(Lapangan terbang KLIA)
“Mana pula diorang ni..” Rungutku perlahan. 3 hari yang lalu aku sudah pun memberitahu ibu bapaku dengan rancanganku ke jepun, seperti jangkaanku mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi membantah rancanganku.
“Hey!” Adam menegurku dari belakang.Aku segera menyambut Adam dengan senyuman . Tiba-tiba Danial muncul dibelakang Adam, serta merta aku mematikan senyuman yang terukir. Haiizz!
“ Hai..” Sapaku lemah.
“ Sayang.. I tak dapat pergi dengan you hari ni.. pengambaran semalam tertunda sebab cuaca yang tak menentu.. So I bertolak malam ni.. Kita jumpa kat sana k?” Tiba-tiba sahaja Adam memaklumkan berita yang membuatku tidak senang duduk. Aku kena pergi dengan Danial ke??
“You janganlah risau sayang, I dah cakap dengan Danial, jaga you..” Aku mengangguk perlahan. Aku dan Danial berjalan ke balai berlepas. Adam sempat mengenyitka matanya kearahku. Aku membalas dengan senyuman. Entah kenapa tiba-tiba hatiku menjadi sayu bila melihat muka Adam. Seperti sesuatu akan berlaku.
“ You.. jaga diri! Call I bila dah habis pengambaran ok?” Pesanku. Adam mengangguk-angguk.
“Bye!” Jeritnya sambil melambai-lambai tangannya.
Sampai sahaja ke negara matahari terbit ,aku dan Danial masing-masing masuk ke dalam bilik hotel yang sudah siap ditempah oleh Adam. Aku merehatkan pinggangku di atas katil empuk, tidak sampai beberapa minit, aku sudah terlena. Terngiang-ngiang pesanan Alyssa kepadaku sebelum berangkat supaya menelefonnya jika sudah sampai. Aku segera bangkit dan menelefon Alyssa menggunakan telefon hotel.
“ Hello.. Lyssa. Aku dah sampai ni..~ penat betul!” Rungutku.
“ Weyh.. kau tak bawak ubat asma kau ehh? “ Tiba-tiba sahaja Alyssa bertanya. Aku menepuk dahiku. Bagaimana aku boleh terlupa? Aku mengucap beberapa kali.
“ Macam mana aku boleh terlupa ni? Alamak Lyssa.. macam mana ni?”
“ Aku tak tahu.. tapi yang pastinya kau jangan pernah dekat dengan binatang yang berbulu taw?”
“ Humm.. ok.. Weh.. aku nak tidur arr.. mata aku dah berat.. “Ujarku sambil membesarkan mata yang hampir tertutup sebentar tadi.
“ Ok.. aku pun.. k lah.. bye! Goodnight” Aku mematikan talian lalu menghempas badanku dan terus melangkah ke alam separa sedar.
*************************************************************************************
Aku berjalan ditepi pantai sambil melayan perasaan. Aku belum sempat menjamah apa-apa sejak dari pagi. Kelibat Adam masih tidak kelihatan. Dia telah berjanji akan bertolak malam semalam,waktu Malaysia.. Kenapa dia masih tidak muncul? Hatiku berdebar-debar.
Perlahan-lahan aku memasukkan kakiku kedalam laut yang sedang bergelora. Semakin aku melangkah semakin galak air laut menelan tubuh genitku. Aku tidak sedar bahawa aku telah pun berada jauh dari tebing, air laut telah mencecah paras daguku, nasib baik aku cepat tersedar. Aku segera menghayun tangan dan kakiku ,berenang ke tebing laut.
Aku menggigil-gigil menahan kesejukkan yang terasa hingga ke tulang hitam. Entah kenapa aku rasa sangat tenang, seperti tiada apa-apa disekelilingku.
Haizz! Sebelum aku diserang flu, lebih baik aku pergi menukar baju sekarang. Aku mempercepatkan langkahku yang semakin lambat kerana bajuku yang basah.
Tiba-tiba mataku tertancap pada Danial yang sedang terduduk disebalik poho rending sambil menekan-nekan kepalanya. Aku segera mendapatkan Danial.
“ Hey.! Kau kenapa ni? kau ok ke?” Aku bertanya dalam nada cemas. Dia menggeleng.
“ Kenapa?” Aku memaksa Danial bercerita.
“ Adam.. dia jatuh dari tingkat 3.. ke bawah kat tempat pengambaran.. ada orang tolak..” Ujar Danial perlahan sambil mengesat air matanya. Aku terduduk. Air mata telah membasahi pipiku.
“ Dia.. ada kat icu.. dia dah stabil.. tapi doktor tak jamin dia boleh bertahan … dalam kata lain.. dia nazak..” Aku tergamam. Danial memandangku.
“Kau balik Malaysia.. sekarang.. biar aku uruskan konsert kat sini.. please.. dia nak jumpa kau… harapan terakhir dia.. “ Terasa gelap duniaku. Aku segera mengangguk lalu berlari masuk kedalam bilik dan mengemas bagasiku.
