami mendekati satu sama lain dan….(Chu~~)
“ Saranghae my baby..” Ucap shin soo hyun.
                                         the end