baby love part 1

3:42 AM ---
Baby love

                Macam biasa.. aku ditinggalkan bas lagi…. So kenalah jalan kaki ke sek0lah.. Inilah rutin harianku.. aku terpaksa bekerja di malam hari dan bersekolah di siang hari  setelah ibu bapaku meninggal dunia.. Aku harus menyara hidup bersendirian… Aku bersyukur kerana tidak mempunyai adik beradik.. jika tidak.. fuh… tak dapat dibayangkan..tapi sejak ibu dan bapaku meninggal… aku rasa sangat sunyi…tiada lagi suara yang mengejutkanku setiap pagi…’Haizz! Asal aku mengelamun lak nieyh…?’Aku mempercepatkan langkah.
                Sampai sahaja di sekolah..aku segera mencari loker lee hyun seung .Sebenarnya.. aku dah lama minat kat dia… tapi aku malu nak luahkan, Tapi bila difikirkan kembali, aku boleh gunakan kecantikanku untuk memikat  dia dan.. aku tak payah-payah bersusah payah macam sekarang ni.. Dia kan kaya.. so bolehlah gunakan dia. Aku segera keluar dari bilik latihan pemain bola keranjang. Haisshh.. mana nak dapat budak yang cute tapi aktif bersukan dan baik? Kaya pulak tu… pendek kata dia ni memang perfect sangat.. hohoho~
                Aku segera menuju ke kelas dan meneruskan pembelajaran ku untuk hari ini…

“Weyh… ade senior nak jumpe ko kat luar kelas tu….” Sergah kawanku. Aku segera melihat cermin. Ok..semua ok…. Harap-harap dia terima aku lah…
“Eheemm…”
“ Ummm.. awak yang letak surat ni kat loker saya ey?” tanya song seung hyun sambil melayang-layang kan surat ‘cintaku..’…
“Eh mana ada… saya tak letak kat…”
“ Dah jangan nak berdolak-dalik lagi..umm awak nak jadi awek saya kan? Ok.. saya terima.. mulai dari hari ni awak awek saya k?”
“Tapi…tapi…”Belum sempat aku menjelaskan bahawa aku tersalah letak surat dia sudah berpaling dan berjalan menuju ke lokernya.. Adoi malunya……
Aku segera masuk ke dalam kelas semula..
“chan mi ah…. Macam mana nieh??”
“Macam mana ape? Ape yang jadi? Senior hyun seung terima kau akk?” Tanya chan mi sambil bermain-main dengan makanannya.
“ Kau tahu tak yang aku salah letak surat kat dalam loker orang lain?? Argghhh~ Yang aku dok tak dok pergi letak kat dalam loker senior seung hyun ni kenape!!?? “
“Ape? Haha….. its gonna be interesting from now on…hehe..”
“tengkorak kau… kau tau tak betape seriusnye bende nieyh??”
“Yela,, yela… sekarang nieyh kau pegi mintak maaf kat dia… cakap ngan dia benda yang sepatutnya..” Nasihat chan mi.. Aku segera mengangguk sambil merangka rancangan didalam otakku.

Hari ini aku akan pergi ke bilik latihannya..ceritakan apa yang berlaku dan putus dengan dia…haha..senang dan mudah….hohohoh~
                Masuk-masuk sahaja dalam bilik latihannya … Aku lihat dia sedang berlatih bermain bola keranjang… Buat seketika aku terpegun dengan kesungguhannya.. Wah.. bila nengok balik… dia ni comel jugak.. bibir dia.. cantik betul~~! Tapi muka senior hyun seung,, walaupun dia bermuka dingin tapi apabila dia senyum…wah!! Cair aku!!
                ‘Owh…dia  dah habis berlatih…baik aku cepat-cepat pergi terangkan.’ Desis hatiku. Aku segera berjalan mendekatinya. Baru sahaja aku ingin menyapanya…
“ Sengil chukahamnida! Oppa~ nan domo choah oppa gun! Saranghaeyo ni hambadi chamchoeummal..naneun-naneun ni hambali kah..naega choaheyo! Chuuppp~(happy birthday oppa!, saya suka sangat kat oppa! Love is such a good word… so I want to say it to you too…. I like you! Chuupp~) Selepas sahaja rakaman tersebut berakhir, senior seung hyun terus terduduk sambil menekan-nekan kepalanya. Aku lihat air mata mengalir di pipinya… tiba-tiba aku merasa amat simpati kepadanya….
“Oppa…” Panggilku sambil berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi..Dia segera memalingkan muka dan mengesat air matanya.
“ Hara? Buat apa kat sini?”
“Umm..saje je jenguk oppa… nah…oppa mesti hauskan?” ucapku lembut sambil menghulurkan hadiah yang tadi ku bawa kepadanya.. terbatal niatku untuk putus dengannya..
“owh..thanks awak… awak…boley duduk depan oppa tak? “
“Duduk depan oppa? Nak buat apa?”
“Duduk je..”
Aku hanya menurut sahaja… Lama dia menatapku… hingga aku menjadi malu sendiri…. Muka ku tiba-tiba bertukar warna…
“Awak…hujung minggu ni kita date nak?” Tanyanya tiba-tiba…
“Huh? Date? “

“Mana pulak dia ni….. haizz..time nak date lah aku demam.. Aku tak nak rosakkan hari ini..” Ujarku perlahan  sambil menguis-nguis tanah…
“Hai awak…nah.. nanti kalau saya tak ada kat sisi hara.. hara tengok je bunga ni…mesti hara akan ingat oppa…hihi”sapanya sambil menghulurkan sekuntum bunga..
“thanks…Hai..asal lambat?” Tanyaku tidak puas hati..
“Sebenarnye malam tadi tertidur lambat cause nak siapkan bende ni….” Terangnya sambil menghulurkan sekeping kertas A4..Rupa-rupanya dia telah membuat satu peta aktiviti.. Tempat pertama yang kami kena pergi adalah restoran jepun?.... Dia ni mesti seorang yang nak yang terbaik untuk ‘teman perempuannya..’..
“Kenapa diam? Jom lah saya belanja awak makan k?” Ajaknya.Aku mengangguk lalu membuka pintu kereta mewahnya…
“ Awak… kenapa lain macam je hari ni? Senyap je dari tadi?”
“ Umm taka de apa-apa lah… saya malu sebenarnya.. “ Balasku selamba…’Aku sakitlah!!~’ desis hatiku dalam masa yang sama..
Kami berhenti di hadapan sebuah restoran jepun yang boleh dikatakan mewah jugalah.. Dia memesan set untuk couple.. Aku hanya mendiamkan diri.. janganlah dalam makanan tu ada wasabi… siap-siap sesak nafas aku ni karang… Aku memang alahan dengan wasabi.. Sebab itu aku jarang makan makanan jepun..
“Wah…. Dah sampai pun… Hara makanlah… umm by the way..kalau hara tak nak wasabi hara boleh asingkan..oppa dah suruh dia jangan campurkan… “ Terang senior seung hyun sambil mengusap kepalaku.. mukaku menjadi merah tiba-tiba.. dia tertawa apabila melihat mukaku yang kemerah-merahan. ‘Kuat menyakatlah dia ni..’ Desis hatiku lagi..
“Awak… jap g kita p tengok wayang tau..”
“ok..”

“Hihihihihi~(hantu mengilai.)”
“Haha~ apalah hantu macam ni..” Sindir senior seung hyun. Sambil ketawa..
Melihatkan muka hantu tersebut yang berlendir sudah cukup membuatku muntah!! Aku hanya menahan… Tiba satu saat…
“ Awak…. Saya.. saya…” Belum sempat aku meminta izin untuk ke tandas aku sudah rebah di atas pehanya…
“ Ya~ hara! Gwaenchana??” Panggilnya sedikit menjerit.. Aku mengumpul kekuatan untuk bangun…
“Ha…haa… oppa terkejut ke? Ha..ra ok lah… haha..” Aku berpura-pura kuat… lalu meminta izinnya untuk ke tandas sebentar.. Dia ingin menemaniku tapi aku tidak membenarkan.. Perlahan-lahan aku bangun dan berjalan keluar dari panggung wayang..
“Uwekk~” Aku memuntahkan semua makanan yang tadi aku makan.. Haizz… bila nak habis ni…….
Aku keluar dari tandas dan mencari-cari tempat duduk.. dengan niat untuk tidur sebentar di situ…

Sedar-sedar sahaja aku sudah berada atas peha senior seung hyun yang sedang  sibuk membaca surat khabar..
“Oppa..macam mana hara boleh tidur atas peha oppa pulak ni?”
“Hara,, hara tak rasa ke ade buat salah dengan oppa?” Tanyanya kembali..
“Kenapa hara tak beritahu yang hara demam? Panas sangat ni kepala hara tau tak??” Marahnya.
“Mianhae oppa.. hara tak nak rosakkan mood oppa..”
“Oppa tak kisah pown sayang…jom kita balik…hara kena rehat ni... boleh bangun tak?”
“Boleh…” Tanpaku sedari tiap-tiap kali aku melihat senior seung hyun hatiku akan berdebar-debar.. Tiba-tiba sahaja aku ingin sangat mengetahui tentang suara perempuan hari tu…
                Masing-masing mendiamkan diri dalam kereta…  Dia menghentikan keretanya di tepi jalan dan singgah di sebuah kedai herba….nak belikan aku ubat kowt rasanya.. aku menutup mata dan cuba untuk tidur sebentar didalam kereta..
                Sebelum gerak balik, senior seung hyun sempat mengusap rambutku dan berkata..
“ Awak tak ley sakit lagi tau?? Arasso?! Kalau hara sakit lagi oppa akan rasa sangat sakit hati ni… “

(3.00 pagi)
“Oppa tak balik lagi ke?” Ujarku perlahan..
“Oppa nak temankan hara.. suhu hara tinggi sangat ni.. 39 darjah celcius tau tak??”
“Oppa, nanti parent oppa risau lah… pergilah balik…” Ucapku yang sedang menggigil-gigil kesejukan.
“ Hara… macam mana hara tanggung kehidupan hara?”
“Taggung macam mana.. kerja lah…siang hara pergi sekolah..malam hara kerja.. maybe sebab hara kena hantar barang dalam hujan hari tu kot yang buatkan hara demam..oppa..oppa bukak air cond ke?” Tanyaku.
“ Tak lah..oppa dah tutup…kenapa hara sejuk ke… meh oppa peluk..”
“oppa jangan menakal boleh tak?”
“Oppa serius ni!! meh..”  Senior seung hyun menarikku dalam pelukannya.Selesa sangat..
“ sarangannabwa, saranganabwa , geudae obshi isseoyeo… “ Nyanyi senior seung hyun perlahan. Semakin lama dia menyanyi, semakinku mengantuk.. hinggaku tertidur.. Dia ni sweet sangat.. haha..

“Hari tu senior hyun seung… sekarang ni senior seung hyun pulak…haisshh….”
“ Hara…hantar makanan ni kat alamat ini k?” Pesan tuan kedai kepada ku.. Aku segera mengangguk.
“Saya pergi sekarang…” Ujarku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi..
“ Hello oppa.. kenapa?”
“hara! Berapa kali oppa cakap, jangan kerja hari ni… kenapa degil sangat? Budak ni~~”
“ Macam mana oppa tahu yang hara kerja hari ni…? “
“ Oppa kat rumah hara ni tahu tak…ingatkan oppa nak masakkan hara… demamtu tak baik lagi…. Tengok… oppa dah siap beli barang-barang dah..”
“owh…k tak pe-tak pe.. oppa ambil kunci kat bawah karpet kat depan pintu … nanti kalu oppa dah habis masak oppa kunci pintu balik k?” Ujarku perlahan sambil membawa makanan-makanan yang perlu dihantar ke motor yang disediakan khas untuk menghantar makanan..
“ Oh..ok..”
“ Umm..oppa…hara kerja dulu k? bye-bye…love you….” Tiba-tiba aku menjadi malu sendiri dengan diriku kerana mengucapkan perkataan ‘love you..’. Senior seung hyun ketawa dan menghadiahkan flying kiss untukku.. Aku tersenyum bahagia..

