“ Entahlah.. Bik pon tak tahu.. Yang pasti, semalam Ibu Kirana ada datang..” Aku terpempan! Aku mengulang tayang kejadian yang pernah menimpa Danial dahulu! Jadi bukan anti peminat Adam! Aku termenung. Aku segera membuang jauh lamunanku dan membawa lauk pauk yang sudah siap dimasak ke maja makan.
Seperti biasa , Danial akan menungguku dengan sudu dan garpu ditangannya. Aku terhibur melihat wajahnya yang keanak-anakkan itu.
“ Jom! Makan! Sayang.. duduk lah.. makan sekali.” Aku patuh dengan arahan Danial, aku mengambil tempat di sebelahnya.
Hari ini, aku mengenakan Blaus putih dengan bunga-bunga merah kecil di kaki baju dipadankan dengan selar slack hitam. Aku memilih tudung berwarna putih , sedondon dengan bajuku. Aku nampak cantik hari ini, tidak lupa juga, aku mencalitkan lip gloss di bibir .
“Tengok tu! Dia termenung lagi…” Danial menegur. Aku tersengih.
Setelah menyalami ibu bapaku dan mertuaku, aku segera membuntuti Danial ke pejabat. Mesti banyak kerja yang disimpan untukku ! Silap-silap penuh satu meja. Aku menggeleng lagi.
Masuk-masuk sahaja dalam pejabat, aku melihat pelbagai fail-fail dari kecil hingga besar! Aku terkedu~ patah juga pinggang aku hari ni. Hufff… aku mengeluh perlahan.
Sedangku sibuk menyelesaikan kerja yang tergendala, satu mesej masuk dalam peti mesejku. AKu mengamati nombor yang tertera, nombor Kirana.
‘ Tunggu aku jadi madu kau!’ Aku terkejut. Telefon bimbit itu hampir terlepas dari tanganku! Aku memegang kepala yang sakit. Dia ni dah tak ada lelaki lain ke yang boleh dijadikan suami? Kenapa perlu Danial? Ada sahaja halangan disaat aku ingin mengecapi bahagia.
Aku meneruskan kerjaku seperti biasa. Tetapi perasaan risauku semakin teruk disaat malam menjelma. Aku mecari Danial tadi, mereka kata dia keluar jumpa klien. Danial juga sudah menelefonku mengatakan dia keluar sebentar untuk menguruskan hal-hal hak milik dengan kliennya. Tetapi itu 2 jam yang lalu.
Kebiasaannya dia tak akan lama macam ni! Diriku memprotes lagi. Akhirnya aku tertidur di kerusi panjang di dalam pejabatku. Aku terlalu tertekan dengan perasaan yang menyelubungi diriku sejak siang tadi.
“ Puan.. puan Meesha.. bangun..” Suara Afifah, selaku setia usahaku mengejutku dari lena.
“ Puan.. tadi famili puan call.. Diorang suruh Puan Meesha balik, sekarang.. urgent. “ Aku segera mengagguk.
“Tuan Danial dah balik?” Aku bertanya pula.
“ Belum lagi.. saya dah call kan teksi…”Aku menganggk lagi. Aku mencapai tas tanganku . Hatiku berdebar-debar.
Sebaik sahaja sampai ke perkarangan banglo 2 tingkat milik mertuaku, aku menangkap suara Syed Zehedi yang sedang memarahi seseorang. Aku tidak pasti, dia marah siapa. Aku melangkah masuk dengan pelbagai perasaan bercampur-aduk~
“ Kau nak jadi ape ni Danial? Aku beri kau agama cukup ! sampai hati kau! Kau tak fikir ke perasaan isteri kau..” Aku terkaku di depan pintu.
“ Apa semua ni?” Nada suaraku sedikit keras. Danial yang tadi menekup kepalanya segera mendapatkanku.
“ You must trust me honey.. im not like that.. Iz diperangkap… please sayang… percaya kan i…” Aku tidak mempedulikan rayuan Danial. Aku melangkah menuju ke bapa Danial.
“ Pa.. apa semua ni?” Aku bertanya sambil mengesat air mata.
“Meesha… Danial kena tangkap basah … dengan Kirana.. Meesha sabar ya?” Aku memegang dadaku.
“ Ya, Allah!” Aku terjerit. Kakiku lemah longlai. Nasib baik Adam yang baru sampai sempat menyambutku. Danial ingin memapahku tetapi dilarang keras olehku.
“ Meesha tak nak tengok muka Iz lagi.. “ Ujarku sambil memalingkan muka.
“ Meesha… kenapa cakap macam ni? berdosa.. dia masih suami Meesha yang sah.. “Nasihat Adam.Aku mulai berang.
“ Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau tak faham ke? “ Aku menjerit seperti orang gila.. Aku tidak dapat menerima kenyataan seberat ini! Air mata seolah-olah penemanku kala ini.
“ Percayalah cakap I Meesha… Ni bukan salah i.. “ Tiba-tiba Kirana terpacul di muka pintu . Aku mencapai telefon bimbitku lalu membaling sekuat hati. Telefon bimbitku berselerak . Kirana menjerit. Dasar perempuan gedik.
“ Hey! Bohsia! Kau tak payah nak berlagak baik lah kat sini! Aku harap korang bahagialah.. Sesuai lah tu.. dua-dua sama cantik.. !” AKu menjerit lagi. Adam menggenggam tanganku. Aku merentap tanganku dan keluar dari banglo tersebut. Aku mengambil teksi yang kebetulan melintasi banglo ini.
“Cik nak pergi mana?” Pemandu tersebut bertanya.
“ Pakcik bawa saya ke Seri kembangan.. “ Ucapku dalam sendu. Kenapa mesti aku? Kenapa?
“ Nak.. anak ada masalah ke?” Tanya pemandu teksi itu. Aku mengangguk perlahan.
“Pakcik bukan apa.. tapi .. kalau dah macam ni.. anak kena sentiasa dekatkan diri dengan Allah.. Pakcik hantar anak pergi masjid selat ya? Jauh sikit.. Tapi percaya lah cakap pakcik anak akan tenang di sana. “ Aku mengangguk lagi. Suaraku tidak keluar. Betul, aku mesti mendekatkan diriku dengan Allah. Kalau aku pulang ke Seri Kembangan, pasti Alyssa akan risau. Lagipun aku baru dapat gaji. Bolehlah sewa hotel di sana nanti.
“Terima kasih ya pakcik..” Aku tertidur kerana terlalu letih.
Aku dikejutkan pakcik pembawa teksi tersebut sabaik sahaja sampai di hadapan masjid selat. Selepas membayar tambang. Aku segera masuk ke dalam masjid yang tersergam indah di hadapanku. Perlahan-lahan aku menghampiri rumah Allah membawa hati yang lara.
“ Ya Allah.. Betulkah keputusan yang aku buat ni Ya Allah.. Kau berikanlah aku petunjuk. Aku amat buntu ketika ini Ya Allah…!” Aku merintih lagi dalam tangis. Hampir 5 jam aku berteleku di sini. Dadaku kian sesak.
Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari rumah tuhanku yang Maha Esa. Sebaik sahaja kakiku melangkah keluar. Kedengaran bunyi guruh berdentum! Aku terperanjat. Aku meneruskan langkahku ke tempat yang tidak ku ketahui.
Aku terpaku dalam hujan lebat yang menggila. Buat seketika, hatiku yang kacau menjadi setenang-tenangnya. Aku menuju ke hotel equatorial menaiki teksi.
Setelah menyelesaikan bil, aku terus menuju ke bilikku. Baju yang tadi basah mulai kering. Masuk sahaja di dalam bilik, aku segera mencari telefon .
“ Hello..? Siapa ni?” Suara Alyssa bertanya.
“ Aku ni… Meesha..”
“ Ya Allah! Meesha! Kau kat mana? Aku dah dengar dah.. kau tahu tak diorang sekarang ni cari kau .. Danial dah tak serupa orang lagi dah.. Dia pengsan tadi tahu tak? Baliklah.. kita boleh settle bende ni cara baik..” Pujuk Alyssa berbaur risau. Aku terkedu.Dia pengsan? Ya Allah! Aku apa aku dah buat..
“ Tengoklah.. aku tak boleh terima benda ni Lyssa.. Aku tertekan.. Kau cakap lah dengan mama dan papa aku, Adam, mertua aku, dan Danial.. Aku okay kat sini.. Aku tak nak dia cari aku.. “ Ucapku dalam sendu. Alyssa juga turut menangisi nasibku.
“ Baliklah.. Aku tahu kau terluka.. Tapi trust me.. Danial bukan orang yang macam tu.. Jangan sampai cemburu kau mengaburi kebenaran…”
“ Alyssa! Ive told you.. Aku nak bersendirian.. Aku penat dengan hidup aku.. Aku penat! “ Aku menjerit sedikit.
“ Okay! Okay! Fine! Its up to you.. tapi ingat.. Kau tu asma.. Nanti sesak nafas banyak sangat nangis nanti susah! Dah arr! Susah nak cakap dengan orang degil macam kau ni!” Alyssa sempat membebel. Aku mematikan talian. Pasti Alyssa akan marah kerana aku memutuskan talian.
“ Danial bangun! Bangun! “ Syed Zehedi menampar pipi Danial. Danial masih tidak sedarkan diri. Tangannya masih terlekap di dadanya. Impak yang diberi Meesha tadi amat besar. Badan Danial lencun dibasahi hujan. Syed Zehedi semakin panik apabila melihat Danial yang tercungap-cungap.
Adam sampai dengan keretanya.
“ Pakcik! Kita bawa Danial ke hospital…!” Adam membantu Syed Zehedi mengangkat Danial masuk ke dalam keretanya. Pada masa yang sama, ibu Danial sudah teresak-esak menangis.
“ Kau ni dah tak ada kerja lain ke hah? Dah tak ada orang lain dalam muka bumi ni kau nak jadi kan suami? Dasar bohsia!” Ibu Meesha menjerkah Kirana. Kirana menundukkan mukanya. Dia tahu bahawa dia sudah tersalah langkah.
“Bohsia jalanan.. Kau fikir kau artis kau boleh buat apa saja? Hah?! Aku boleh burukkan nama kau, kau nak? Kau cuma artis, kau ada apa? Sekali aku sogok wartawan belum tentu kau boleh terlepas dari tohmahan yang bakal direka!” Kali ini ibu Danial pula yang menyerang sambil mencekak pipi Kirana. Kirana menangis meminta simpati. Muka bengis semua oranng di sekelilingnya ditenung .
‘Satu je care , aku kena lari dari sini.! ‘ Kirana mengesat air matanya. Perlahan-lahan di mengenggam beg tangannya. Kirana bangun lalu menolak ibu Danial dan lari keluar.
Sampai sahaja di hadapa simpang empat, tanpa memandang kiri dan kanan dia terus melintas.
‘BAMMM!’ Darah berlumuran di kepala Kirana. Dia tersentak-sentak. Masanya hampir sampai. Orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian. Kirana yang tidak mampu bersuara hanya berserah pada Ilahi.
‘Ya Allah.. Aku bersalah.. Aku tak ingin mati.. Aku perlu betulkan hidup aku ya Allah! Aku mohon padamu.,’ Perlahan-lahan matanya tertutup.
“ Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.. “
Usai solat, seperti biasa, kesesakkan lalu lintas di bawah menjadi penemanku beberapa hari ini. Dua hari yang lepas, aku sempat mengunjungi pasaraya Fajar yang kebetulan bersebelahan dengan hotel Equatorial. Aku membeli baju dan barang-barang yang diperlukan.
‘Apa khabar Danial.. Dia ok ke?’ Suara hatiku bergema lagi.Sampai bila aku perlu bersembunyi di sini? Aku menggeleng perlahan.
‘Ting tong!’ Aku segera menuju ke pintu. Sebentar tadi aku telah meminta pihak hotel menghantar makan malam di bilikku.
“ Umm.. tha.. abang?” Aku terkejut melihat Adam muncul di hadapan pintu bilik hotelku. Mukanya muram. Aku dapat menghidu sesuatu yang buruk bakal berlaku.
“ Meesha..Ikut abang balik.. Danial.. Dia tenat.. “ Aku menekup mulutku.
“ Abang..! Danial?...Ehemm.. huumm.. Macam mana abang boleh tahu Meesha kat sini?” Aku mengawal nada suaraku.
“ Ini Adamlah.. Abang tahu lah mana adik abang pergi..” Dia bersuara lagi.
“ Abang.. Danial macam mana?” Aku bertanya.
“ Dia pengsan time kejar Meesha hari tu.. Tak tahu boleh tenat sampai macam ni.. “ Adam segera menyerbu bilikku. Dia mengambil baju sejukku dan tas tanganku dan menarik tanganku keluar dari bilik hotel tersebut.
“ Abang! Meesha tak pakai tudung lagi lah!” Adam tidak mempedulikan rungutanku malah genggamannya semakin erat hingga memeritkan!
“Hotel ni tak payah bayar ke?” Aku bertanya setelah melepasi kuanter utama.
“ Abang dah uruskan..” Dia bersuara perlahan.
Suasana suram di hospital membuatku ingin berlari keluar, tidak ingin menghadapi apa-apa lagi dugaan yang hebat. Wad 291 ku tempuh dengan pelbagai perasaan. Masuk-masuk sahaja, aku lihat sebujur jasad yang sedang lena tidur, kepalanya di balut. Aku terkejut melihat keadaan Kirana. Bagaimana boleh jadi begini? Aku memandang Adam meminta pejelasan. Adam tersenyum lalu mengejutkan Kirana bangun.
Mata Kirana berkaca sebaik sahaja melihat wajahku. Aku semakin bingung. Apa yang dia cakap ni?
“Apa ni? Kenapa kau nangis?” Aku bertanya. Dia menarik tanganku. Aku semakin keliru. Mana Danial?
Kirana menceritakan semua perkara yang terjadi dari awal hingga akhir. Aku tergamam! Dia juga meminta maaf denganku. Di mulut bolehlah aku memaafkan dia. Tetapi di hati masih ada luka. Dan luka itu akan meninggalkan parut. Parut itu akan membuat aku lebih berhati-hati dengan orang yang sama jenis dengan dia ni.
“Kan abang dah cakap… Adik ni suka emo!” Adam mengejekku. Aku mencebik. Serta merta rasa bersalah menyelubungi diriku. Apa agaknya yang terjadi sebenarnya. Kenapa aku begitu jahil? Suami sendiri aku tidak kenal! Haizz!
“ Abang.. Meesha teruk sangat ke?” Aku bertanya perlahan.
“ Teruk tu tak lah.. tapi Meesha ni suka sangat bertindak ikut perasaan.. Meesha tahu tak mama dengan papa tiap-tiap hari menangis tunggu Meesha balik.. Danial jangan ceritalah.. dah tak serupa orang dah.. Menakutkan. Sampai doktor cakap, saraf tunjang dia boleh putus kerana tertalu menekan, atau dengan kata lain, dia ni simpan dalam .. Kitorang risau gile mase dia pengsan kat depan pagar… “ Aku terkedu lagi.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di perkarangan bangle dua tingkat milik mertuaku, aku disambut oleh seluruh ahli keluarga. Ibuku paling gembira saat aku memunculkan diri. Mereka dah berkampung disini sudah 4 hari katanya. Setelah bersalaman. Aku segera naik ke tingkat dua.
Masuk sahaja dalam kamarku, suasana di dalam bilikku kelam kerana Danial hanya memasang lampu tidur. Aku menghampiri Danial yang sedang tidur.
“Abang…” Aku mengejutkan Danial dengan panggilan abang. Aku sememangnya ingin memanggil dia abang sejak dari awal aku bergelar isteri kepadanya.
“Abang… bangunlah…” Air mata sudah berjujuran apabila Danial memalingkan mukanya. Aku menarik tangan dia lagi. Dia hanya buat tidak tahu. Aku semakin tertekan.
“ Abang please janganlah buat Meesha macam ni abang.. Meesha berdosa…” Kali ini aku memeluk kakinya pula. Masih seperti tadi , tiada respon darinya.
“ Abang!” Aku menjerit. Aku sudah berputus asa. Aku menghempas pintu bilik mandi.
Tersedu-sedu aku menangis. Hatiku bagai dicarik-carik. Dia menginjak hatiku hingga lumat. Aku memegang dada yang kian sebak. Aku mesti kuat. Aku tak boleh mengalah.
‘Bam!’ Adoi! Macam mana aku tidak boleh perasan ada sabun disini. Aku memegang pinggang. Perit semacam.
‘Tuk! Tuk! Tuk! ‘ Seseorang mengetuk pintu.
“ Meesha! Meesha buka pintu ni! Meesha okay ke sayang?” Danial bersuara dari seblah pintu. Panik!. Aku tersenyum. Peluang baik! Aku mengaduh.
“ Abang.. pinggang sakit sangat ni.. Tak boleh bangun..” aku mengerang. Sebenarnya memang sakit. Aku cuba untuk bangun tapi tak boleh! Peritnya kian terasa. Kiranya sambil menyelam minum air lah keadaan aku sekarang ni.
“ Kejap.. abang masuk.. “ Pintu bilik air ditolak kasar dari luar. Aku mengesot kebelakang sedikit. Kali kedua pintu ditolak, akhirnya muka Danial terpacul di hadapanku.
“ I almost die because of you.! You know!” Dia memarahiku sambil mencekak pinggang. Perlahan-lahan dia merapatiku dan memelukku erat. Aku membalas pelukannya.
“ Abang, Meesha minta maaf…” Aku bersuara perlahan. Dia mengangguk-angguk.
“ Jangan tinggalkan abang lagi…” Dia memberiku amaran. Aku tersedu-sedu menangis.
“ Abang laparlah..” Terbahak-bahak aku ketawa. Dia ni sempat nak makan time-time macam ni? Dia membantu aku bangun.
“ Abang ni sempat makan kan ? Meesha sakit macam ni.. “ Aku merungut. Dia tersengih.
“Rasanya dah 3 hari kot abang tak makan betul-betul.. mana tak nya. Buah hati lari…” Dia memuncungkan mulutnya.Aku menunduk. Dia memapahku keluar dari tandas.
Kami berkongsi pengalaman masing-masing semasa berpisah . Danial rancak bercerita sambil mengurut pinggangku yang terkehel. Ada kala kami akan bercanggahan pendapat, adakala kami akan ketawa.
“ Abang.. Kata tadi nak makan? Jom lah..” Perlahan-lahan aku berdiri sambil memegang pinggang yang membengkak. Dia tersenyum lalu mengangguk.
“ Jom!”
Dimeja makan, semua mendiamkan diri. Melayan perasaan masing-masing. Aku bermain nasi yang baru berusik sedikit di dalam pinggan.
“ Perhh.. tadi berdentam-dentum.. Sampai bawah dengar.. Aikk? Dah baik ke?” Syed Zehedi mengusik. Aku tersipu-sipu. Dia ketawa. Danial tersengih-sengih.
“ Sampai terkehel pinggang pa… nak pujuk nak papa seorang ni..” Aku merungut. Danial ketawa terbahak-bahak.
“ Meesha.. Mama nak tanya ni.. Tak de isi lagi ke?” Tanya Ibu Danial. Aku terkedu. Nak cucu lah pulak mak mertua aku ni!
“ Tak ada ma..” AKu menjawab perlahan.
“ Mama! On the way.. hehe” Dia tersenyum sambil memeluk pinggangku. Aku mencubit pehanya. Dia mengaduh. Padan muka!
“Hmmm.. ye lah.. Mama dengan papa kamu ni bukan muda lagi… rumah kata pergi kubur kata mari..” Aku dan Danial mendengar ceramah tidak diundang ibunya selama setengah jam.
(Dua hari kemuadian)
‘Uwkk…’Aku memuntahkan lagi makanan-makanan yang baru masuk tengah hari tadi. Aku keracunan ke? Selepas membersihkan mulut, aku segera keluar dari tandas dan menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi. Danial yang sedang berbincang dengan Syed Zehedi memandangku penuh curiga. Pelik lah dia ni. Aku merungut sendirian.
“ Abang.. Balik lewat ke hari ni?” Aku bertanya ,lemah. Dia mengangguk. Nampaknya aku terpaksa tunggu dia di dalam pejabat ni. Aku mencapai bantal kecil sofa dan meletakkan kepalaku diatasnya. Pening!
“ Cik Meesha..” Kejut satu suara yang tidakku kenali. Aku membuka mata perlahan-lahan. Seorang doktor terpacak dihadapanku. Aku sempat memandang Danial yang tersengih di sebelah doktor berbangsa cina ni. Ada sahaja rancangan dia ni!
“ Ohh! Mr Danish, you gonna be a dad!” Aku segera bangkit dari pembaringan. Hhah??? Danial tersengih-sengih sambil menyalami doktor Cheong.
“ I dah agak dah! Hehehe!! Thank you! Jom! Kita balik~ abang nak makan dan beritahu mama pasal ni~ hehe!” Aku ketawa lagi. Tak habis-habis makan dia ni! Berbunga-bunga hidupku!
Moral disini, apabila kita diuji dengan dugaan yang Maha Hebat, janganlah kita mengikut perasaan dan mengambil keputusan yang melulu. Apa yang penting, jika sekali kita rebah, kita bangun balik! Pasti suatu hari kita akan berjaya!! Yeah! ^^
~Tamat~
0 comments:
Post a Comment