‘ Adam.. you kena kuat! Tunggu I pulang!’ Bisik hatiku perlahan.
Aku tidak sempat menukar baju yang masih basah.. Aku cuma menyarung baju sejuk dan bergegas ke lapangan terbang. Biarlah apa yang orang lain kata, yang penting aku selamat sampai ke Malaysia…
“ You.. tegurku sebaik sahaja mengambil tempat disisi Adam. Aku tak sanggup melihat kepalanya yang berbalut dan ada sedikit kesan darah. Aku menangis disitu juga sebaik sahaja Adam menggenggam tanganku.
“ Meesha.. janganlah nangis sayang… I akan okay.. I janji .. nanti bila I da baik.. I peluk you erat-erat.. sekarang ni tak boleh…” Lagi kuat aku menangis. Aku tak ingin dia meninggalkanku!
“ You.. orang yang sama kah yang tolak you?” Aku bertanya.
“ Yup.. I da jumpa.. I dah tengok muka dia.. dia perempuan.. anti fans i.. sorry I heret you dalam masalah ni..” Aku segera menggeleng.
“ You.. You just ingat ni k? I love you forever.. always..” Aku berbisik ditelinganya
“ No.. you don’t love me.. you just sayang kat i.. I tahu, you love Danial.. “ AKu tersentak. Dia dah tahu?
“ But.. Danial just nothing to me .. “ Aku menjelaskan keadaan. Dia tersenyum hambar.
“ Sayang… kejap lagi ayah I masuk.. I perkenalkan dia dekat you okay?” Aku mengangguk.
‘Kreekkk..’ Pintu wad ditolak dari luar. Aku segera bangun.
Serta merta rongga pernafasanku menjadi kecil apabila melihat ibu bapaku muncul dihadapan pintu wad 303.
“ Gurau.. gurauan apa ni pa, ma? “ Aku bertanya sambil melangkah kebelakang. Aku sempat memandang Adam. Wajahnya berkerut.
“ Pa? ma? Papa.. aunty, Meesha’s not my sister.. right?” Adam bertanya. Lemah. Aku terkejut dengan kata-kata Adam. Aku harap bukan! Adam bukan abang aku! Aku menjerit didalam hati.
“ Meesha, Adam, I can explain..” Bapaku akhirnya bersuara. Aku semakin sukar bernafas. Mataku berpinar, dan aku rebah dalam pelukan seseorang.
“ Danial.. please.. aku nak kau nikah dengan adik aku.. aku dah tak lama.. please.. aku tahu korang memang dah lama suka antara satu sama lain.. aku tak nak korang sembunyikan perasaan korang.. “ Pinta Adam.
“ Aku tak boleh.. dia kau punya..” Ujar Danial perlahan sambil menggeleng.
“ Dia bukan aku punya lagi.. dia adik aku.. aku sebagai abang dia.. aku nak orang yang aku percaya jaga dia.. lagipun.. kau pernah selamatkan dia dulu.. aku minta maaf, aku haling korang dari bersama…“
“ Aku.. aku .. bingung.. aku tak boleh jadi suami yang baik untuk dia Adam. Dia terlalu perfect bagi lelaki macam aku.. lagipun, dia benci aku.. “
“ Just for this tme.. Danial tolong aku…” Sebaik sahaja Adam menghabiskan ayatnya..
‘Tut, tut, tuuuuuuuuuuuuuutttttttttt’ Danial segera berlari keluar mendapatkan doktor. Hanya itu sahaja yang boleh dia lakukan buat masa ini.
“ Maafkan kami.. kami dah cuba sebaik mungkin.. Encik Adam kemungkinan koma.. Dia kira bertuah kerana masih dapat survive.. Sokongan dari ahli keluarga amat dia perlukan sekarang..” Danial terduduk.
“ Ya Allah.. apa yang patutku lakukan ya Allah.. patutkah aku menerima Meesha masuk kedalam hidupku ya Allah.. Aku tak sepatutnya merapatkan diriku dengan dia sejak dari awal lagi..” Danial menekup wajahnya. Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan permintaan Adam.
“ Aku tunggu lagi 2 bulan.. jika dia masih tiada pengganti.. baru aku ikut cakap kau k?” Danial segera keluar dari wad 303 dan berjalan ke wad 314 dimana Meesha ditempatkan.
Wajah Meesha ditatapnya sayu.
“ Meesha.. sabar k? kau kene kuat.. aku , tak sangka benda ni boleh berlaku. .. Baru hari tu kita berkumpul , ketawa.. hari ni… kita menangis..” Ucap Danial dalam sendu sambil memegang tangan Meesha yang masih tidak sedarkan diri.
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku mengamati wajah ibu bapaku yang berada disampingku dan Danial yang berdiri tidak jauh dariku. Kepalaku masih lagi pusing, tetapi aku menggagahkan diri untuk mendengar penjelasan bapaku.
“ Pa.. Adam bukan abang Meesha kan?” Tanyaku sebaik sahaja bangkit.
“ Im so sorry , Meesha.. Adam sebenarnya abang kandung Meesha, my son..” Bapaku bersuara pula. Aku menggigil. Degup jantungku semakin menggila. Aku melihat muka ibuku yang muram.
“ Dia… anak luar nikah papa.. tetapi, mak kandung dia dah meninggal.. papa lari ke korea.. kadang-kadang dia akan datang korea lawat papa dengan mama.. mama kamu ni dah anggap dia seperti anak dia sendiri.. tetapi dia tidak ingin Meesha tahu.. Kami tak nak Meesha malu.. Jadi kami ingin bercadang nak beritahu Meesha bila Meesha dah besar.. dah ada kerja sendiri.. Time tu.. tiada siapa boleh mengejek Meesha.. sorry Meesha.. ini semua salah papa… papa buat kamu sengsara..” Betapa senangya bapaku berkata-kata! Padahal hubunganku dan Adam bukan sekadar kawan biasa, tetapi sebagai pasangan kekasih! Tidak hairanlah kenapa aku rasa sangat selasa bila berdampingan dengannya. Rupa-rupanya dia ialah darah dagingku sendiri..!
Ya Allah! Betapa hebatnya dugaanmu buatku kali ini ya Allah.. Aku menekup mukaku. Aku tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana. Ibuku menghampiriku lalu memelukku erat. Aku menghamburkan segala tanggisan dibahu ibu tercinta.
Aku bangun lalu berjalan ke tandas dan menukar baju. Aku mesti keluar dari sini secepat mungkin! Ibu bapaku tidak mampu menahanku. Danial yang dari tadi termenung di tepi katilku, memerhatikan sahaja lagakku yang seolah-olah sudah sihat. Aku mesti cari siapa yang ingin membunuh Adam.
“ Meesha gerak dulu.. papa, mama.. Nanti Meesha datang rumah k?” Aku sempat memujuk ibu bapaku. Kakiku melangkah dihadapan wad 303. Sebelum pergi lebih baik aku melawat Adam. Dihadapan wad Adam, ramai peminatnya sedang terhendap-hendap disebalik pintu. Danial mengalih perhatian mereka. Aku segera menyelinap masuk kedalam wad 303.
Aku memerhati muka Adam yang sedang tertidur. Sebelum aku pergi, aku ingin sekali mendengar suaranya. Aku menggegarkan badan Adam. Tiada reaksi. Tiba-tiba Danial muncul di sisiku sambil menepuk bahuku.
“ Adam koma…” Aku menekup mulut. Sejak dari semalam, air mata menjadi peneman ku! Hari ini aku berendam dengan air mata lagi. Aku menarik tangan Adam lalu menciumnya perlahan. Walaupun aku tak dapat berbicara dengannya seperti biasa, tetapi biarlah aku yang menatap wajahnya sahaja. Selama ini dia banyak mewarna hidupku! Aku amat bersyukur dapat jumpa dengan orang macam Adam, walaupun kami tahu kami tak mungkin bersama.
“Meesha you kena redha okay?” Aku mengangguk. Aku mesti cari siapa dalangnya! Yang pasti orang itu ialah seorang perempuan.
(5 MINGGU KEMUDIAN)
Hari ini aku terpaksa duduki exam akhir, da selepas itu aku akan berpindah ke dunia kewartawanan.
Seperti biasa, aku akan melawat Adam dihospital sebelum pulang ke kondominium. Hampir dua bulan Adam tidak sedarkan diri. Sejak kejadian tempoh hari.. aku telah berubah seratus peratus, aku tidak lagi peramah seperti dahulu. Aku hanya akan bercakap apabila perlu sahaja. Manakala hubungan Alyssa dan Shahrizal semakin baik.Mereka bercadag untuk melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Aku tumpang gembira.
Manakala Danial semakin rapat dengan seorang selebriti yang sangat cantik, sesuai dengan wajah Danial yang kacak. Setiap kali melihat mereka berdua-duaan, hatiku akan terbakar! Tetapi, aku kebiasaannya aku akan buang perasaan itu cepat-cepat.
Ibu bapaku mulai risau akanku yang sentiasa murung. Kata mereka, aku sering kali mengigau tentang Adam. Aku sedar, aku sepatutnya menganggap Adam sebagai abangku sendiri, tetapi hatiku seolah-olah menolaknya. Bagiku Adam lah yang selalu membuat hidupku sempurna. Danial Cuma tahu merosakkan suasana sahaja!
Aku menatap lagi nota ringkas dari Adam buatku. Kata jururawat disini, dia terjumpa nota itu didalam genggaman Adam.
‘ Meesha.. I nak you terima Danial okay? For me sayang…’ Sampai hari ini aku masih tidak mengerti maksud Adam. Aku menggaru kepalaku.
“ You.. you cepatlah sedar.. I dah tak tahan hidup tanpa you tahu tak?” Aku berbisik ditelinga Adam.
Akhirnya genaplah dua bula Adam terlantar di hospital. Aku pula sudah bekerja di Syarikat Syed Zehedi, bapa Danial. Bapa Danial sendiri yang menawarkan pekerjaan yang bergaji lumayan tersebut khas untukku. Setiausaha, itulah jawatan yang disandang olehku. Walaupun jauh menyimpang dari kelulusanku dalam bahagian kewartawanan, tapi, okaylah..
Populariti Danial semakin menaik, manakala Adam hanya dijadikan kenangan sahaja. Itulah lumrah seorang artis. Aku menyambung kerja yang tergendala. Tiba-tiba pintuku pejabatku diketuk dari luar.
“ Come in..” Aku menjerit sedikit.
“ Hehhe! Meesha.. Uncle nak kenalkan ceo baru syarikat uncle ni~ “ Ujar Syed Zehedi lalu menolak Danial masuk ke dalam bilik. Aku tekejut! Hampir 3 minggu duniaku kosong tanpanya. Tiba-tiba dia muncul kembali. Aku mengeluh.
“Haizz! Papa ni suka lah! “ Dia mengeluh lalu memandang mukaku yang seperti punai berak kapur.
“Heheheh! Anyeong~ (hai)” Aku terperanjat. Tiba-tiba sahaja Danial bertutur dalam bahasa korea.
“Anyeong..(hai)” Aku membalas dalam bahasa korea juga.
“ Umm.. Meesha apa khabar? Lama tak jumpa..” Masih dalam mood korea. Dia mengambil tempat disebelahku.
“ Hurrmmm… asyik sibuk dengan awek baru je…”
“ Mana ada… dia just friend okay…a friend..” Aku mencebik.
“ So buat ape kat sini?” Aku menukar topik.
“ Huurrmm.. I nak berhenti jadi artis.. I nak fokus dalam perniagaan.. “ Masih dalam korea juga. Mana dia belajar ni!
“ What? Are you serious?” Takkan dia ingin melepaskan kerjaya sebagai artis tiba-tiba? Peminat-peminat dia pasti akan sedih..
“ I dah habis contract dengan syarikat tuh, dua minggu yang lalu.. I nak fokus kat you pula..” Dia menarik tanganku lalu dilekapkan didadanya yang bidang. Aku membengis. Eceh~ padahal berbunga-bunga hatiku! Aku menyembunyikan senyuman yang tiba-tiba bertandang di bibir mongelku. Senyuman pertama yang datang tulus dari hatiku sejak 2 bulan yang lepas.
“ I dah fikir masak-masak.. Meesha please stay with me forever..as my wife..Ehh! betul tak I cakap ni? heheh! Baru belajar sebenarnya~ hohoh!” Dia sempat berjenaka pada waktu serius. Aku tersentak dengan permintaannya yang terlalu drastik!
“ Say yes! Please” Dia tersengih memintaku berkata ‘ya’. Dia ni kalau buat orang tersenyum nombor satu. Lagi-lagi bila dia ketawa dan berjenaka. Senyuman Danial memang memukau.
“ Bagi I masa!” Aku menjerit apabila Danial mendekatiku. Wajah aku dan dia hanya sejengkal. Dia ni suka sangat menggoda! Aku segera bangun lalu berlari ke tandas. Dia terpinga-pinga lalu tersenyum.
Oh my god! Aku menjerit dalam hati sambil membelek mukaku. Aku memerhati bajuku . Entah kenapa aku rasa penampilan ku hari ini tidak menawan seperti biasa. Aku hanya mengenakan blaus hitam dan seluar slack putih, dikenakan dengan tudungku yang bercorak polka-dot. Aku mencalit gincu di bibirku. Haizz! Mukaku masih merona merah! Kenapa aku jadi macam ni? Adoii! Tiba- tiba seorang staf bahawanku mencuit bahuku.
“ Akak, CEO baru kita , Encik Danial suruh akak keluar dari tandas sekarang. Dah setengah jam akak kat dalam tandas…” Aku terperanjat! Apa dah setengah jam?
“ Ifaa.. hurrmmm..Encik Danial kat mana? “ Tanyaku.
“ Dia betul-betul kat depan pintu tandas tu hah..” Ifa menunjuk pintu tandas wanita. Aku menggaru-garu kepala. Adoi..~ macam mana ni!
“ Huurrmmmm…cakap dengan dia.. akak tak akan keluar selagi dia ada kat situ..” Ifa mengangguk sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dah lah sekarang ni lunch hour! Lapar ni!
“ Meesha~ I masuk ni…~!” Dia menjerit dari luar tandas wanita. Aku segera berlari masuk ke dalam tandas sambil memegang hos air bersedia untuk mempertahankan diri.Sebaik sahaja Danial muncul dihadapanku aku terus memancutkan air ke muka dan bajunya sambil ketawa. Dia menggelupur.
“ Ohh! Nak bermain ya?” Dia mencapai tanganku . Hos air tadi berpindah tangan. Kali ini, aku pula yang menjadi mangsa! Habis basah satu badanku. Kali ini dia pula yang ketawa. Aku mencebik.
Kami keluar dari tandas dengan baju yang basah kuyup. Beberapa staf memandang kami dengan penuh syak wasangka. Adoii! Lepas ni mesti aku jadi mangsa kekejaman peminat Danial. Cukuplah aku dianiayai oleh seorang anti peminat Adam yang sudah pun disumbat kedalam penjara kerana cubaan membunuh. Danial yang dari tadi tersenyum memandang susuk tubuhku. Aku segera berpaling.
Danial membuka kotnya lalu menyarungkan dibadanku.
“ Kalau lelaki nampak susuk tubuh tak pe.. seksi! Kalau my girl nampak susuk tubuh! Tak boleh!~ because you’re mine~ hohohohh!” Mukaku merona merah sebaik sahaja Danial berbisik sebegitu. Aku berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Syed Zehedi kerana ingin bercuti separuh hari. Danial membuntutiku sambil bercekak pinggang. Buat pertama kali aku rasa hatiku berbunga-bunga begini. Haizz!
“ Uncle… uncle tengoklah apa yang anak uncle dah buat..!” Aku mengadu dengan ayah Danial yang telahku anggap seperti bapaku sendiri. Ayah Danial tersenyum lalu memandang Danial yang juga basah kuyup. Aku menggigil kesejukkan. Danial menunjuk ‘peace ‘ kearah ayahnya.
“Danial.. what you’ve done? Look at my future DAUGTHER IN LAW..!” Syed Zehedi sengaja menguatkan perkataan ‘daughter in law’ .Aku menunduk. Haizz! Diorang ni anak beranak sama sahaja, kuat menyakat!
“ Heheheh~ since she gonna be my wife.. Danial nak manje-manje dengan dia..” Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Syed Danial Danish membuatkan hatiku tak keruan ni!
“ Uncle… Meesha nak minta cuti separuh hari boleh.. Meesha dah basah macam ni.. Ni semua sebab dia!” Aku menuding jariku kearah Danial. Danial menarik tanganku. Aku tersungkur dalam pelukannya. Haizz! Depan Syed Zehedi pula tu! Arrrhh! Malunya! Aku segera menolak Danial. Dia tersengih-sengih. Aku mendegus. Manakala bapanya menunjuk tanda bagus kearah Danial. Mereka ni memang satu kepala!
“ Okay.. Meesha boleh balik.. tapi janji dengan uncle Meesha kena datang kerja esok.. sebab Meesha akan jumpa dengan anak uncle ni hari-hari~” Kali ini Danial menunjukkan tanda bagus kearah ayahnya pula.. Aku menggeleng melihat telatah dua beranak ini. Aku segera berjalan keluar selepas mengucapkan terima kasih.
Aku melangkah masuk kedalam bilikku. Sebaik sahaja aku berpaling, aku dikejutkan oleh Danial yang sudah terpacak dibelakangku. Aku mengucap beberapa kali.
“ You ni dah tak ada kerja lain eh?”
“ Ada.. kerja menatap wajah you hari-hari…hehe!” Aku menggeleng lagi. Aku segera berjalan menuju ke pintu. Tiba-tiba Danial memaut pinggangku. Aku kaget! Dia bukan muhrim aku ni!
“ Say yes, then I’ll let you go..” Katanya dengan wajah yang serius.
“ Tapi Danial..”
“ No, tapi-tapi!”
“ Okay! Yes! Do you happy?” Walaupun separuh dari diriku memberontak, tetapi separuh lagi mengatakan ya! Dia melepaskan pelukan lalu menarik tanganku keluar dari pejabat. Ketika itu, pekerja yang keluar lunch tadi semuanya telah beransur masuk ke pejabat semula.
“ Okay guys! Meesha and me, Danial Danish are officially a husband and wife on 11 november 2011~! Datang ramai-ramai tau!” Semua staf ternganga , termasuklah aku! Apa? oh my god! Menyesal aku cakap ya! Bermaksud, lagi 3 minggu? Wohh!
“ You! Kenapa you sesuka hati je cakap macam tu? I belum bersedia lah~” Aku memberontak. Haizz! Dia tersenyum.
“ Sebab I dah serik kehilangan you masa you couple dengan Adam…” Aku terdiam.
“ Masa tuh… I rasa hidup I dah tak ada makna.. I nak kawan I happy.. that’s why I have to let you go to Adam.. he’s deserve you.. tambahan pula time tu you asyik nak berkepit je dengan dia.. lagi lah I tak boleh tahan..” Sambung Danial lagi. Aku masih membatukan diri.
“ Bukan I nak ambil kesempatan.. tapi nak sangat cakap yang I cintakan you.. I love you..” Sejak bila dia jadi manusia romantik ni! aku menjerit didalam hati sambil memegang kedua belah pipi gebuku yang mula membahang akibat malu yang teramat.
“ Anyway! You always in my heart~ hohhoohh!” Dari serius, Danial mengubah kembali moodnya menjadi riang. Aku tersenyum perlahan.
“ Kan cantik bila dia senyum …” Dia memujiku lagi! Aku di syurga agaknya~ hohohho!
“ You! Kenapa you bawa I pulang rumah parents I ? baju I banyak kat kondo I lah..” Aku merungut sebaik sahaja melihat Danial memasuki simpang yang menuju ke kediamanku.
“ Just banyak kat kondo sahaja kan? Kat rumah you ka nada.. lagipun mama and adik-adik I ada kat rumah you..” Dia tersenyum lagi. Kenapa mereka ada dirumahku?
Sebaik sahaja menjejakkan kaki kedalam rumahkum aku lihat ibuku dan ibu Danial sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Aku dah dapat agak , ini mesti kerja Danial. Aku memandang Danial yang dari tadi asyik tersenyum kambing!!
“ Mama… ni .. ni nak buat apa?” Aku bertanya.
“ Ohhh! Ni untuk korang berdua..! hah, Meesha.. mama dah daftarkan kamu ke khusus kahwin~ attend mulai esok dengan Danial ya?” Aku ternganga.
“ lah! Meesha~ kenapa basah kuyup ni?”Ibu Danial bertanya.
“ Tu lah, anak aunty, dia masin simbah-simbah air kat pejabat tadi.. “
“ Eh kita pulak yang salah.. dia yang tembak dulu~ ape lagi buat serangan balas lah~” Danial mempertahankan diri. Aku menggeleng lalu berlari naik ke bilikku. Dia ni memang dah gila~ haizzz!
Setelah mengenakan sedikit bedak asas.. aku segera keluar dari bilik mencari makanan~ Lapar betul.
Oh!! Akhirnya~ Mee rebus! Aku segera mengambil mangkuk dan menyenduk mee rebus . Meleleh air liur. Aku segera menyantap mee rebus di dalam mangkuk dengan lahapnya.
“ Makan banyak-banyak.. I tengok badan you dah naik~ “ Tegur Danial lalu mengambil tempat dihadapanku. Serta-merta seleraku mati sebaik sahaja Danial berkata bahawa badanku dah naik! Aku memandang perutku. Arhhh! Tak boleh jadi ni! Aku tak boleh gemuk masa bersanding nanti!
“ Alololo! Asal berhenti? I gurau je lah sayang oii.. you ni.. you tetap cantik tahu tak?” Aku tersengih. Hhehehe! Gembiranya.
“ Hah~! I suka time you senyum! Rasa nak gigit je!”
‘Hacchoo!’ Danial terbersin. Dia memalingkan muka. Padan muka dia ! dah kena selsema! Baju Danial yang basah tadi kering sendiri. Mesti sejuk!
“ Padan muka dah kena selsema! “ Ejekku. Aku menyambung suapan yang tergendala sebentar tadi.
“ Tengoklah! Nasib baik Meesha bukan wife I lagi~ kalau tak! Dah memang kene peluk kuat-kuat! Kasi tak ley bernafas~ hoohoho!” Aku ketawa melihat keletahnya. Ibu yang pada asalnya ingin mengambil air dari dalam peti ais segera berlari ke tempat kerjanya, ingin membiarkan kami berduaan di dapur.
“ You.. kita pergi lawat Adam ya?” Aku memberi cadangan. Hampir seminggu aku tidak melawatnya. Ibu dan ayahku sahaja yang selalu menemani Adam. Huuuff~ aku mengeluh perlahan.
“ Okay.. I pun dah lama tak jumpa dengan Adam.. Hari tu I ada tanya doktor kat situ.. dia kata Adam dah ada peningkatan… Hari tu tiba-tiba sahaja jari dia bergerak-gerak.. I harap dia cepat lah sembuh..” Danial menunduk menutup rasa sedihnya. Aku juga melayan perasaan. Masing-masing terdiam..
Kami beriringan menuju ke kereta milik Danial. Di dalam kereta seperti biasa dua-dua mendiamkan diri. Tiba-tiba radio memainkan lagu korea , it has to be you. Aku dan Danial mengamati maksud lagu itu..
Today, i wander in my memory
I’m pasing around on the end of this way
You’re still holding me tightly, even though i can’t see you any more
I’m losing my way again
I’m praying to the sky i want see you and hold you more
that i want to see you and hold you more
It can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
i cannot send you away one more time
i can’t live without you
it can’t be if it’s not you
i can’t be without you
it’s okay if i’m hurt for a day and a year like this
it’s fine even if my heart’s hurts
yes because i’m just in love with you
my bruised heart
is screaming to me to find you
where are you?
can’t you hear my voice?
to me…
if i live my life again
if i’m born over and over again
i can’t live without you for a day
You’re the one i will keep
you’re the one i will love
i’m…yes because i’m happy enough if i could be with you
“ Sedap maksud lagu ni..” Akhirnya dia bersuara.
“ Hmmm…” Aku menjawab sepatah.
“ Macam I” Ucapku. Dia tersenyum lebar,
“ Wohh! Meesha~ my baby! Cium sikit!~”
“ You! You tak cuba nak pergi berubat kat mana-mana ke? Hilangkan virus gatal you ni” aku menyindir. Dia tersengih-sengih. Apalah nak jadi dengan dia ni taw!
“ Hheheh! I tak cakap macam ni kat sesiapa taw~ Cuma you saje.. buah hati i~” Sah! Dia memang dah angau.
“ You ni kan!” Aku memarahinya dalam nada separuh menjerit. Tiba-tiba dia menghulur sebatang lollipop untukku. Aku tak jadi nak marah. Aku ketawa. Sikap Danial patut dipuji. Dia pandai mengambil hati!
“ Heheheh! Opppss! Kita dah sampai dah pun! Jom!~ “ Aku segera menyimpan lollipop tadi dalam tas tanganku.
“ Esok lepas khusus kita cari baju k? “ Aku mengangguk tanda setuju. Kami berjalan sambil berpegangan tangan. Ramai peminat Danial memerhati kami. Danial siap promosi hari perkahwinan kami lagi. Pada hari perkahwinan kami nanti. Danial akan mempersembahkan lagu yang diciptanya sendiri sebagai lagu perpisahan.
(Sehari sebelum perkahwinan)
“ Hehehhe! Meesha.. Esok tau..! esok~ kau dah tak boleh peluk-peluk dengan aku lagi… kau kene peluk Danial pula~ hhehehe!” Aku tersipu-sipu. Malam berinai telah dilangsungkan malam semalam. Hari ini, dah satu hari aku tidak dapat bertemu dengan Danial. Ibu bapa kami melarang. Selepas akad nikah esok, aku dan Danial aka bergegas ke dewan philia.
Kebanyakkan tetamu yang datang kemungkinan dari peminat Danial sendiri. Kawan-kawan dan pensyarahku juga akan turut hadir. Yang pastinya Shahrizal dan Alyssa akan menjadi pengapit kami. Aku terkilan sedikit kerana Adam tidak dapat hadir pada hari bahagia yang akan berlangsung nanti.
Sejak Danial masuk dalam hidupku kembali, sedikit demi sedikit aku sudah boleh belajar menerima Adam sebagai abangku. Danial banyak menceriakan hari-hariku.
“ Weyh! Kau dengar akk aku cakap apa ni?”
“ Iye aku dengar.. Huurrmmm.. tak pe, al least peluk Danial sedap sikit, dari peluk kaum sejenis tak syok~ hohoh!” Aku ketawa sepuas hati sambil membelek inai di jari.
“ Haprak betul! Kau tengoklah~ tak lama lagi.. bulan depan aku nikah dengan Shah~ hhehe!lumba nak?”
“ Lumba apa?”
“ Sape dapat anak lagi cepat..~Hahaha!”
“ Lyssa! Kena kau dah jadi gatal ni?” Aku meraba kepala Alyssa tanda pura-pura risau. Dia tersengih. Aku turut ketawa bila lihat dia menahan tawa yang hampir terhambur.
“ Dahl ah! Jom tidur.. malam ni aku nak peluk kau puas-puas.. esok dah tak dapat~” ujarku sebelum menutup lampu.
“ Aku terima nikahnya Nur Meesha Aliya binti Mohamad Azman dengan mas kahwin 80 ringgit tunai..” Lafaz Danial. Alhamdulillah, kami sekarang sudah sah suami isteri.
Danial mengucup syahdu dahiku semasa upacara batal wuduk. Aku memandang cincin platinum yang bertatah berlian tersemat dijariku.
“ I ada surprise untuk you…” Sebaik sahaja Danial berkata begitu, Adam sudah muncul dibelakangnya. Aku menekup mulutku ! hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya aku ketika itu.
Aku berlari mendapatkan Adam lalu memeluknya. Muka Adam masih pucat. Tetapi dia tetap menggagahkan dirinya untuk menghadiahkan satu senyuman buatku. Betapa aku rindu dengan dia.
“ Lama tak jumpa adik abang ni..”Adam berkata sepatah.
“ Abang.. kenapa koma lama sangat! Adik risau tahu tak?” spontan aku membahasakan diriku sebagai adik dan dia sebagai abang.
“Sorry dik… baru sedar semalam.. Nasib baik ni hah.. Adik ipar abang ni tergerak nak datang.. Kalau tak abang pun tak tahu yang adik nak kahwin hari ni.. “ Aku masih berpegangan tangan dengan Adam.
“Eheemm~ ngah jelous ni.. “Adam berkata sepatah. Kami tergelak dengan lawak spontan Danial.
“ Hahaha! Danial.. Thanks sebab jemput aku..”
“ Kau kawan aku beb.. takkan aku tak nak jemput kau, abang ipar~ hohohoo!” Kami tergelak lagi.
“ Tayat sangat! Bila korang nak make up kalau asyik nak berpeluk kat sini? “ Sebaik sahaja ibu menegur, kami segera berlari ke bilik masing-masing dan gerak ke dewan philia. Kecuali Adam, aku sempat menoleh ke arah ibu bapaku yang sedang berpelukan dengan Adam.
Sebelum bersanding, aku disolekkan oleh jurusolek Danial. Demi menjimatkan masa, mereka menemu ramahku di dalam bilik persalinan. Aku menjawab apa yang termampu. Tetapi, kebanyakkan soalan yang dituju kepadaku mengenai Adam. Aku menjawab apa yang perlu sahaja.
“ Meesha.. Danial dah ada kat sini.. majlis bersanding akan bermula dalam 5 minit sahaja lagi.. So ikut kami ke belakang dewan, kita tawaf dewan ini , lepas tu masuk dalam dewan ni guna pintu depan.. konon-konon baru sampai lah ni~ “ Pandai betul bekas pengurus Danial mengatur acara.
Aku keluar dari bilik persalinan dengan memakai kebaya yang bertatahkan manik-manik. Bila dilihat sekilas sepertI gaun, tetapi bila lihat sekali lagi, dah macam rama-rama lah pula! Tak apalah~ janji cantik!
Ketika bersanding, aku dan Danial masing-masing tersipu-sipu. Tiap-tiap kali mata kami bertembung, pasti dia atau aku akan cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dari jauh, Adam yang telah pun menukar bajunya supaya setema dengan tema perkahwinan kami iaitu, putih dan biru.
Memang sangat menawan. Lirik matanya sudah cukup membuat sesiapa sahaja tergoda. Termasuk aku. Haizz.. tak sangka aku pernah bercinta dengan abang sendiri. Aku mengalihkan pula pandangan ke arah Danial yang sungguh kacak malam ini. Sudah hampir 2 jam kami bersanding, tetapi dia tidak langsung lokek mengadiahkan senyuman kepada semua orang.
Walaupun cemburu apabila melihat Danial tersenyum-senyum apabila peminat-peminatnya menyapanya, tetapi aku harus faham, dia pernah menjadi pujaan ramai suatu ketika dahulu. Dalam masa yang sama, aku rasa sangat bahagia ni! Kerana bila difikir-fikirkan kembali, aku dah dapat kedua-dua orang yang aku cinta dan sayang. Dalam masa yang sama aku masih mencari siapa orang yang pernah menyelamatkanku dahulu. Entah kenapa aku rasa dekat sangat dengan orang itu.
" You.. hurrmmm.. majlis ni lama lagi ke? " Aku menanya Danial yang sedang tersengih-sengih memandangku. Dah buang tebiat agaknya. Baru 1 hari aku bergelar isterinya aku sudah dapat rasakan bahawa aku akan teruk 'didera' olehnya, belum cerita lagi masa akan datang. Wah! boleh kurus aku dibuatnya! Aku tersenyum . Dia memandangku pelik.
" You! you ketawa kan I ya?" Dia merungut sambil membuat muka sepuluh sen. Memang tercabar iman!
" Mana ada.. alahai sayang I ni.. Marah ke?" Aku mengusik Danial. Danial mengangguk. Aku tersenyum lagi.
" Hurrmm.. lagi sejam lagi habislah ni kot.. Punggung I dah bisul dah ni~" Dia pula yang merungut. Aku ingatkan dia suka sangat melayan peminat-peminatnya. Aku segera memandang kearah tetamu-tetamu yang datang.
Akhirnya tibalah masa makan beradab! yay! Aku diminta menyuap Danial . Danial tersengih-sengih memandangku. Sukalah tuh! Aku mengambil cili bercampur nasi dan menyuapkannya masuk kedalam mulut Danial. Pada asalnya dia tersenyum, tetapi apabila tergigit cili tadi matanya berair. Aku ketawa.
"Dia terharu~ hahah" Aku ketawa. Wartawan-wartawan yang berada disitu turut tertawa. Danial mengesat air matanya.
"Thanks honey" Dia mencium pipiku. Aku tergamam . Aku segera menunduk. Kali ini dia pula yang ketawa besar. Haizz! malunya.
" Boleh ulang balik tak scene tadi? Kami nak highlight kan as the lovely couple of the year.." Bertambah merah mukaku dibuatnya! Danial mendongakkan mukaku memandangnya. Aku dah tak keruan! Dia mendekatiku pipiku perlahan-lahan. Haizz! apa patut aku buat ni?
" Press.. i'll do it in a blink of an eyes okay~ ready?" Dia mengucup pipiku. Serentak mataku berpinar apabila flash kamera memenuhi ruang mataku.
Dia tersengih-sengih, aku mencubit pehanya. Dia beranjak sedikit. Dia tetap tersenyum.
" Gatal.." Aku berbisik perlahan di tepi telinga Danial sambil tersenyum , nampak seperti sweet lah konon-kononnya. Dia juga turut tersenyum.
" Tengoklah I buli you malam ni...heheh" Aku tersenyum lagi. Dia ni memang suka buat lawak yang tak dijemput!
" See.. ? nanti I bawa you pergi bomoh ehh? kasi ubat penyakit gatal you tu" Kata-kataku disambut ketawa oleh Danial . Semua wartawan tersenyum-senyum.
" Okay sayang..." Aku menyambung makan sehingga perut kenyang! Inilah tabiatku ketika marah atau tension.
0 comments:
Post a Comment