“Haisshh…penatnya…hachoo~!” Rungutku lalu duduk di atas tangga dihadapan pintu rumahku..
“ Lagi dua hari aku kerja…dah boleh tanggung perbelanjaan untuk persekolahan tahun depan..
“ sayang oppa ni sejuk rupanya…” Tiba-tiba sahaja senior seung hyun muncul di sebelahku lalu melilit skafnya di leherku..
“ ehh…ni mana sesat ni?” Sengaja ku bersandar di bahunya.. manjalah konon-kononnya..
“ Ohh…pandai nak kenakan oppa ey? Ni..kepala ni panas sangat… degil!”
“Hehehe… mianhae oppa…”
“Gwaenchanna sayang…”
“Oppa…. Hari tu.. masa hara pergi bilik latihan oppa..oppa ade dengar something… pastu oppa nangis… siapa perempuan tu…”
“ Eh,, nanti lauk sejuk lah..jom kita makan,,”
“ Oppa..jangan tukar topic boleh tak??”
“ok, ok… sebenarnya dia ex oppa… tapi dia dah khianati oppa depan mata oppa.. dia jalan dengan hyun seung , cium hyun seung depa mata oppa tanpa rasa bersalah…oppa memang cinta mati dengan dia… time tu oppa piker nak bunuh diri, tiba-tiba oppa nampak surat hara dalam loker oppa.. oppa ingat nak gunakan hara sebagai alat untuk melupakan dia.. tapi..tiba-tiba oppa rasa oppa dah tak boleh lepaskan hara.. oppa sayang sangat kat hara… for no reason oppa suka girl yang banyak bawak masalah macam  hara ni..hahahaha~”
“oppa!! Jahat~” Marahku lalu mencubitnya.Pada masa yang sama.. aku berasa sangat lega..hyun seung? Ni mesti senior yang perah aku suka tu.. hubungan cinta tiga segi rupanya..
“ Jom..kita p makan..”
“ Hehehe….. jom!!~”
“Nah..oppa ada masak kimbap~ umm.. sup miso dengan nasi… makanlah..”
“ Oh ok.. “
“ Omma, selalu masak kimbap untuk hara.. oppa.. hara rindu sangat kat omma..”
“ Tak pe.. mulai dari hari ni..oppa ialah omma, appa, oppa, unnie kat hara k? haha..macam mana agaknya kalau oppa jadi perempuan ek…oppa bet mesti oppa lagi lawa dari hara..hahaha!!!!!”
“ Tak de…hara lagi lawa… oppa laki… nak jadi perempuan pulak..oppa gay ey?”
“ Hara~ jahatnya…oppa sedih ni…tak nak pujuk oppa ke?”
“tak nak,,”
“degil nyer budak..” Keluh seung hyun sendirian..
“Oppa nganga~”
“Ahh..”
“ Wah tak sangke oppa ni pandai masak rupa-rupanya.. hihi~”
“perasan!”
“ Oppa… hara mengantuklah… esok nak sekolah.. kitaa jumpa esok k??”
“ ok… umm… makan ubat! Oppa dah letak dalam bilik hara.. jumpa esok..”
“Umm..by the way sebelum oppa balik ni… oppa nak kasik hara goodnight kiss…”
‘muaahhh’
“ Bye sayang….” Aku melambai-lambai  senior seung hyun lalu masuk kedalam rumah..

“ Sarangun hajimayo sudo optshi ondaeyo…lala~”
‘tin!!’ Siapa pulak yang hon aku pepagi buta ni..
“ Hai  sayang..”
“Hai oppa…”
“Jom..kita pergi sekolah sama-sama nak? “
“ No hal! Jom~”
                Sampai sahaja di sekolah.. aku dan seung hyun berpisah masuk ke kelas masing-masing..rehat ni.. aku kena jumpa dengan seung hyun… Aku rasa aku dah terlebih cinta dekat dia.. dia ni comel, baik, cute…kaya pun kaya… tapi aku tak sanggup nak gunakan dia untuk kepentingan ku sendiri..Aku rasa secara tak langsung aku dah jadi budak baik lah…hahaha~.
                Sedangku berjalan menuju ke kelas,  aku terserempak dengan hyun seung… cara dia memandangku….lain macamlah… ahh apa-apa sahajalah..

