buku kira cinta part 2~

8:03 AM ---
“ Telah jauh.. terpisah.. diriku dan dirimu dalam ruang dan waktu.. sendiriku jalani sepiku.. tanpa dirimu.. resahku tanpa hadirmu sungguh berat hatiku merasakannya....”Haris menyanyi riang di saat lagu Tidak Bisa Memilih Dirimu dendangan Sixth sense berkumandang. 
“ Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisa darimu dan hadirnya menyentuh hatiku..untuk cintainya…! Hatiku pun inginkannya..hingga runtuh setiaku pada dirimu…!” Kali ini Nazrin pula yang mendendangkan. Haris tersenyum-senyum sambil mengoyangkan kepalanya. Matanya masih tepat di jalanraya yang terbentang di hadapannya.
“ Kusakiti! Hatimu yang tulus! Mencintaiku…” Haris menyambung. Rin , Maria dan Aqilah hanya mendendangkan lagu tersebut didalam hati.
            Akhirnya berakhirlah lagu Tidak Bisa Memilihmu.Tiba-tiba musik lagu Sungai lui dendangan Aizat pula yang berkumandang. Aqilah terbangun. Lagu kegemarannya.
“ Pejamkan matamu untukku.. Dengarlah dunia berkata-kata..usah kau ragu.. disini tempatmu. Walau berubah. Dimata kita tetap indah selagi kau masih percaya..” Haris tersenyum. Suara Aqilah sememangnya enak didengar.
            Akhirnya semua sekali menyanyi mengikut rentak. Aqilah terhibur dengan suasananya. Haris langsung tidak berasa mengantuk. Bila Haris memasang lagu jiwang , semua penumpang kereta itu bertukar mood mengikut lagu. Jika lagu itu sedih, mereka mendendangkannya dalam nada sedih.
            Mereka akhirnya tiba di Pulau Langkawi pada pukul 8.35 malam. Masing-masing mematikan diri kerana penat. Setelah menyewa 3 buah chelet di pantai Cenang, masing-masing mengangkat bagasi-bagasi masuk ke dalam Chelet dan berehat.
            Aqilah, Rin dan Maria mengambil Chelet yang bersebelahan dengan Chalet Haris dan Nazrin.
‘Tuk! Tuk! Tuk!’ Nazrin mengetuk pintu Chelet gadis-gadis sunti.Dia membawa dapur, gas mini, periuk dan maggi perisa kari dan tomyam.
“ Hoo.. Nak ape.. Kitorang penat ni…” Maria membuka pintu. Nazrin membeliakkan matanya apabila melihat Maria hanya memakai seluar pendek paras peha dan sehelai baju t berwarna hijau. Maria yang masih mamai  mengamati Nazrin yang sedang meneguk air liur. Maria yang berdarah melayu enggeris itu sememangnya cantik dengan kulit yang kemerah-merahan dan mata yang berwarna biru.
“ Weyh.. aku tahulah kau orang putih..” Nazrin berkata sepatah. Maria terkebil-kebil lalu mengamati dirinya. Dia membeliakkan matanya.
“ Arhhhhh!!!” Dia menjerit lalu menutup pintu.
“ Adoi! Kenapa aku boleh terlupa aku pakai seluar pendek je ni! huhhu!” Maria segera menyarung seluar jean dan menyarung tudung di kepalanya sebelum keluar.
“ Kau nak apa??” Maria bertanya.
“ Aku lapar lee… Ajaklah Rin dengan Aqilah keluar.. Kita makan kat depan pantai nak?” Nazrin mempelawa.  Maria memegang perutnya yang juga sudah berkeroncong.
“ Umm… Okaylah.. Kau pergi cari air mineral dengan telur.. Aku nak keujtkan dia orang..” Nazrin mengangguk-angguk.
“ Okay.. Aku tunggu kat pokok besar tuh..” Nazrin memuncungkan mulutnya ke arah sebuah pokok besar yang rendang.
“ Humm.. yelah..” Maria mengiyakan lalu menutup pintu.
“ Korang!! Bangun!! Nak makan tak??” Maria menjerit. Rin dan Aqilah tersentak.Aqilah dan Rin mengesat mata yang seperti ingin tertutup kembali.
“ Nazrin ajak makan.. Kat tepi pantai tu hah.. jom lah! Cepat sikit! Cepat!” Maria mengerah lagi. Kedua-dua gadis itu segera berlari masuk ke bilik air.
“ Hah!! Sampai pun korang… okay.. Korang masaklah dulu okay? Aku nak kejutkan putera sorang kat dalam tu..Dari tadi aku kejutkan dia.. Bukan nak bangun!” Nazrin mengomel sambil memasang gas mini ke dalam dapur mini yang dibawanya.
“ Hah! Aku tahu.. kau guna nama Aqilah je.. Gerenti bangun..” Rin bersuara . Tangannya lincah memetik gitar milik Nazrin. Nazrin terpegun dengan bakat yang Rin miliki, ala-ala Yuna gitu!
“ Betul gak! Okay! Aku gerak dulu lah yerr?? Nah ! jangan jatuhkan tanglung ni tau! Nanti korang nak basuh tangan nanti meraba pula..” Nazrin berpesan. Salah satu dari tanglung telah digantung di atas pokok rendang supaya kawasan mereka menjadi terang.
“ ‘Tak payah take care!!’ “ Maria menjerit lalu ketawa. Aqilah yang baru keluar dari chalet mengambil tempat di atas pangkin mini yang berada di situ.

“Huuuaahhhh…. Hye sayang…” Haris yang masih mamai menegur Aqilah yang sedang belajar bermain gitar dengan Rin seraya mengambil tempat di sisinya.
“ Hai..” Aqilah membalas.
“Penat? “
“ Mestilah penat.. First time bawak kereta keluar terus bawa pergi tempat jauh.. mana tak penat? “
“Hhaha~ padan muka..” Aqilah mengejek. Dia mengambil gitar dari tangan Rin.
“ Pandai ke main tu?” Haris bertanya. Aqilah menggeleng. Haris tersenyum lalu mengambil gitar tersebut dari tangan Aqilah.
“ Nak lagu apa? Aku main kau nyanyi nak?” Haris mempelawa.
“Huuummm.. Lagu, if I ain’t got you.. kau tahu tak lagu tuh?” Haris mengangguk.
“ Some people live for the fortune..some people live just for the fame , you know.. some people live for the power yeahh.. some people live just to play the..”
“ Dahh!! Maggi dah masak! Jom makan!!” Rin menjerit.
“ Kacau betullah kau ni!” Haris memprotes. Aqilah ketawa. Rin tidak mempedulikan Haris, dia sibuk menjamah maggi yang masih berasap di dalam mangkuk plastik.

“ Kita mandi!!!! “ Rin menjerit lalu terjun masuk ke laut. Manakala Aqilah dan Maria masih terkial-kial memakai selipar. Aqilah dan Maria mencari tempat yang jauh sedikit dari chalet kerana tidak ingin Nazrin dan Haris melihat mereka tidak bertudung.
            Pagi-pagi lagi tidak ramai yang mandi. Air masih belum surut mereka sudah terjun. Aqilah hanya bermain air di tepi pantai tanpa membasahkan rambutnya. Dia lebih selesa hanya duduk di tepi. Manakala Maria dan Rin sudah berada jauh di tengah.
            Maria dan Rin sememangnya perenang yang baik. Aqilah hanya pandai mengapungkan diri sahaja. Dia masih baru dalam bidang renang. Dia pernah menyatakan hasratnya untuk masuk kelas berenang tetapi dibantah keras oleh ibunya. Jadi sebagai anak, dia tiada kuasa untuk membantah arahan dan larangan orang tuanya.
            Bapa Aqilah lebih kepada duniawi. Dia ingin Aqilah mengikut jejaknya sebagai ahli korperat sepertinya juga. Tetapi Aqilah lebih cenderung kepada sesuatu yang berunsur menghias atau mereka ruang.
            Sedang Aqilah melayan perasaan, bahunya disentuh seseorang. Aqilah terperanjat lalu memutar tangan sasa itu. Haris mengaduh sedikit. Pertama kali dia melihat Aqilah tanpa tudung.
            Rambut Aqilah yang ikal lagi berkilat itu ditenungnya lama. Walaupun agak ringkas potongannya , tetapi tampak menarik kerana rambutnya sudah semula jadi beralun.
“Cantik rambut..” Haris memuji. Aqilah mencapai tuala mandi lalu menutup rambutnya.
‘Nampaknya lama lah aku kena seksa di kubur nanti..’ Dia mengeluh.
“ Don’t worry.. Cuma puji je..hehhe!” Dia membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahinya.
            Haris mengenakan tracksuit hitam dan baju T berwarna putih. Kulitnya yang kemerah-merahan itu terserlah apabila dipancar matahari yang baru sahaja ingin memunculkan diri.
“Mana Nazrin?” Aqilah bertanya tanpa memandang wajah kacak Haris.
“ Dia membuta lagi! Susah nak kejut! Balingkan bom pun belum tentu bangun..” Haris merungut lalu membaling seketul batu ke laut.
“ Tak mandi?” Haris bertanya.
“ Kejap lagilah.. Aqilah menjawab.
“ Lahh jomlah.. nanti bila dah panas kulit boleh hitam..” Aqilah perlahan-lahan mengangguk lalu bangun masuk ke laut. Dia meninggalkan tualanya di tepi. Aroma rambut Aqilah menusuk hidung Haris. Jarak antara mereka hanya satu inci. 
            Sebaik sahaja air mencapai paras dadanya, Aqilah terhenti. Haris yang tinggi lampai ingin ke depan lagi, tetapi bila melihat Aqilah keseorangan disitu, hatinya jatuh kasihan. Dia menemankan Aqilah.
            Tiba-tiba Rin mencampak sebiji pelambung ke arah mereka sambil tersengih. Aqilah mencapainya dan tersenyum. Lagaknya tidak ubah seperti anak kecil.
“ Weyyhh!!” Nazrin menjerit memanggil Haris yang sedang melayan Aqilah.
“ Kejap tau! Jangan ketengah sangat…” Aqilah segera mengangguk. Tangannya masih berpaut erat di pelampung.
“Kalau Ilah ada salah.. Ampunkan Ilah ma.. Halalkan makan minum Ilah.. