peek-a-boo!!

3:38 AM ---
Peekaboo!
“Meesha.. Where are you.. I can’t see you…” Suara itu berbunyi lagi .Kali ini lebih dekat. Aku menekup mulutku supaya kehadiranku disitu tidak disedari oleh penculik yang tidak berhati perut ini! Lutut kakiku bagai ingin tertanggal , degupan jantungku mula menggila ketika melihat di lubang kecil di dalam almari usang.
‘Janganlah datang!’ Jerit hatiku .
“ Peekaboo! “ Sergah lelaki psiko tadi setelah membuka pintu almari . Aku menjerit lantang tatkala tangannya mula menjalar keseluruh tubuhku..
“Hey! Meesha..! kau ok tak ni??” Tanya Alyssa dalam bahasa korea.
“ Aku ok..Just a same dream.. ” Balasku dalam bahasa yang sama. Kami sememangnya terkenal dengan minat akan korea yang terlebih ‘ extream ’ !  Lagipun aku sememangnya dibesarkan di korea.. Jadi secara tidak langsung , kebanyakkan pertuturanku dengan orang lain yang seangkatan denganku di universiti dalam bahasa English.  
“ Weyh.. kau still teringat lagi ke pasal pengalaman kau sebelum balik ke Malaysia?” Tanya Alyssa sambil mengelap peluh dingin yang merecik didahiku.
“ Entahlah Lyssa.. aku tak boleh lupalah.. ia terlalu ngeri bagiku.. Cuba kau fikir apa yang akan jadi kat aku kalau mamat tuh tak datang…” Ujarku sambil memandang syiling yang dilemparkan oleh seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupku . Dia jugalah yang telah menyelamatkanku dari psiko yang sepatutnya hanya seorang tukang kebun disekolahku. Haizz…! Inilah padahnya kalau pulang lewat dari sekolah.. Aku melepaskan satu keluhan berat.
“ Kau still nak cari ke siapa yang dah selamatkan kau tu?”Tanya Alyssa lagi. Aku mengangguk perlahan. Sebaik sahaja dia menyelamatkanku, aku sempat mendengar perbualannya yang mengatakan dia akan pulang ke Malaysia dengan segeranya. Otakku segera mengulang tayang detik lelaki itu mengendongku keluar dari bangsal tersebut dan menghantarku pulang. Walaupun aku hanya mengenal Malaysia daripada bapaku.. Tetapi aku masih seorang islam yang sah, cuma aku tidak bertudung gara-gara terpengaruh dengan ajakkan kawan-kawan. 
                Setelah beberapa hari selepas kejadian itu aku dan ibu bapaku mengambil keputusan untuk berpindah ke Malaysia dan memulakan hidup baru di sini setelah melihat keadaanku semakin teruk di korea.. Sebenarnya itulah jalan terakhirku untuk memastikan ibu bapaku berhijrah ke Malaysia.. Yang aku pasti, namanya, Danish..! ya Danish! Aku mesti cari! Azamku. Tapi, dimana harusku bermula? Itulah soalan yang selalu mengganggu benakku.
“Tengok! Dia melamun pula..!” Ujar Alyssa tidak puas hati denganku. Aku memandang kawan baikku.. Lama.. Entah kenapa, bila lihat akan wajahnya yang ayu, aku akan tenang. Aku tersenyum sedikit seraya menceritakan apa yang bersarang dibenakku sebentar tadi.

“Meesha! Cantiknya kau! “ Puji Alyssa sambil membelek-belek tudung yang sudah terlekat di kepalaku.
“ Well~ tengoklah siapa.. “ Ujarku dalam bahasa melayu, tetapi sedikit pelat. Di peringkat bawahlah katakan~ Entah kenapa hari ini jantungku berdebar-debar, tanganku seram sejuk. Tetapi aku tetap berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

                Sampai sahaja di perkarangan UiTM , kami bergegas ke dewan kuliah masing-masing. Kakiku pantas berjalan hingga tidak sedar akan kehadiran lelaki dihapanku secara mengejut.
‘Puk!’ Kepala kami berlaga! Aku mengamati lelaki yang telahku langgar dihadapanku! Pembetulan! Dia yag langgar! Eh.. yeke? Bukan aku yang langgar? Apa-apa sahajalah!
“Sakitlah minah oii!” Marahnya. Aku hanya memahami perkataan ‘sakit’ sahaja.
“ Sa..ya.. minta maaf.. sorry” ucapku tergagap-gagap. Aku masih mengamati dari gayanya yang memakai baju sejuk , cermin mata gelap, topi dan penutup mulut! Bila difikir-fikir balik, dia ni macam artis.. Dari gayanya. Tetapi dari percakapannya langsung tidak melambangkan ciri-ciri artis! Tegasku dalam hati.
“ Dah arr! Aku dah lambat nak masuk kuliah ni! tetiba minah cine pakai tudung mana entah langgar aku…!” Telingaku panas tiba-tiba.Tetapi aku tak mahir marah dalam bahasa Melayu ni! aku mengguna alternatif terakhir.
“ Hey! Are you a fool?? Ive said im sorry okay? Pabo!(bodoh)” Marahku dalam bahasa English yang dirojakkan dengan bahasa Korea. Jadilah.. Janji aku puas! Aku segera membetulkan tudung dan mengemas kertas-kertas yang berselerakkan dan berjalan pergi mencari dewan kuliah. Manakala lelaki yang tidakku kenali tadi terpinga-pinga. Rasakan! Ingat boleh kenakan perempuan macam aku?? Degusku .
                Selepas kuliah. Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor Alyssa. ‘Haizz..! mana dia ni… nak ajak dia makan…~ huummmm’ Rungutku setelah beberapa kali menelefon Alyssa tetapi tiada balasan.  Nak tak nak terpaksa aku ‘lunch’ sendirian. Segera kakiku melangkah ke kafeteria yang berdekatan.
                Aku menikmati mee rebus di depaku dengan nikmatnya hinggalah seorang lelaki menegurku dari belakang.. Jika lihat dari gayanya, sepertiku kenal. Tetapi.. dimana pernahku lihat dia? Aku memaksa otakku untuk berfikir.. Tetapi tidak berjaya! Aku mengeluh lagi.
“Hai..!” Sapanya. ‘Adoii!~ kenapalah hidupku di UiTM hari ini tak seaman yang ku jangkakan??’ Degusku.
“ Hai..” jawabku endah tak endah sambil menikmati mee rebus yang masih berasap dihadapanku. Entah kenapa , sejak pulang ke Malaysia.. Mee rebus akan menjadi menu kebiasaanku apabila berkunjung ke kafeteria.
“ Hurrmmm… still student kan?” Tanyanya lagi. Aku mengangguk . Mataku masih tidak lepas dari mee rebus yang sememangnya menjadi hidangan kegemaranku…!
“umm.. saya tak tahu nak cakap macam mana.. tapi awak kenal saya tak?” Tanya sambil membuka cermin matanya. Aku membulatkan mata , mengamati muka yang berada dihadapanku. Tetapi tiada jawapan yang muncul di benakku..!
“ Takkan awak tak kenal saya??” Tanyanya ingin mendapatkan kepastian. Aku memandangnya pelik! Dia ni desperate ke? Aku menggeleng sampai menyambung makan.
“ Saya Adam.. saya penyanyi..  Solo… “ Terangnya. Aku mengangguk perlahan.
“ So?” Soalku kembali.. Aku tersenyum lalu menggaru –garu kepalaku.  Baruku sedar, sekelilingku telah dikerumuni oleh peminat-peminat Adam. Aku menggeleng lagi sambil mengelap mulutku dengan tisu. Aku mesti segera pergi dari sini..! Kalau tak…parah dehh!
“ Yo! Adam kau buat apa kat sini?” Entah dari mana suara itu muncul aku sendiri tidak pasti. Tiba-tiba seorang lelaki yang amat aku kenali muncul di sebelah Adam. Dia ni! Lelaki kurang ajar pagi tadi! Jerit hatiku.
“ Hey.. aku just berbual dengan cik adik ni.. tulah! Ex-Pengurus aku tuh dah bising suruh aku cari pengurus..! aku tanya dia , dia kenal aku tak? Dia boleh cakap tak? Adoii! Aku tak popular lagi ke?” Dia merungut dihapanku. Aku ni.. memahami pertuturan orang lain pandai. Tetapi kalau nak bertutur dalam bahasa melayu… Hancur!
“ Oh! Tak silap aku .. aku jumpa dengan dia pagi tadi! Terlanggar~ huurrmm..~ nasib baik tak kantoi yang kita dok rehearsel kat sini…”
“ Alahai..! tak kantoi amendenye.. kau tengok sekeliling.. “ Arah Adam kepada lelaki tadi. Dia terdiam sebentar apabila melihat peminat-peminat mereka sudah berbisik sesuatu sambil tersenyum-senyum seperti kerang busuk..!
“ So… miss..?” Aku rasa dia tanya nama aku kot! Aku segera menjawab.
“ Meesha… “
“Cik Meesha nak jadi pengurus saya tak? Memandangkan cik Meesha ni tak berapa nak kenal saya, saya rasa saya boleh percayakan cik Meesha sebagai pengurus kami…” Aku ternganga sebentar, Gulp! Pengurus..? kalau ibu bapaku tahu, habis kene sembelih! Aku memfokuskan pandanganku ke muka lelaki yang tidakku kenali yang sedang bermain-main dengan syiling emas ditangannya. Buat seketika mataku terbeliak ! Syiling yang serupa denganku!
“ So? Mahu ke tak? Kami memang mengalu-alukan cik Meesha..” Sambung Adam lagi. Dari gaya Adam, dia memang ikhlas.. Mukanya seolah-olah menarikku untuk menerima jawatan tersebut.. Eh.. bukan sebab syiling yang lelaki tu pegang ke? Aku menanya diri sendiri. Tiba-tiba aku menggeleng. Adam memandangku pelik lalu ketawa. Adoiii! Jatuh maruah! Jerit hatiku.! Untuk, cari lelaki yang pernah selamatkanku itu aku mesti bermula dari sini.. Mana tahu dialah lelaki yang aku cari.. Perlahan-lahan aku mengalihkan pandanganku ke Adam setelah lama memerhatikan tingkah lelaki ‘itu’!
“ Only manager right? I think im okay with it.. So.. can you explain what I must do and what I should not do…” Tanganku menggeletar buat seketika. Betulkah keputusan yang aku buat ni? Aku menanya diriku sendiri. Lelaki tadi bangun dan mendapatkan peminat-peminat yang dari tadi asyik meminta tanda tangannya.
“ Weyh! Danial! Lets meet tonight.. my place! Okay?” Dia tersenyum sambil mengangguk. Ouch…!  Nama dia Danial! Dan bukan Danish! Aku hampa.. Tapi tak apa! Aku yakin yang aku sudah pun bertemu dengan orang yang aku cari selama ini!
“And you miss Meesha.. Come to my place to, tonight.. Remember, you must bring a friend okay? “ Aku segera mengangguk. Setelah menghabiskan Milo ais, aku segera bangun  dari tempat dudukku . Sebelum berjalan pergi, Adam sempat memberi alamatnya kepadaku.. Aku mesti telefon Alyssa! Sambil berjalan, aku mengeluarkan telefon bimbitku dan segera mencari nama Alyssa. Selaku rakan baikku, dia mesti tahu apa yang telah berlaku! Sedikit lagi aku akan bertemu dengan orang yang pernah menyelamatkanku.
“Wait!” Adam berlari mendapatkanku.. aku terpinga-pinga buat seketika. Dia menyerahkan dompetku! Arhh! Malunya! Kenapa boleh tertinggal ni?? Aku mengetuk kepalaku. Dari jauh, aku lihat Danial tersenyum sedikit. Adam juga turut tersenyum. Mukaku dari putih melepak bertukar menjadi tomato! Malunya.
“ Don’t be shy, my manager..” Dia berbisik. Aku tergamam mendengar bisikkannya yang sungguh… sungguh.. romantik! Bukan bisikannya..! suaranya! Romantik sangat ni! jantung berdegup pantas! Eisshh! Bila difikir-fikirkan kembali.. aku pernah lihat babak ni dalam drama korea! Tetapi dialognya lain!

“ serius?? Aku segera mengangguk. Manakala Alyssa sudah terlompat-lompat. Kenapa dia terlebih excited ni? Tanyaku didalam hati sambil ketawa melihat keletah Alyssa yang kebudak-budakkan.
“ Kau tak tahu ke yang Adam tu pandai cakap bahasa korea?” Aku pula yang terperanjat..!
“ Kau pernah dengar dia cakap bahasa Korea ke?” Giliran aku pula yang bersuara sambil mengharapkan jawapan dari mulut Alyssa. Dia mengangguk lagi. ‘Wah! Ade geng lah macam ni!’ Desis hatiku.Kerana urusanku untuk berkomunikasi dengannya akan jadi lebih mudah..!
“ Ayah dia ni.. orang Malaysia.. tapi menetap kat korea..  dia selalu juga pergi ke korea untuk jumpa dengan ayah dia.. tapi diorang ni private sangat lah~ aku tak pernah pun tengok muka ayah dia..~” Rungut Alyssa sambil mencebikkan mulutnya. Tiba-tiba otakku mengismbas kembali babak ketika aku berjanji dengan Adam untuk ke rumahnya malam ni! Aku mengarahkan mataku ke jam dinding yang terlekat di ruang tamu.
“ Dah.. pukul.. 7.30.. Weyh.. Lyssa..  Jom solat… lepas tu kau ikut aku pergi rumah Adam ya?” Pintaku sambil merangka baju apa yang patutku pakai malam ni. ‘Aku harap Danial pun ada…’ Bisik hatiku perlahan.
“ Apa? Kau nak pergi rumah Adam? Malam ni? wait..! kita sebagai perempuan… kejap.. kau ada number dia?” Tanya Alyssa tergesa-gesa sambil melompat-lompat. Inilah gelagatnya apabila hendak ke tempat ‘melepaskan hajat’ . Aku tersenyum sambil mengangguk.
“ Meh..” Dia meminta sambil mencapai telefon bimbitku di atas meja di sebelahnya.
“Ummm.. hello.. ni Adam ke?” Tanya Alyssa dengan penuh sopan. Aku menahan tawaku yang hampir terhambur apabila melihat wajah Alyssa yang  telah berubah warna..! menjadi merah. Dia malu! Jerit hatiku lagi!
“ Umm.. saya rasa.. kalau jumpa kat rumah you tak berapa manis lah.. can we meet somewhere else?” Pinta Alyssa yang sedang mengikut caraku bercakap.Akhirnya tawaku memenuhi ruang rumah kami. Aku segera menekup mulutku kembali. Alyssa memberi amaran dengan melayang-layangkan tangannya di hadapanku.
“ Okay.. Tiramitsu café 8.30 pm? Set! See you tonight.. “  Alyssa menekan butang merah lalu tersenyum sendirian. Terus mati senyumanku.
“ Ni apasal lak ni? semacam je senyum tu?” Aku memandangnya . Pelik.
“ Thanks Meesha! Akhirnya aku jumpa gak artis yang ala-ala korea kat Malaysia ni~ heheh!”
“ Eisshh.. budak ni.. aku tak minat mamat muka jambu macam Adam tu~” Tapi aku suka tengok muka Danial yang jambu.. hehhe! Sambungku didalam hati. Dia mencebik . Aku ketawa seraya mencari tuala untuk membersihkan badan sebelum mandi. Tiba-tiba rongga pernafasanku menjadi kecil. Ia meyukarkan proses pernafasanku. Aku memaut sinki.