                Dah lima minit aku berada di dalam bilik latihan bola keranjang tetapi bayang seung hyun pun  aku tak nampak.. Perhatianku teralih ke satu bilik peralatan.. Mesti ada jersi oppa seung hyun kat situ.. hhihi…. Aku segera berjalan menuju ke bilik tersebut…
                Masuk-masuk sahaja dalam bilik tersebut, aku melihat banyak  jersi yang tergantung dalam bilik tersebut.. terdapat banyak gambar yang dilekatkan di papan kenyataan… aku tertarik melihat oppa seung hyun yang sedang tersenyum sambil memegang pingat..
“ Aikk.. semacam je senyum tu..” Aku sangkakan seung hyun oppa yang menegurku rupa-rupanya senior hyun seung.. Aku tersenyum kelat..
“ Ehh, hyun seung sunbae,…”
“ Hi, dengar cerita hara sekarang ni couple dengan seung hyun…”
“ Yup,, kenapa?”
“ Tak adalah.. cume..memandangkan hara sekarang ni couple dengan seunghyun… sunbae ingat nak try hara macam sunbae try ex seunghyun dulu.. “ Sebaik sahaja hyun seung habis bercakap.. dia segera menutup pintu bilik peralatan tersebut.. Aku semakin cuak.. aku melangkah selangkah demi selangkah kebelakang..
“Tak cukup lagi ke kau dah hancurkan hati seunghyun oppa?? Kenapa ?”
“ Sebab, dia selalu dapat tempat pertama dalam apa-apa hal.. aku benci dia… haha..”
“Kau memang binatang!!”
“ Whatever!!” Hyun seung segera menerkamku.. satu-satu helaian bajuku dibuka…aku meronta! Tapi tak boleh gerak ni!! seunghyun oppa..please… cepatlah datang.. nasib baik time ni tengah musim sejuk… so aku pakai baju tebal sedikit… tapi kalau diteruskan macam ni… habislah aku…!
“ Oppa~!!!!!” Aku menjerit.
‘Pang! ‘ dia melempangku. Terasa berpinar-pinar kepalaku..
“ Hey perempuan.. kau jangan bising ey!?” Sekarang tinggal sehelai sahaja helaian dibadanku.. Aku memukul kepalanya.. Dia tersungkur..  aku mengambil kesempatan untuk lari.. tapi bajuku tersangkut di ampaian.Secara tak langsung baju ku terkoyak dilengan. Dia ketewa dan memelukku dari belakang.. Aku menjerit.. Kali ini dia menghantuk kepalaku pula!
“ Asal kau liat sangat ek??”Aku dah terbaring dilantai tidak bermaya.. Air mataku tidak berhenti mengalir…
“Oppa…jebal.. dorowa kalhkae…(oppa, cepatlah datang)…” Ucapku.
“Hyun seung!! Kau buat apa ni hah??!!” Seung hyun masuk kedalam bilik tersebut lalu menarik kolar hyun seung lalu menumbuknya sekuat hati..
“ Tak cukup ke dengan Gyu lee??? Takkan dia pun kau nak test!! “ Seung hyun menumbuknya lagi.. aku hanya mampu melihat kerana tidak larat untuk bangun.. Hyun seung akhirnya pengsan disitu kerana teruk dibelasah oleh seunghyun..Seunghyun merapatiku lalu memelukku..
“Mianhae sayang.. oppa lambat..”
“Oppa.. kepala hara sakit sangat ni…”
“ Kita pergi hospital sekarang k?”
“Hara tak nak pergi hospital… please bawak hara balik je…” Seung hyun mengangguk lalu mengendongku keluar dari sekolah dan menuju ke keretanya melalui jalan belakang.. Baju ku dibiarkan sahaja disitu.. seunghyun memintaku untuk memakai sweaternya keran sweaterku sudah kotor… Hari ni hari paling buruk dalam sejarah hidupku.. aku tak sangka aku pernah menyukai lelaki seperti hyun seung…
“Hara.. oppa mintak maaf sangat-sangat…”
“oppa.. ni bukan salah oppa k?.. lagipun hyun seung buat macam tu sebab oppa selalu cemerlang dalam apa sahaja yang oppa buat.. tapi dia dah melampau betul…”
“Hara.. kita pergi rumah oppa sahaja k? lagipun rumah oppa tak jauh dari sini…”
“Its up to you..” Aku hanya ingin cepat baring sahaja… akibat hentakan tadi kepalaku masih berpinar-pinar..

“ Butler kim.. cepat panggil doktor jang sekarang!~
“Baiklah tuan muda..”
“ Hara… siket je lagi k… “ Aku tersenyum kelat dan aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu..

“Omma.. ni hara yang seung hyun pernah ceritakan…ingat tak?” tanya seunghyun kepada ibunya.Aku mencuri dengar dengan berpura-pura tidur.
“ Owh… ni hara… cantik… omma suka tengok dia.. hyun seung tu memang dah melampau!  By the way seunghyun… suruhlah hara tinggal kat sini lama siket…nanti ada jugak kawan untuk mak berbual.. “
“ Seunghyun pun meamang nak suruh dia tinggal lama siket kat sini… sebab lately ni.. dia selalu mengadu kepalanya sakit sangat selepas seunghyun tahu dia demam hari tu..”
“ Seunghyun ah… kalau appa ada… mesti dia suka seunghyun kawan dengan hara ni…”
“Seunghyun tahu… omma seunghyun cinta sangat kat hara ni….. gyu lee pun tak dapat sepenuhnya cinta seunghyun… seunghyun  nak jaga dia sepanjang masa..”
“ Wah.. anak omma dah besar rupanya… haha…” Dari pemerhatianku.. ibu seunghyun oppa caring sangat… tiba-tiba air mataku mengalir…
“Omma… “ tiba-tiba sahaja terpacul ayat itu dari mulutku..
“ Hara… hara dah sedar sayang… “
“ Omma… oppa, hara rindu sangat kat omma…” Aku menangis seperti anak kecil di dalam pelukan seunghyun sambil diperhatikan oleh ibunya..
“ hey, hey…tak nak nangis… oppa kan ada… “
“ Hara… boleh tak daripada hari ni  hara panggil makcik omma?” Tiba-tiba sahaja  ibu seunghyun menyampuk.
“  omma…” ucapku perlahan kerana malu…
“ seunghyun ah deul,, jaga hara ni baik-baik k? hara…  hara rehatlah..kepala tu bengkak lagi… nanti omma buatkan sup ikan k?”
“hmm! Gomawo omma..” Ucapku lalu memeluk ibu seunghyun pula.. Ibunya sangat penyanyang… aku rindu saat-saat begini.. Seunghyun tersenyum..

Aku memakai baju tidur seunghyun buat sementara waktu.. kerana esok pagi aku akan balik, balik ke kediamanku.. Bajunya besar sangat ni… apabila seunghyun melihat aku memakai bajunya.. dia ketawa sampai tergolek-golek..apa yang kelakar pun aku tahu…
“Seunghyun oppa… jom duduk kat balkoni kat luar tu jom…” Pintaku. Seunghyun mengangguk dan memapahku keluar.
“Oppa, kenapa omma oppa layan hara macam anak sendiri?”
“ Sebab omma.. nak sangat anak perempuan..tapi tak sempat koz appa oppa meninggal awal… tu yang omma baik sangat… lagi-lagi hara yang comel ni…lagi lah dia suka…”
“Owh..oppa.. hara sayang sangat kat oppa..even kita baru bercinta sebulan.. tapi.. entahlah.. hara tak pernah rasa perasaan ni kat orang lain..”
“ Gomawo sayang.. “ Ucapnya lalu menciumku...Aku bahagia kerana ciuman pertamaku diragut oleh baby love aku, seunghyun…
The end part one

Baby love part 2 ^3^

Seunghyun..hati-hati bawak kereta…nati bila dah habis ambil baju, cepat-cepat balik k?” Pesan ibu seunghyun kepada seunghyun oppa.. Nampaknya aku akan tinggal di rumah ni untuk jangka masa yang panjang dalam jangkaanku kerana ibu seunghyun oppa akan berhijrah ke Australia untuk urusan kerja… jadi.. Aku kenalah temankan dia… umm, walaupun malu, tapi apa nak dikatakan, terima sahajalah..
“ Oppa.. lagi sebulan oppa habis sekolah… hara kene sekolah lagi 1 tahun!! Ahhh~”
“Hahaha~! Padan muka~ tahun depan  oppa dah kerja… tapi oppa takot arr ape-ape jadi kat budak yang suke buat masalah ni….”
“Yelah…. Hara nak tidur dulu ar…. Sakit kepala tiba-tiba…”
“ Hara…hara serius ke tak nak buat medical check tentang sakit kepala hara tu? “
“yup… “
“Fine…”

Aku hanya membawa barangan yang diperlukan sahaja…. Itupun dah melebihi dari satu beg… Teruk seunghyun kena angkat hihi~  Maklumlah orang tengah saket lah katekan… tapi, aku risau jugak kalu apa-apa berlaku kat  aku, coz lately nieyh sakit kepala aku ni makin menjadi-jadi… Haishh entahlah….
“Eh mengelamun lak die!  Nieyh…nak balik terus kea de nak singgah memane ke?”
“Umm tak de kot…. Kite balik je arr terus….. lagipun hara nak tidur arr….”
“Ok boss!!”

“ Seunghyun, omma nak keluar untuk uruskan urasan pejabat…malam nanti  omma balik k? jage hara tuh…. Jangan buat benda yang tak senonoh k? arasso??”
“ De~ arasseyo omma… anyeoong!!”Sebaik sahaja omma pergi seunghyun segera mendapatkanku di dalam bilik….
“ Lalalala~ sayang tinggal kite berdue je…hehehe! Umm..oppa nak main ps…nak join akk?”
“ jom…!~”
“ Kita main game kereta nak?”
“ Boley jugak….” Tiba-tiba telefon bimbit seunghyun berbunyi.. Dia mengeluh lalu keluar ke balkoni dan menjawab panggilan sebentar tadi…aku menjadi curiga tiba-tiba..
“Siapa call??”
“ tak de sape-sape ar…just kawan lama saja je…. Hara…dah start tu! Cepat gerak!”
“hah? Oh ok….”
“ Umm..by the way oppa… nanti kalau hara tak de… jage diri baik-baik aww?” Tiba-tiba sahaja aku melontarkan kata-kata seperti itu… Tanpa aku sedar ni…!
“Hara… hara pun tahu kan yang oppa tak ley hidup tanpa hara…so please jangan cakap camtu lagy!”
“Yang oppa nak marah ni knape?? Hara tanye je kan? K, k hara tak tanya lagy k?” Ujarku…. Air mukanya seolah-olah mengatakan dia sedang marah… so baik aku diam…
“ Hara.. oppa nak tidur ni.. kite jumpe esok k? Omma da pesan ngan oppa tadi, die kate jangan nakal-nakal… so oppa g tidur dulu k? goodnite sayang! “ Sebaik sahaja dia keluar dari bilikku.. Aku segera menutup play station  dan masuk tidur juga..
“Lately ni… kepala aku sakit sangat… kenapa agaknya kan?? Agaknye.. sakit kepala biasa je kot….” Omelku sendirian sebelum tidur..

( 5 BULAN KEMUDIAN )
                Sepanjang 5 bulan ni.. aku happy sangat.. even sakit kepala ku kerap datang menyerang.. tapi aku bahagia ni… sebab seunghyun selalu disampingku… Tiba-tiba.. berlaku satu perkara yang tak diingini! Ibu seunghyun telah kerana kemalangan jalan raya 3 hari yang lalu..dan perkara tu telah membuat seunghyun oppa sangat sedih.. hingga jatuh sakit..
“ Oppa… makan ubat k?” Tegurku sambil menghulurkan aspirin kepadanya..
“ Thanks..sayang… “ Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.. aku segera meminta diri…seunghyun hanya mengangguk..
“ Hello…ni siapa? “ Tanyaku.. kerana tidak mengenali pemanggil yang menelefonku..
“ Hara? Ni hara kan?”
“Ye…tapi ni siapa.. macam mana boleh dapat number saya?”
“Ni hyun seung lah..sunbae hara! . . .  sunbae tak tahu nak cakap apa sekarang… tapi hara..sunbae nak mintak maaf sangat2!! Please maafkan sunbae…” Terkejut apabila mengetahui orang yang kalau boleh aku tak ingin bercakap atau bertemu lagi kini bercakap denganku!
“ Ermmm… ye lah…saya maafkan… k lah sunbae,, busy arr…len kali kite berbual lagi k?”
“ Ok…. Thanks!!”
“ ermm”
“ Siapa tu????!!” Tiba-tiba sahaja seunghyun muncul dibelakangku.. dengan muka yang mengerikan.
“ Eer,,emm…kawan..! haaa… tadi dia call nak tanya pekse nanti keluar apa…. Oppa ok tak ni?”
“ Hara…hara baik cakap betul-betul dengan oppa..! siapa tu???” Belum sempat aku menjelaskan keadaan sebenar seunghyun sudah terlebih dahulu merampas telefon bimbitku.. kebetulan telefon bimbit ku berbunyi lagi…kali ini… mesej pula.. Seunghyun oppa membaca  satu persatu… tiba-tiba dia menghempas telefon bimbitku lalu mencekak kedua belah tanganku di dinding… peluh dingin mula merenik.. Aku dapat mencium sesuatu yang buruk akan berlaku!
“ Selama ni… oppa percaya sangat dekat hara…sampai hati hara boleh buat oppa macamni kan????? Kenapa hara?? Kenapa..uhukk… kenapa hyun seung?? So selama ni… hubungan kita just tipu sahajalah? Hah??? Jawab hara!” Tengkingnya… mukanya pucat lesi… Aku mulai ragu-ragu…apa yang menyebabkan seunghyun jadi begini marah? Mungkinkah mengenai mesej tadi??
“ Ha..ra… tak tau apa-apa lah…oppa..”
“ Kau jangan tipu aku lah! “ Tengkingnya lagi.. lalu menolak tubuhku kuat ke dinding~ aku tiba-tiba sesak nafas… mungkin kerana senak…Air mata mulai bergenang dikantung mataku…
“ Betul…opp…aa… ha..ra tak tahu apa-apa~” Ucapku sambil menangis..
“ Aku tak sangka ada jugak perempuan macam kau ni kan?! Kau jangan dekat dengan aku lagi lah…!”Aku segera menarik tangan seunghyun untuk meraih kepercayaannya.. tetapi dia merentap tangannya..
“ Oppa! Please! Hara tak buat apa-apa! Kenapa oppa macam nieyh?????!!!!” Belum sempat aku menhabiskan ayatku aku lihat seunghyun sudah terjelepok jatuh… aku segera berlari kearahnya… Demamnya semakin teruk ni..
                Selepas aku memapahnya masuk kedalam biliknya… aku segera mengemas barang-barangku… dan keluar dari rumah tersebut… hatiku sakit sangat… sepanjang perjalananku menuju  kerumahku dipenuhi dengan tanggisanku sahaja.. sebaik sahaja sampai dihadapan rumah lamaku… mata ku tertancap pada seseorang yang amat aku kenal… hyunseung !
“ Hyun seung oppa.. “
“ Hara??? Hara buat apa kat sini?”  Ujar hyun seung sedikit terkejut.. lalu mendektiku… aku segera menganjakkan diri… dia mengangguk.. lalu tersenyum…
“ Gwaenchana…(tak apa) … oppa faham….”
“Oppa.. buat apa kat sini..”
“Owh… inilah rutin  oppa…bila oppa rindu dekat hara… oppa akan datang kt sini… so terubatlah sikit rindu kat hara…”
“Oppa… cakap apa ni? dah lah… hara nak tidur… please…baliklah…”
“Ok… hara… seunghyun buat apa-apa yang menyakitkan hati hara ke?”
“ No…he’s always taking good care of me…” Sebaik sahaja aku  membalas pertanyaannya…aku segera menutup pintu..
“ Oppa.. kenapa oppa buat macam ni?..............”

                Bangun-bangun sahaja, seunghyun sudah barada di sebelahku… nyenyak sekali dia tidur…  Hilang marahku kepadanya….
“Oppa.. bangun! Kenapa oppa kat sini??” Aku memukul-mukul sedikit bahunya..
“Hara…mianhae…. “ Ucapnya perlahan..
“ Hara tak perlukan maaf tau tak? Hara just nak oppa percaya kan hara aje..! susah sangat ke ? ?” marahku.
“ Mianhae… sayang..” Ujarnya lagi lalu menarikku dalam pelukannya.  Terus reda marahku.. aku menangis semahunya di bahu nya..
“Oppa jangan buat hara macam ni lagi tau…”
“Oppa.. faham… maafkan oppa k?”
“hmm…oppa, omma dah tiga hari tinggalkan kita… bila oppa nak ambil alih syarikat omma oppa? “ Tanyaku.. Tak kan selamanya seunghyun perlu bersikap begini..
“ Oppa tunggu wasiat dibacakan..baru boleh ambil langkah seterusnya..”
“Oh… ok……..”  Aku segera bangkit dan menuju ke tandas untuk membersihkan badan. Aku sempat mengarahkan seunghyun balik ke rumahnya.. Dia mengangguk lalu menganggkat bagasiku masuk ke dalam keretanya.. Ni mesti tak nak aku lari ni.. apalah nak jadi dengan dia ni.. Tapi.. aku masih rungsing tentang mesej yang dibaca seunghyun semalam… kenapa dia boleh naik angin agaknya ya? Arhh… entahlah…

“Ok.. hari ini kita akan belajar tentang add math…. Bla…bla…bla…blla…”
“Adoi,,, asal lah dengan kepala aku nieyh! “
“ Ye,,, go hara… awak ada something nak ckp ke?” Tanya guru matematikku..
“ Tak ada apa-apa cikgu… maafkan saya…” Aku segera meminta maaf…Tiba-tiba..
“Maafkan saya… boleh saya berjumpa dengan go hara?” Tanya hyunseung yang tiba-tiba terpacul di depan pintu kelasku.. tapi kepalaku.. aku menggagahkan diri untuk bangun.. tiba-tiba mataku menjadi kabur, kepalaku seolah-olah mengeluarkan bunyi yang amat membingitkan! Aku jatuh terjelepok ke lantai tanpa disedari… selepas tu.. aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
                Bangun-bangun sahaja aku telah berada di dalam satu bilik yang serba putih!  
“ Hara… kau da sedar?? “ Tegur seorang rakanku, yoo na.
“Hmm… kenapa aku kat sini?”
“ Hara… aku nak kau bersabar k? sebenarnya kau telah disahkan  menghidap  leukemia..” Jelas yoo na..  sambil memalingkan mukanya.. Aku rasa hidupku sudah tak bermakna lagi!
“Yoon a.. please cakap yang kau hanya bergurau!” Ujarku yang mengharapkan beerita yang ku dengar ini hanya gurauan semata-mata!
“ Aku tak tipu hara… aku tak sanggup beritahu kau berita ni tau tak.. “
“ Aku dah tahap ke berapa?”Tanyaku.. tak ingin menafikan kenyataan lagi..
“ Dah tahap ke 3.. “
“ So aku dah tak lama lagi lah ni?”
“ Bukan macam  tu ! kita still boleh cari penawarnya… “
“ Penawar apa??? Kau cakap dengan aku penawar apa?? Aku dah tak ada family lagi kau tahu tak???! Sekarang ni aku nak tahu…selain kau… siapa lagi yang tahu masalah aku ni?? “ Tanyaku lalu mencekak tangan yoo na..
“ Just aku and hyun seung sunbae… dia yang bawa kau ke sini tadi… dia pergi toilet kejap…”
“ Hmm… baguslah… sekarang ni… aku nak balik rumah sebelum seunghyun perasan apa-apa… aku nak kau cakap dengan hyun seung sunbae… kalau aku ni kawan dia… please rahsiakan perkara ni k? please! Aku balik naik teksi je… bye…!” Tanpa ku sedari.. air mataku seperti tidak mahu berhenti mengalir… aku tak sangka yang aku akan mati!

(3 minggu kemudian)    
Hampir setiap hari kepalaku akan berdenyut-denyut! Dan hampir setiap  hari jugalah… hyun sseung akan menghantar mesej kepada ku menanyakan tentang keadaanku… Sebagai kawan..aku rasa hyun seung terlalu prihatin ni!
“Hara! Jomlah makan! Oppa yang masak tau!” Jerit seunghyun daridapur.. Tetapi…walaupun hyun seung adalah first love aku… tapi dia tetap tak boleh lawan seunghyun aku! Hheheh! Aku menghadiahkannya senyuman… aku rasa sangat bersalah, kerana merahsiakan tentang penyakitku.. Aku tak nak dia sedih ni.
“Oppa masak apa ni?” tanyaku sebaik sahaja duduk di meja makan..
“ Hehehh..oppa ade masak makanan kegemaran hara!  Makanlah…” Pelawanya lagi…Aku akui bahawa… semua perempuan akan bahagia dengan seunghyun ni… tapi dia tak layak dapat perempuan macam aku..
                Seperti biasa kami akan bermain play station di biliknya apabila ada waktu lapang… kadang-kadang sampai tertidur di lantai… kebiasaannya…dia akan mengendongku masuk ke bilikku..hehehh… aku sebenarnya mempunyai hobi yang pelik iaitu..suka tidur di mana-mana sahaja.. dan mangsanya adalah seunghyun..
“Alaaaa!! Oppa! Oppa main tipu! Tak nak kawan oppa…”
“Hehhe..mana ada?” Aku tidak puas hati apabila dikalahkan seunghyun dalam permainan lumba kereta! Jadi aku memulakan  semula permainan tersebut..  tiba-tiba sakit kepalaku menyerang lagi.. tetapi kali ini disertai dengan rasa mual..
“ Oppa… uwk..uwkk..” Akku segera menekup mulut dan berlari masuk ke dalam bilik air lalu memuntahkan makanan –makanan yang aku makan sebentar tadi.. seunghyun mengurut-ngurut belakangku..
“Kenapa boleh muntah muntah ni? jangan-jangan… tapi kita tak pernah buat tu…..kan?” Tanyanya ragu-ragu..
“ Taklah…. Cuma… “ Tiba-tiba badanku hilang imbangan dan pengsan di pelukan seunghyun..


“ Hara…kenapa hara tak beritahu oppa awal-awal hah?” Bangun-bangun sahaja aku telah dikejutkan dengan sergahan seunghyun.. mukanya amat menakutkan…sama seperti tempoh hari..
“ Mianhae oppa….”
“ Hara.. kalau cakap memang senang… tapi hara pernah fikir tak perasaan oppa? “
“Oppa.. hara tak bermaksud nak tipu oppa.. hara just nak habiskan masa-masa terakhir hara sebaiknya dengan oppa… sejak kenal oppalah.. hara mulai dapat kasih sayang yang tidak hara dapat..”
“ Hara kena bertahan sampai oppa balik k?” Ucapnya tiba-tiba… aku memandangnya…….sayu.. dia tersenyum lalu mencium ubun-ubunku dan pergi meninggalkanku… aku tidak tahu apa motif seunghyun kali ini….
                Hampir 3 hari aku diwad ini.. badanku mulai mengurus.. kerana penolakan makanan.. Dan 3 hari ini jugalah aku tidak nampak pown batang hidung seunghyun…hanya hyunseung sahaja yang selalu menemani aku…  Seperti biasa aku terpaksa menjalani rawatan supliment untuk ‘memanjangkan’ umurku.. dan setiap kali aku menjalaninya… aku akan merasa sakit seluruh badan.. aku sangat terseksa ni! aku rindu sangat kat seunghyun..

(hari keempat..)
 Hari keempat … apabila ku membuka mata… orang yang berada dihadapanku bukan hyun seung lagi… tetapi seunghyun ni!  aku segera memeluknya..
“ Ma…na…. oppa.. pergi….hhuuh?” Ucapku tersekat-sekat..
“Hey… tak nak nangis… kenapa kurus sangat ni? hara tak makan ke?” Tanya seunghyun. Dia mencapai bubur ayam yang dibelinya lalu menyuapku sedikit demi sedikit.. Tetapi setelah 5 minit berlalu aku memuntahkan semula makanan sebentar tadi. Seunghyun mengesat air matanya diam-diam supaya tidak ingin aku tahu bahawa dia sedang sedih..
“ Hara… oppa ada berita baik… oppa dah jumpa salah seorang dari saudara hara.. maybe hara tak kenal dia… dia ni adik kepada bapa hara.. and sum-sum tulang dia match degan sum-sum tulang hara… oppa dah aturkan tentang pembedahan pemindahan sum-sum tulang…”
“serius??” tanyaku riang..
“mestilah sayang… sebab oppa takkan pernah lepaskan hara… tau tak??”
“Hmmm! Tha..nks.. opp..a..”  tekakku kembali loya… sudah hampir 4 hari aku tak makan kiranya… kerana tiap-tiap kali aku makan.. aku akan memuntahkan kembali isi-isinye… Setiap detik disini amat menyakitkan…. Tapi selepas seunghyun pulang.. kurang sedikit kesakitan yang ku alami.. Tapi aku mesti beritahu dia tentang hyun seung dan aku.
“Oppa.. sebenarnye.. selama ni.. hyun seung sunbae yang jage hara…sepanjang  hara kat sini….. “
“Hara.. kenapa hara tipu oppa? Hah? Mana dia?” Aku tahu seunghyun marah… tapi dia mencuba sebaik mungkin untuk merendahkan suaranya..
“oppa please… jangan marah kan dia..  walaupun hara jalani pembedahan tu, tak semestinya hara akan selamat… so sebelum hara pergi….. hara nak baik dengan semua orang… sekarang ni hara dah tahap 4 oppa… dah nak mati dah pun… tak kan hara still nak berdendam… hara nak sangat tengok oppa berkawan balik dengan  dia.. hara pernah nampak gambar oppa dengan dia… tapi time tu oppa nampak happy sangat… so please..demi hara  k?” Seunghyun diam tidak berbunyi sambil memandang mataku…. Lama kami bertatapan .. hinggalah hyunseung masuk ke dalam wad tersebut sambil membawa  roti kopi.. Seunghyun segera bangun dan mencekak kolar hyunseung..
Aku mulai risau… apabila melihat mereka bertumbuk antara satu sama lain…  Baru sahaja aku ingin menegur… tiba-tiba mereka ketawa sambil berpelukan..
“Welcome back ,, chinggu (kawan) …” Ujar seunghyun…
“ Thanks chinggu.. thanks..” Balas hyun seung pula.. Aku tersenyum.. akhirnya aku dapat juga baiki hubungan mereka ni…
                Sedang mereka berbual-bual.. tiba-tiba…. Uwk.. uwk.. aku melihat tanganku, darah…!  Terasa kepala ku seperti direntap-rentap! Tanpa sedar aku menjerit kesakitan…. Segera seunghyun mengarahkan hyun seung supaya segera mencari doktor.. Manakala seunghyun segera mendapatkanku lalu memelukku..
“ Hara… tahan k? kejap lagi doktor datang… “ Ujar seunghyun lalu mengusap kepalaku..
“ Oppa..ingat.. pe..san.. ha..ra.. nanti kalau hara…. Tak de… oppa… tak boleh sedih-sedih k? car…ii… orang ya..ng lebih baik …dari hara… in..gat tu.. janji dengan hara…”
“Ok… ok oppa janji k? sekarang ni hara kena kuat k? don’t ever give up…” Bergetar-getar suara seunghyun apabila melafazkan janji.. Baju seunghyun basah akibat terkena air mataku.. Mataku mulai kabur… sedikit demi sedikit kelopak mataku tertutup… Tiba-tiba hyunseung dan seorang doktor masuk kedalam wad ku bersama dengan 3 orang nurse…
                Apa yang aku perasan.. aku dibawa masuk ke dalam satu bilik yang penuh dengan peralatan pembedahan… aku diterbalikkan…dan  mereka….. aku terdengar satu bunyi yang aneh…seperti bunyi chainsaw…. Lepas tu …entahlah…

Beberapa bulan kemudian
“heheehhh.... akhirnya! Oppa!! Hara dah graduate ni… !! pas ni boleh kerja! Hehehe~!”               jeritku lalu memeluk leher  seunghyun…… Seunghyun tersenyum..
“ Aikk…hara…rase-rasenye nek kene cium ke? Dekat sangat ni! “ Tanya seunghyun sambil tersenyum nakal..
“ Oppa! Public ok? Jangan nak menakal boleh tak?” Tegurku..
“Diorang ni.. eh cepat pergi kahwin arr!” Tegur hyunseung tiba-tiba..
“ Eh sunbae! Unnie! Apa khabar?” Ujarku lalu memeluk gyu lee unnie.. bekas kekasih seunghyun…seunghyun hanya tersenyum lalu menarikku semula ke sisinya..Takut sangat aku rapat dengan hyunseung..
“congrats hara… nah kitorang ade belikan something untuk hara.. open at home k?” Ucap gyu lee lagi.. Aku mengangguk lalu menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya..
“ Seunghyun.. aku nak cabar kau something ni…”Tiba-tiba sahaja hyun seung bersuara…
“ Cabar ape?”
“ Kalau kau betul sayangkan hara.. apa kata kau cium dye kat public ni…” Cabar hyunseung..
“Eh sunbae… “ Baru sahaja aku ingin membantah…
“ Aku no hal!” Sebaik sahaja seunghyun menghabiskan ayatnya… dia menarikku lalu ………ahh!!! Malunyer~! Jatuh maruah..
“ Hhehhee.. you’ll be mine forever, my baby love…”  Ucap seunghyun lagi…..
The end~!!!
ni main character~ song seunghyun... ft island
go hara~ heroin..
hyun seung ..real name.. jang hyun seung from b2st
gyu lee ...real name gyu lee from kara
yoona .... yoona from snsd