“ Meesha..! kau kenapa ni? “  Alyssa memaut lenganku. Mukaku menjadi merah tiba-tiba gara-gara tidak mendapat oksigen yang cukup.
“ Lyssa.. ambil u..bat.. aku! Da.. lam.. beg… Cepat!” Pintaku dengan suara yang tersekat-sekat. Alyssa segera mengangguk lalu berlari masuk ke bilikku dan mengambil ubat yang aku maksudkan. Hampir setahun asmaku tidak menyerang! Kenapa tiba-tiba sahaja ni!
“ Weyh! Aku dah hampir nak kena heart attack kau tahu tak? Kau tak pernah cakap pun yang kau asma..!” Marah Alyssa.
“Bukan aku tak nak cakap .. tapi asma aku ni memang dah lama tak muncul! Dah nak dekat setahun .. nasib baik aku tak buang ubat tu lagi.. kalau tak dah lama aku jalan..~” Ujarku perlahan sambil mengurut-urut dadaku. Lega.
“ Asma kau ni bahayalah! Sesuka hati dia je nak datang!” Marah Alyssa lagi . Aku tersengih-sengih. Salahku juga, siapa suruh main dengan hamster dekat lab siang tadi! Aku hanya mendiamkan diri apabila Alyssa memulakan ceramah yang tidak bergaji dihadapanku.
“ Heeheh~ sorry lah.. aku tak tahu pun bende ni nak jadi.. ehh..! Lyssa..! Waktu maghrib dah nak habis..!” Jeritku sambil menarik tualaku dan masuk ke dalam bilik air. Malas hendak menadah telinga . Alysaa merungut . ‘Risau sangat!’ Desis hatiku.Beginilah kehidupan kami seharian, jika bukan aku yang mencari masalah, mesti Alyssa yang selalu bermasalah. Aku menggeleng. Tapi , ibu bapaku akan setuju ke kalau aku jadi pengurus mereka ni…?
“ Hey!Whats up?” Hampir gugur jantungku apabila disapa secara mengejut oleh Adam! Hampir-hampir sahaja mukaku mencium lantai tetapi sempat ditarik oleh Danial.’fuh .. nasib baik!’ Desis hatiku.
                Aku mengamati pakaian mereka. ‘Mereka ni tak panas ke pakai sweater, topi , penutup mulut.. Adam lagi brutal, siap hisap lollipop lagi..! ala-ala bad boy lah koon-kononnya. Tapi dia tetap cute dimataku..’ Aku sempat mengomen di dalam hati sambil memandang dua orang pemuda tersebut mengambil tempat dihadapanku dan Alyssa.
“So.. korang dah order?” Adam memulakan perbualan. Kami segera menggeleng.Adam tersenyum lalu memanggil pelayan yang berdekatan.
“ Umm.. let me guess.. for Danial.. like usual, New York Cheese cake.. For me.. chocolate indulges..Cik Meesha.. mau cake yang mana?” Tanya Adam sambil memelatkan ayatnya ala-ala cina. Aku tersenyum lalu berkata.
“ Umm.. saya nak minum sahaja.. so..  cups of mocha please.. I want more cream okay? Not to sweet.. and not to bitter..” Hehhe! Mesti mereka ingat aku ni cerewet. Tapi ini memang gayaku! Aku mengangguk perlahan. Adam tersengih-sengih sambil menunjuk symbol ‘peace’ ke arah pelayan tadi. Tanpa ku sedari, rupa-rupanya Alyssa sudah membuat pesanan! Cuma aku sahaja yang tidak menjamah kek yang hampir kesemuanya dibuat menggunakan keju.
“ So.. Miss Meesha.. after you sign this contract,  you are officially my new manager.. read the condition and things you must do as a manager above the paper..” Ujar Adam dengan penuh hemah. Aku mengangguk-angguk tanda faham. Telingaku sempat menangkap perbualan yang sedang berlaku antara Alyssa dan Danial.. Buat seketika hatiku seperti dicucuk-cucuk! Aku cemburu ke?! No way! Aku kembali menumpukan pandanganku ke atas kertas kontrak.
                Setelah berpuas hati dengan isi kandungannya, aku segera menurunkan tandatanganku. Adam bersorak riang.
“ Welcome aboard my dear..!” Aku tersengih sambil membetulkan tudungku yang sedikit senget.
“ So.. mula kerja esoklah ni?” Tanyaku perlahan. Dia segera mengangguk. Danial yang dari tadi rancak berbual dengan Alyssa berhenti seketika apabila pesanan masing-masing sampai. Aku memerhati Chocolate Indulges yang sudah terhidang dihadapan Adam. Gulp.~ wah~ macam sedap je.. ‘Apa yang aku cakap ni! aku segera mengarahkan kepalaku menghadap Mocha dihadapanku. Terkilannya..~ bisikku perlahan.
“ Hurmm.. ni Lyssa kan?” Tanya Adam. Alyssa segera mengangguk. Aku yang dari tadi mengelamun segera tersedar!
“ Umm.. boleh saya minta tolong tak? “ Tanyanya lagi. Aku hanya memerhati muka Alyssa yang sangat naif.
“ Anything..” Jawab Alyssa perlahan.
“ Umm.. thanks.. boleh awak tukar tempat dengan saya tak? “  Aku terkejut! Aku dan Alyssa bertukar pandangan. Alyssa tersenyum nakal lalu mengangguk.. Aku menarik baju Alyssa . Tidak ingin dia bergerak dari tempat duduknya. Dia menjentik tanganku lalu bergerak ke tempat Adam. Aku tak dapat bayangkan bagaimana wajahku ketika ini! Huuhhuhh!!
                Setelah bertukar kek. Adam yang dari tadi tersenyum memandangku lama. Aku menundukkan mukaku yang sedang merona merah.
“ Meesha.. nganga siket..” Dia mengarahkan aku membuka mulut? Aku malu tapi.. kek, Chocolate indulges  di tangan Adam yang sudah bersedia masuk kedalam mulutku bila-bila masa, membuat jantungku ingin tercabut ni!
“ Eh.. apa ni.. tak apa.. awak makanlah.. saya tak kisah..” Aku segera bersuara. Danial memandangku dengan pandangan yang tidak dapatku tafsirkan! Aku segera menatap mata Adam.
“ Tak apa.. bukan selalu pun kan? Please?” Pintanya sambil membuat mata kasihan. Aku membuka mulutku perlahan. Dia tersenyum lebar lalu menyuap kek tadi ke dalam mulutku. Seperti jangkaanku kek ini memang sedap!
“ Eyhh! Kau ni.. nanti jadi gosip.. payah!” Tegur Danial dalam nada keras.
“ Relaks arr… mereka bukan kenal kita pun.. I think I like you Meesha..” Dia tersenyum lagi. ‘Janganlah senyum lagi! Boleh matilah macam ni.. kalau asyik lihat kau senyum je..!~’ Walaupun aku membantah keras.Tapi , aku amat mengalu-alukan Adam masuk kedalam hidupku. Aku sendiri tidak tahu apa puncanya!
“ Hmm..  saya pun..” Ucapku dalam bahasa korea! Serta-merta dia tersenyum. Alamak! Baruku ingat! Dia boleh bertutur dalam bahasa korea! ‘Arhhhh! Jatuh maruah! Huhuhuhu!!’ Jerit hatiku. Manakala Danial yang berada dihadapanku kelihatan seperti marah.
“ Saranghae..(aku cinta kamu)” Aku tersenyum simpul. Alyssa turut tersenyum panjang sebaik sahaja mendengar Adam berkata sedemikian.
“ Wehh! Aku tahulah korang pandai cakap bahasa Korea! Tak payah lah nak berlagak kat sini!” Marah Danial. Adam tersenyum-senyum, gembira. Entah kenapa, aku suka sangat dengan personaliti lelaki yang baruku kenal tidak sampai 24 jam ini. Aku tak  pernah meluahkan perasaan kepada mana-mana lelaki. Tetapi kenapa hatiku boleh cair dengan dia? Aku tidak menjumpai apa jawapannya!
                Kami berpisah setelah hampir satu jam setengah berborak di kafe tersebut. Aku segera meminta Alyssa membawaku ke kediaman keluargaku. Aku mesti memaklumkan apa yang telah berlaku.

“Meesha.. Serius ke ni sayang?” Tanya ibuku dalam nada yang lembut. Aku tahu ibuku mesti kaget dengan keputusan yang telah ku ambil secara meluru ini.
“ Meesha serius mama.. lagipun.. ini peluang baik.. Meesha boleh dapat kembangkan bakat Meesha dalam bidang kewartawanan.. “ Sempatku menyelam sambil minum air. Hehe! Nasiblah.
“ Siapa nama artis tu? “ Tanya bapaku yang dari tadi hanya mendengar perbualan antara aku dan ibuku.
“ Umm.. Adam.. Muhammad Adam..” Maklumku. Tiba-tiba muka ayah dan ibuku berubah. Aku memandang wajah mereka dengan penuh perasaan sangsi.
“ Baguslah nak, kerja baik-baik ya?” Pesan ibuku kepadaku. Aku segera mengangguk.
“ Ma… malam ni.. Meesha tidur sini ya? Dengan Alyssa.. Lagipun esok kami free.. tak ada kuliah.” Ibuku segera mengangguk tanda setuju. Ayahku tersenyum simpul.Aku segera mengajak Alyssa masuk kebilikku yang terletak di tingkat dua.   

*********************************************************************************
“ Wohh! Banyaknya! “ Aku terpegun melihat jadual waktu  Adam yang sungguh padat. Adam mencuit pipiku ketika tiada sesiapa yang memandang. Aku tersipu-sipu. Alahai! Kenapa dengan aku ni! jadi malu-malu gitu!  Sebaik sahaja Adam masuk ke dalam set pengambaran, Danial yang dari tadi khusyuk ‘membaca’ datang kearahku. Buat seketika aku jadi tak keruan!
“ Hai” Dia menyapa sambil membuka cermin mata gelapnya lalu menatap wajahku.
“Hai..” Aku membalas dengan senang hatinya. Dia menghadiahkan satu senyuman untukku. Senyuman yang paling menawan bagiku! Aku menjerit sekuat hati di dalam hati. Tatkala dia tersenyum, lesung pipit akan menghiasi pipinya yang putih! Alahai! Perfect betul ciptaan TUHAN kan?  Tetapi, bila dia tersenyum, matanya semula jadi akan mengecil atau dengan kata lainnya sepet. Ia melindung kecantikan matanya yang berwarna coklat keperangan. Pada asalnya. Aku menyangka Danial I memakai kanta lekap. Tetapi bila diperhatikan betul-betul, Danial mempunyai sepasang mata yang amat menawan.
‘ Ishh! Aku cakap apa ni?? Adam lagi bagus untuk aku! Ingat Meesha! Just Adam okay??’ Aku memarahi diri sendiri kerana hampir terpikat dengan Danial! Aku patut beri mereka gelaran, supaya tiada sesiapa akan tahu bahawa aku kenal dengan mereka berdua. ‘Hummm.. bagi Danial ni.. COmel macam hamster! Hehhe! Kasi nama hamster sahajalah~ kalau Adam, my sweetheart tu.. kita kasik nama special sedikit, Hamskey! Hams untuk hamster, dan key untuk.. hum.. untuk.. ahh! Apa-apa sahajalah.. yang penting aku dah ada nama untuk kedua-dua pemuda ni~’ Bisik hatiku panjang lebar.
“ Dah puas dah tatap muka saya?” Tiba-tiba Danial bersuara. Oh! Baruku perasan, sejak dari tadi mataku langsung tidak lepas dari mukanya! Haaa!! Malunya. Buat kesekian kalinya, aku dimalukan lagi.. Aku melepaskan keluhan.
                Dia tersenyum sambil menutup majalah yang dibacanya dan menumpukan perhatian ke arah Adam yang sedang melakonkan watak aksi. Aku juga mendaratkan pandanganku ke muka Adam. Entah kenapa, ada suatu perasaan pelik menyelinap di dada ini. Perlahan-lahan, aku mengalihkan tanganku di dadaku. Aku sendiri tidak mengerti apa yang sedangku alami.
“ Adam tu, perfect kan? “ Dia bersuara lagi.
“ Eh? Oh.. ha’ah, dia memang perfect. That’s why I liked him..” Aku sengaja menambah ‘that’s why I liked him’ di akhir ayatku. Aku ingin menduga apa reaksi yang bakal ditujukkan Danial.
“ You know what.. I love him too.. more than friend.. “ Ujarnya sambil tersenyum sumbing. Di otakku sudah dipenuhi dengan pelbagai syak wasangka! ‘Dia ni gay ke? Tidak!!’ Aku menjerit di dalam hati.
“ It cant be…! I know, I wasn’t like this..!” Aku bermonolog perlahan. Aku menasihati diriku beberapa kali supaya tidak tersalah anggap dengan percakapan Danial tadi.
“ Apa yang it cant be? Ehh.. “ Dia bertanya sambil merapatkan wajahnya kewajahku. Aku menggelupur ingin melepaskan diri.’ Ke dia ni biseksual??’ Bahagian diriku yang sebelah lagi berbisik(bahagian jahat). Aku menggeleng lagi.
“ You know what..  you are very adorable..” Dia memujiku . Aku tersenyum  sedikit, tetapi aku mencuba sedaya upaya mengekalkan wajah ‘ketakutan’.
“ Ehh? Adorable?” Aku mengembalikan ayat Danial kepadanya.
“ Yes.. you are very adorable..”
“Like?” Tanyaku dengan hati yang berbunga-bunga.
“ Like my toys~ hahah! “ Dia ketawa sekuat hati! Harrhhh! Dia  ni! Aku memijak kaki Danial sebelum pergi mendapatkan Adam. Dia mengerang perlahan menahan sakit. Aku tersenyum puas! Huh!
“ You.. lepas ni.. you ada.. press conference..and after that a showcase .. and you duty for today end after dinner with your senior… “ Dia mengangguk-angguk.
“ Umm.. Danial ada kacau you?” Tanyanya. Aku dah agak bahawa Adam akan tanya soalan ni. Walaupun antara kami tiada apa-apa lagi. Tetapi, hati dan perasaan kami, sudah cukup kuat mengatakan kami suka antara satu sama lain.
“ Ada.. siket je tadi..” Aku berterus terang. Habis cerita. Dia mengangguk-angguk lalu menyuruhku ambilkab bajunya didalam bilik persalinan seraya berlari mendapat Danial... Di jauh aku dapat melihat betapa akrabnya mereka. Aku segera masuk kedalam bilik persalinan dan mencari baju milik Adam.

**********************************************************************************

                Sebaik sahaja mengumpul kesemua baju Adam, aku segera keluar dari bilik persalinan tersebut. Aku memegang perutku yang dari tadi berkeroncong. Aku melayan fikiranku hinggakan aku tidak langsung menyedari Adam dan Danial berada di belakang bilik persalinan. Wajah kedua-duanya seperti tegang. Aku mencuri-curi dengar perbualan mereka.
“ Aku nak tanya kau… kau suka meesha tak?” Tiba-tiba Adam mengeluarkan soalan yang amat susah dijawab.  Danial menunduk. ‘Janganlah! Janganlah cakap kau tak suka!’ Jerit hatiku!
“ Aku tanya lagi sekali.. kau suka Meesha tak?” Adam bertanya lagi. Danish memandang mata Adam sambil tersenyum
“ Hey kawan~ apa yang kau cakap ni? aku tak suka langsung lah minah tu!” Ujar Danial tenang. Aku memegang dadaku yang kian sesak. Kenapa aku boleh jadi begitu sedih? Kenapa? ‘Meesha! He’s nothing! Okay! Relax!’ Aku menenangkan diri. Aku memaksa diriku untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Adam.
“ Thanks.. I just wanna know whether you like her or not.. hehhe! Tapi.. aku tak nak perasaan kau ni berubah k? I just love her very much..” Luah Adam dalam nada tegas. Danial segera mengangguk! Hatiku luka lagi ni! Aku segera menonong berjalan ke kereta Adam.
                Bila difikir-fikirkan kembali, kenapa aku perlu memikirkan orang yang macam Danial? ‘Meesha! Kau dah gila ni! ‘ Bisikku dalam hati. Aku mengangguk-angguk perlahan. Aku segera meniupkan kata-kata semangat ke dalam diriku.
‘Kroiiiihhhh’  Perutku berkeroncong lagi. ‘ Hmmm! Perutku perlu diisi! ‘
                Aku bergegas berjalan ke keretaku. Sebaik sahaja pintuku buka..
“ Arhhh!” Aku menjerit lantang sebaik sahaja mataku terarah kearah tempat duduk pemandu. Seekor ular senduk sedang berlingkar. Mungkin sedang tidur. Aku perlahan-lahan berundur kebelakang. Langkahku berhenti apabila terasa sesuatu ‘benda’ sedang membelit kakiku. Ular!
“ Somebody help me here…” Pintaku yang sedang mengeraskan badanku disebalik pintu kereta yang masih terbuka. ‘Kenapa malang sangat ni! Adoii!’ Rungutku didalam hati.
“Umm… Meesha! Kau ada nampak glass aku tak?” Tiba-tiba sahaja Danial menepukku dari belakang. Secara tidak langsung tindakannya membuat ular senduk yang sedari tadi membelit kakiku menjadi marah.
‘Ssss…..’ Ia berbunyi lalu mematuk betis Danial hanya memakai seluar pendek dan kemeja T.
“ Oucchh!” Jerit Danial lalu terduduk..Manakala ular tadi sudah hilang dari padanganku. Aku segera menutup pintu keretaku supaya seekor ular lagi tidak dapat keluar.
“ Hey.. Danial! Kau okay ke?” Aku bertanya dalam nada yang cemas. Dia masih memfokuskan matanya kearah kesan patukan tadi. Aku semakin gerun apabila melihat bibirnya tiba-tiba menjadi pucat.
“ Mestilah aku tak okay! Minah ni! “ Marahnya. Sempat lagi nak berlagak ‘cool’ kat sini! Darahku tiba-tiba menyirap ke muka .
‘Pakk’ Aku memukul kepalanya.
“ Kau ni memang bajet bagus akk? Tunggu sini! “ Marahku seraya berlari pergi meninggalkan Danial yang terpinga-pinga akibat dipukul olehku. ‘Balasan kerana cakap tak suka aku tadi!’ Degusku dalam hati. Tetapi jauh dari sudut hatiku, aku sangat bimbangkan keadaan Danial! Aku mesti cepat!
                Aku melajukan langkahku apabila mataku menangkap kelibat Adam yang sedang memakai topi sambil mencuit-cuit rambutnya. Aku menepuk bahu Adam.
“ Adam! Tolong~ Danial kena patuk ular! Dekat depan sana! “ Maklumku dalam nada yang sangat cemas. Aku menggenggam telefon bimbit yang berada ditanganku sekuat hati.Adam kelihatan sangat terkejut. Tanpa sebarang kata yang keluar dari bibirnya, dia segera berlari mendapatkan Danial. Maklumlah, kawan dari kecillah katakan. Aku segera membuntuti Adam. Sampai sahaja di hadapan keretaku, aku lihat Danial sudah tidak sedarkan diri.  Pucat. Reaksi aku dan Adam. Adam segera menelefon ambulans.
                Aku berlari masuk ke tempat pengambaran untuk mengambil sedikit air dan kipas mini. Aku dihujani pelbagai soalan dari kru-kru pengambaran. Aku hanya menjawab apa yang perlu sahaja. Beberapa orang kru pengambaran membantuku membawa barang-barang.
“ Danial! Hey! Come to your sense..!”  Ujar Adam sedikit keras sambil menepuk pipi Danial. Aku tahu ini bukan petanda yang baik. Tapi aku hanya menyedapkan diri dengan berkata ‘ tak apa .. sekejap saja lagi.. ambulans sampai.. sekejap saja lagi..’ . Aku mengelap peluh Danial disekitar dahi dan lehernya. Setiap kali kami tertembung pandang, dia akan segera mengalih padangannya.
                Aku rasa disitu juga inginku memberi tumbukan sulungku! Tapi memandangkan keadaan sedang kritikal, aku terpaksa bersabar. Otakku sangat berserabut memikirkan dari mana ular-ular tadi datang. Ada orang yang menyimpan dendam dengan aku kah? Aku terlalu gedik? Ahh! Aku runsing!
                Sedangku melayan lamunanku, kedengaran siren ambulans menghampiri kami. Wartawan-wartawan yang baru tiba di lokasi juga semakin galak mengambil gambar. Aku semakin rimas, jadi aku membuat keputusan untuk mengikut Adam ke hospital menaiki ambulans.

               
                Di dalam van ambulans, masing-masing membatukan diri. Adam kerap kali menekan-nekan kepalanya. Tiba-tiba tanpaku sedari, aku mencapai tangannya dan menggenggamnya erat. Dia kelihatan kaget dengan tindakan beraniku. ‘Haiizz! Meesha! What are you doing huh???’ Marahku didalam hati. Dia menatap mataku. Lama. Sampai boleh tembus!
“ Thanks, sayang..” Aku tersenyum perlahan-lahan apabila mendengar bisikannya yang sungguh mengasyikkan! Tiba-tiba Danial yang kami sangka tidak sedarkan diri, bersuara..
“ Weyh.. aku.. tengah . sakit ni.. korang boleh .. cintan… cintun depan aku? Tengoklah .. nanti .. aku sihat.. aku terajang.. sorang..sorang! Terutama sekali.. ular kurang ajar tu.. aku ..cari!” Sempat lagi dia bersuara walaupun sedang seksa menahan sakit. Aku dan Adam menahan tawa yang hampir terhambur.
“ Alahai.. bukan selalu taw Meesha nak genggam tangan aku macam ni.. heheh!” Sempat lagi Adam berbisik di telinga Danial. Aku sudah tersipu-sipu. Alahai!~~
                Akhirnya, kami tiba di perkarangan hospital. Danial dikejarkan ke bilik kecemasan. Suasana santai didalam ambulans sebentar tadi bertukar jadi suram sebaik sahaja tiba di perkarangan hospital. Kamera-kamera milik wartawan yang turut berada di hospital sudah cukup membuat mataku berpinar-pinar. Aku meminta diri setelah mataku berpinar-pinar,  manakala Adam yang sedang menerangkan apa yang telah berlaku segera meminta diri juga. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon ahli keluarga Danial.
“ Hello.. umm.. Aunty.. Ni Adam.. Nak cakap something ni… Danial sekarang ni dekat hospital.. Kena patuk dengan ular senduk.. Hurmmm..  tak.. tak… dia maybe okay… aunty jangan risau okay.. okay.. Adam tunggu kat depan tempat daftar okay?” Aku hanya memerhatikan lagak Adam. Seleraku langsung hilang setelah apa yang terjadi.
                Tidak sampai beberapa puluh minit. Keluarga Danial menyerbu masuk ke dalam hospital. Aku memerhati seorang demi seorang. Aku segera menyalami ibu bapa Danial. Aku hampir-hampir menundukkan badan dan bercakap ‘ anyeonghaseyo! (salam sejahtera)’ . Nasib baik aku segera menyedarkan diri bahawa suasana di Malaysia amatlah berbeza dengan korea.
                Ibu Danial mesra dari gayanya. Walaupun umurnya sudah menginjak 56 tahun, tetapi mukanya seakan-akan 45 tahun. Aku kagum dengannya. Walaupun datang dari keluarga yang kaya, tetapi dia tidak pernah membeza-bezakan keturunan orang yang tidak setaraf dengannya.
“ Meesha balik sini dah lama?” Tanya Syarifah Zahara, ibu Danial.
“ Umm.. nak kata dah lama tu tak lah.. tapi adalah dalam 2 tahun saya pulang ke Malaysia.. lagipun, ayah saya orang Malaysia.. “ Balasku.
“ Oh.. tapi .. Meesha tak panas ke duduk sini? Fasih sungguh Meesha bertutur dalam bahasa melayu kan?” Ibunya bertanya lagi sambil memuji. Adam hanya tersenyum senang melihat kami yang semakin mesra.
“ Dah biasa aunty.. lagipun dekat sana cuaca sentiasa lembap.. Saya ni.. tak suka sangat cuaca lembap.. kena pakai baju tebal-tebal.. “ Belum sempatku menghabiskan ayat..
“ Tuh sebab dia ni putih melapak aunty.. duduk dalam salji je..  tengoklah siapa yang ajar dia bertutur dalam bahasa melayu… kalau tak.. susah jugak nak berkomunikasi dengan dia ni.. nasib baik saya pandai bertutur sama bahasa dengan dia.. kalau tak, tak ke haru jadinya nanti.. Kadang-kadang Danial sampai merungut tak puas hati sebab kami selalu speaking kat depan dia..” Kata-kata Adam disambut oleh ketawa . Ayah Danial memandangku sambil tersenyum. Aku turut membalas senyumannya.
“ Keluarga Syed Danial Danish Bin Syed Zehedi..”  Aku tersentak! Danish! Nama dia sama dengan lelaki tu! Aku masih duduk mengelamun disitu apabila semua ahli keluarga telah masuk kedalam wad untuk melawat Danial. Adam memandangku pelik.
“ Hey.. sayang oii.. tak nak melawat kawan baik kite tu ke?” Tegur Adam seraya mematikan lamunanku. Aku segera mengangguk lalu mengikut Adam masuk ke dalam wad yang menempatkan Danial.

*****************************************************************************

                Sebaik sahaja melangkah kedalam wad , semua ahli keluarga Danial sedang ketawa . Aku tergamam seketika apabila semua memandang ke arahku. Mukaku diserbu darah panas. Apa agaknya Danial cakap ni?
“Meesha! Peekaboo!~ im alive~ hohohhho!” Danial menyapaku dengan perkataan yang paling aku benci! Iaitu,’peekaboo!’ Entah kenapa, sejak dari kejadian itu, aku menjadi sangat benci dengan perkataan itu. Tiba-tiba semua kejadian yang mengerikan itu terlayar di mataku satu persatu! Aku memaut bahu Adam yang berada dihadapanku. Meminta kekuatan.
“ Hey.. asal ni?” Dia segera memegang tanganku seraya membawaku kekerusi yang berdekatan. Spontan tawa yang dari tadi memenuhi ruang kamar itu berhenti. Danial menjadi serius tiba-tiba.
“ Tangan Meesha sejuk.. Meesha sakit ke? “ Hanya satu jawapan yang dapat ku berikan ketika ini.
“ Pening..” Jawabku perlahan. Aku memandang satu persatu muka yang berada dihadapan ku lalu berkata..
“ Kenapa senyap ni? Meesha ok…” Pujukku perlahan supaya mereka tidak rasa terganggu dengan kehadiranku disitu. Ibu Danial menghulur aspirin , aku menerima dengan senang hatinya.  Sejak dari kecil aku akan mengalami tekanan perasaan apabila sesuatu yang buruk menimpaku. Bila dipandang di satu sudut, aku ialah perempuan yang penuh kekurangan. Aku melepaskan keluhan yang agak berat.
“Meesha! Kau tak nak tanya  keadaan aku ke? Sedih aku..” Danial bersuara setelah lama menatapku. Aku hanya membatukan diri. Adam menggenggam tanganku lalu dilepaskan seraya berjalan ke katil Danial. Aku sempat melihat kaki Danial yang membengkak.  Rasa bersalah menyelubungi diriku. Tiba-tiba air mataku bergenang. Adam hanya memerhati lagakku.
“ Hmm.. kau.. Kau okay ke ni? “ Aku memulakan perbicaraan.
“ Sakit gila kau tahu tak… kaki ni rasa nak tercabut.. semua pasal kau..” Ibu Danial mencuit bahu Danial. Manakala Adam sudah menunjukkan buku lima dihadapan Danial. Aku pula masih sedang menahan tangisan dari tumpah.
“ Sorry..” Ucapku perlahan dengan suara yang bergetar.
“ Ehhehe…. Aku tetap tak puas hati lah.. kau ni.. lain kali bagilah amaran dulu!” Tegur Danial yang masih tidak mahu berhenti mengenakanku. 
“ Weyh! Agak-agak arr..” Tegur Adam. Ibu Danial menyepit lengan Danial . Danial menjerit perlahan.
“ Aku keluar kejap.. pergi tandas..” Aku meminta diri. Aku langsung tidak marah akan perbuatan Danial sebentar tadi. Aku cuma rasa bersalah. Aku tak dapat membendungnya. Mungkin aku marah dengan Danial, tetapi sedikit . Tidak! Aku marah dia sangat. Ya, aku sedang marah dengan dia! Keluar sahaja dari wad , aku mengangkat mukaku dan ‘flash’ kamera memenuhi ruang penglihatanku. Aku sememangnya alah dengan ‘flash’ kamera! Aku segera menuju ketempat yang ingin ku tuju.
‘Kchikk, kchakk, kchikkk, kchakk’ Aku terperangkap didalam sekumpulan wartawan yang ghairah ingin mendapatkan berita terkini. Aku tidak boleh mendedahkan apa-apa. Aku bimbang, artikel yang bakal dikeluarkan akan jadi lain dari apa yang berlaku. Jadi aku memilih untuk mendiamkan diri.  Aku mendapat satu idea yang sangat bernas. Heheh!
“ Umm.. Danial okay..”Dalam bahasa korea. Mereka terpinga-pinga.
“ Apa yang cik cakap tadi.. “ Tanya salah seorang wartawan perempuan. Seorang wartawan lelaki mencuit bahu wartawan perempuan tadi lalu berkata.
“ Weyh.. dia tak faham kot..Kita guna suruh dia guna bahasa inggeris..” Cadangnya. Alamak, mati aku!
“ Can you speak in English? “ Aku mengalih pandanganku kepintu wad Danial, mengharapkan sesiapa akan keluar dan membantuku. Tiba-tiba muka Adam terpacul dari pintu tersebut. Aku menarik nafas lega apabila semua wartawan tadi menyerbu kearah Adam pula.
“ Sorry.. huurrmmm.. pembantu saya , hanya boleh berkomunikasi dari saya dan dibawa khas dari korea.. saya ambil dia kerana dia memang tak kenal saya.. so senang nak berurusan..” Terang Adam yang juga merahsiakan bahawa aku sememangnya telah mahir berbahasa melayu. 
“ Meesha.. cepatlah gerak.. nanti kena serbu lagi..” Arah Adam dalam bahasa korea. Aku segera mengangguk lalu menuju ke tandas.’Haizzzz! aku alah betul dengan flash kamera ni… silau!’ Degus hatiku. Setelah merapikan alat solekku aku segera keluar dari kawasan hospital.
“Hello..  Alyssa..  tolong aku weyh.. aku dekat hospital sekarang ni.. Aku dah rasa macam nak pengsan dah ni.. dengan bau ubat, tengok darah, flash kamera~ adoii!” Ujarku dalam bahasa korea. Seperti jangkaanku, Alyssa kedengaran terkejut. Aku memaklumkan apa yang telah berlaku. Aku segera berjalan menuju ke perhentian bas yang berdekatan.
                Perutku terasa pedih. Hampir setengah jam lagi tepat pukul 8 malam. Aku dah terlepas waktu maghrib!  Sudah sepuluh minit aku menunggu tetapi bayang Alyssa langsung tidak muncul. Aku hampa seketika. Aku berharap Alyssa segera muncul, tempat pertama yang akan aku tuju ialah rumahku. Bimbang Adam akan mencariku di kondominium milik aku dan Alyssa. Buat seketika aku ingin menghirup udara tanpa Adam di sisi.
‘Pin!’ Aku segera meluru masuk ke dalam perut kereta Myvi  Alyssa yang berwarna putih. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, seperti jangkaanku, Alyssa memaksaku untuk memberitahu apa yang yang terjadi dari a-z. Aku hanya menurut. Aku juga mengajak Alyssa tidur di kediamanku malam ini.

                Usai solat isyak, aku dan Alyssa baring bersama-sama di atas katil empukku. Kami masing-masing melayan perasaan. Aku masih memikirkan ular yang seekor lagi yang berada di dalam keretaku. Hampir 12 kali Adam dan Danial menelefonku. Tiba-tiba Alyssa bersuara.
“ Weyh.. kau kenal  Shah tak?” Tanyanya tiba-tiba. Aku tidak mengangguk , tidak juga menggeleng.
“ Dia pelakon yang ada kat set pengambaran Adam tadi..” Alyssa bersuara lagi. Aku segera mengangguk sambil membayangkan wajah manis Shahrizal.
“ Kenapa?” Tanyaku.
“ Nothing.. tapi, don’t you think he too sweet..?”  Alyssa bersuara sambil tersenyum sumbing. Aku mencebik sambil bertanya.
“ Alyssa.. are you in love?”
“ I think im in love~ “
“ How about him.. dia tahu tak yang kau sukakan dia?” Giliranku pula menyiasat. Nampaknya kawan baiknya seorang ini sudah pandai berjinak-jinak dalam dunia percintaan. Aku menggeleng sambil tersenyum.
“ Semalam dia tiba-tiba call.. dia kata, dia, dia suka kat aku!~” Maklum Alyssa gembira. Aku terbangun dari pembaringan. Aku memandang muka Alyssa demi memastikan kesahihan ceritanya. Jelas terpancar sinar kegembiraan dimatanya. Aku tersenyum.
‘Kringg~ kringg~’ Telefonku berbunyi. Aku meneliti siapa nama pemanggil. Adam! Aku mengeluh, lalu menjawab.
“ Hello…”
“ Meesha! Kau ni memang nak kena kan?” Terangkat kepalaku tatkala suara Danial menggegarkan gegendang telingaku!
“ Weyh! Kau nak apa ni?” Tanyaku .
“ Sesuke hati je kau tinggalkan aku kan?” Marah Danial.
“ Ni bukan nombor Adam ke?” Aku  menukar topik.
“ Dia kene gerak pergi press conference..die punye handphone ni, aku ambil, dia tak sedar pun…hohoho!”
“ Kau ni kan dah sakit-sakit pun masih nak mengada-ngada kan? “
“ Biasalah.. kenapa kau macam benci tengok aku..” Aku terdiam. Kami tiba-tiba memasuki bab sentitif. Entah kenapa aku dapat rasakan bahawa kami saling suka antara satu sama lain.
“ Entahlah..” Jawabku  ringkas.
“ Aku suka kat kau.. tapi kau sentiasa memandang Adam , kat mata kau just ada Adam kan?” Aku tergamam dengan luahan Danial.
“ Danial, aku nak tanya kau something.. kau pernah jejakkan kaki kat korea tak?” Tiba-tiba semangatku berkobar-kobar ingin tahu adakah Danial dan Danish yang pernah selamatkanku adalah orang yang sama?
“Pernah.. Aku pernah pergi korea..” Aku tergamam. Ahhh! Kemungkinan besar, dialah orangnya!
“ Kat sana, ada apa-apa yang terjadi tak?”
“ Weyh! Aku tanya kau! Kau tak jawab lagi! Aku tipu je lah.. jepun pun aku tak sampai, inikan korea!” Dia marah-marah. Serta-merta darahku menyirap.
“ Memang aku benci kau! Huh! Puas?” Adoii! Apa yang telahku cakap? Mesti dia kecil hati! Tiba-tiba talian dimatikan. Aku terkejut. Sah! Dia merajuk! Aku menghantar mesej ke nombor telefonnya. Alyssa terpinga-pinga. Aku tersengih lalu menarik selimut ke paras dada dan berpura-pura tidur.

                Ahhhh! Senaknya perut!  Dari pagi semalam aku tidak menjamah apa-apa pun. Bangun-bangun sahaja jam menunjukkan bahawa aku telah terlewat ke kuliah. Aku segera pulang ke kondominium untuk mengambil buku rujukan.
                Aku mengenakan blaus merah, seluar jean putih dan tudung polka-dot , setelah puas dengan penampilanku aku segera melangkah masuk ke dewan kuliah. Aku menjadi siulan pemuda-pemuda yang melepak di balkoni. ‘Haizz! Popularnya aku~ hohohoh!’ Aku tersenyum .
                Selepas kuliah sahaja aku segera menuju ke kafeteria yang berdekatan! Perutku harus diisi. Sementara menunggu pesananku tiba, aku mengeluarkan jadual Adam. Hari ini, tidak sepadat seperti semalam. Aku segera menelefon Adam untuk memaklumkan tugaannya buat hari ini.
“ Hello.. Adam.. huurmm. .  Nak cakap something ni.. hari ni, jadual you tak padat sangat… “ Aku menunggu dam memberi balasan.
“ Ohh… Meesha!~ rindulah , semalam kenapa balik macam tu je? Kalau tak boleh I hantarkan ..” Dia mengeluh.
“ Sorry.. semalam, tak tahan sangat dengan flash kameralah.. boleh pening! “ Giliran aku pula yang merungut. Dia ketawa sedikit.
“ Tahu tak semalam, kat press conference.. ade seorang press ni, dia tanya.. kat hati I sekarang ni dah ade penghuni tak?” Dia sengaja menggantung ayatnya.  
“ You cakap apa?”
“ Sorry sayang, I tak leh tahan nak cakap, sekarang hati saya dah pun jadi milik seseorang yang sangat istimewa bagi saya..” Terbeliak mataku.
“ You! Kita dah janji kan? “ Aku lupa ingin menerangkan statusku bersam Adam, so sorry pembaca, sebenarnya kami telah ‘bercouple’ seminggu yang lepas. Hhehehe!
“ I tahu… tapi I tak nak kita hidup dalam rahsia yang kita cuba tutup hari demi hari… Bila rahsia ni terbuka, Meesha akan susah tahu tak?  I harap, I just a normal guy.. “ Aku mengakui kebenaran kata-kata Adam. Aku sayang akan Adam, tetapi dalam masa yang sama aku cintakan Danial. Ini tak adil bagi Adam. Tetapi tiada istilah tidak dalam hidupku.  Maksudnya, aku boleh melupakan Danial! Ya! Aku mesti boleh!
“ You, Meesha tahu you suka sangat menyanyi.. Tapi best apa dapat pakwe yang padai menyanyi ni~ sweet tahu tak..? At least bila  pergi karaoke, sejuk sikit halwa telinga ni~ hohoho~~” Aku menyedapkan hati Adam yang gundah.
“ Thanks sayang… so sweet.. that’s why I love you my love..” Wah! Adam memang pandai karang ayat ni! cair aku dibuatnya! Aku memegang mukaku. Wohh! Terharu~
“ Hurmm..! terlupa pula topik asal.. hari ini, jadual you tak padat, just kena pergi ambil gambar untuk mini album you, and press conference about your music video…” Aku menerangkan satu persatu. Lambat-lambat baru Adam menjawab.
“ Oh! Okay~! Dah  catat dah..heheh! By the way, I dah hantar kereta you kat kondominium you tau.. you tak cakap dalam kereta you ada ular juga! “
“Hehhe~ sorry!”
“ Nasib baik ade kru kat situ tolong keluarkan.. kalau tak.. haru dibuatnya.. Tapi , I janji dengan you, I akan cari siapa dalang disebalik ni..” Walaupun dia hanya bercanda, tetapi ada nada tegas diselitkan dalam ayatnya. Lega kerana , tidak perlu aku meminta Adam untuk mencari siapa yang melakukan semua ini! Hehhehe~
“ Thanks.. So, you kat mana ni?” tanyaku kerana kawasan sekeliling Adam sangat bising seperti ditempatku.
“ Kat belakang you..” Aku terkejut! Aku berpaling .Belum sempat aku bersuara, satu kucupan singgah di pipiku. Aku terkejut. Bagaikan renjtan elektrik yang membuat seluruh badanku menggigil! Darahku serta-merta menyirap, aku memijak kaki Adam yang hanya memakai selipar dengan kasut tumit tinggiku! Huff! Padan muka! Aku menjerit sambil menekup mulutnya yang merah bak delima merekah. Aku tertawa melihat gelagatnya yang melompat-lompat tak tentu pasal.
“Kalau berani kiss lah lagi..!” Cabarku. Dia berhenti melompat lalu berlari kearahku tanda menyambut sahutanku. Aku menutup muka. Hampir 1 minit aku menyorokkan muka, perlahan-lahan aku mengangkat muka.
‘Sllluurrppp~’
“Who! Meesha! Mee ni sedap betul! “ Mee aku! Dia makan mee aku!
“ You! Tuh mee I lah!!” Dia tersengih-sengih. Aku memalingkan muka tanda merajuk. Dia mencuit bahuku. 
“Aloololo~ tak nak lah merajuk..” Adam memujuk sambil ketawa. Manakala aku sudah pun mengalirkan air mata, tiba-tiba pula berlakon drama tidak dijemput. Huhu!  Adam mengeluarkan Mee rebus dari bawah meja lalu menyua sesudu mee dimulutku.  Nak tak nak aku terpaksa menyambut suapannya. Hehehe! Suka sebenarnnya! Aku harap tiada sesiapa yang dapat mengecamnya. Adam hanya mengenakan seluar jean biru lusuh dan t-shirt hitam mengikut bentuk badan. Manakala kepalanya ditutupi dengan topi berjenama Nike.
                Walaupun ringkas, tetapi cukup menawan. Tiba-tiba hatiku tergerak hendak memandang orang yang berada dibelakang Adam. Susuk badannya yang tidak terlalu sasa dan kulit putihnya membuatkan aku teringat akan Danial. Tiba-tiba dia berpaling. Berderau darahku apabila melihat Danial memandangku tanpa berkelip. Aku segera memfokuskan pandanganku ke muka Adam.
“ You.. you tak cakap dengan I pun yang you datang dengan  Danial?” Aku menanya Adam yang sedang khusyuk menatap wajahku sambil makan. Dah kekuarangan kerja agaknya Adam ni tau!
“Danial? Mana ada.. I datang sorang lah you.. Danial kan kat hospital.. I ada rehearsal kat sini.. sepatutnya same dengan Danial.. “ Dia mengeluh. Tiba-tiba Danial yang berada dibelakang Adam memukul bahu Adam.
“ Weyh! Aku dah lama kat sini pun kau tak perasan! Sampai hati kau!” Adam mengurut-urut dadanya seraya membeliakkan matanya memandang Danial yang masih berdiri disampingnya. Aku memandang mee rebus . Kalau boleh aku tidak ingin memandang wajahnya yang seolah-olah ingin menelanku! Wait! Kenapa aku perlu takut? Aku dah pun couple dengan Adam. Siapa dia nak marah aku? Aku  segera mengangkat muka. Tetapi bila melihat mata Danial yang merenung tajam tepat ke anak mataku, aku segera menunduk kembali. Haizz! Rosak time aku dengan Adam! 
“ Weyh! Macam mana kau boleh keluar ni? petang semalam kau masuk wad, tengahari ni kau keluar? Kau lari ehh?” Adam menyerkap jarang.
“Biaselah , kau tak kenal aku..~ panas seyh duduk kat situ! Ape lagi aku cabut lah.. Tak cukup tu, nurse dia asyik nak mengurat aku je.. tak geli kau? Dia raba-raba aku.. adoii! Hilang dara aku~!” Kata-kata Danial mengundang tawa bagi kami. Aku yang masih bermusuh dengannya juga turut ketawa bila Danial menunjukkan aksi geli gelemannya.
“ Kau ni..! mak kau dah tahu tak?”
“ Mak aku? Dia siap dah cakap awal-awal, kalau ade nurse menggatal, cepat-cepat cabut!” Kami ketawa lagi. Danial adalah orang yang sangat periang, tetapi bila dia menunjukkan sifat marahnya, semua orang menikus.
“ Weyh.. kau tak nak makan apa-apa ke?” Giliran aku bersuara. Aku brpura-pura seperti tiada apa- apa  yang berlaku antara kami semalam.
“ Aku? Dah bermangkuk-mangkuk aku makan tadi, mula-mula nasi pataya, lepas tu nasi tomato, lepas tu mee rebus!” Dia sengaja mengeraskan perkataan mee rebus. Aku menelan air liur. Sampai bila dia hendak buat aku dilemma ni??
“ Wohh! Tak kembung ke perut kau?” Adam meraba-raba perut Danial yang kelihatan buncit sedikit. Aku terpaksa ketawa.
“ Weyh.. Hujung minggu ni, ada konsert duet kita kat jepun kan?” Adam membuka cerita tentang jadual konsert mereka yang bakal diadakan di Jepun. Tokyo dome. Aku ada terbaca jadual Adam tetapi aku tak sangka yang dia akan pergi bersama Danial.
“ Yup..! nervous aku!”Giliran Danial bersuara.
“ Aku pun sama ngekk.. tetapi sebelum konsert tu, aku dijemput berlakon dalam satu filem ni.. watak sampingan sahaja.. hurrmm.. jadilah.. tapi yang aku tak puas hati tu, aku kena jadi hantu!” Rungut Adam dalam nada seperti bercanda.
“ Hehehe! Padan muka kau.. larrh! Aku baru nak ajak kau keliling Shibuya dulu sebelum konsert tu!”
“ Huurrmmm.. nantilah.. kau book tiket dua hari sebelum konsert tu ey?”Pesan Adam seolah-olah bersetuju dengan cadangan Danial.
“ Book for two or three?” Tanya Danial. Aku segera mengangkat kepalaku. Janganlah kata tiga! Aku menjerit dalam hati. Haizz! Baru nak aman kat sini. Lagipun periksa akhir dah dekat! Lagi, hurrmm , sebulan sahaja!
“ Of course lah three! Sayang aku ni kena ikut!~” Danial menepuk tangannya. Aku mengeluh. Adoiii! Terpaksalah aku ikut!

0 comments: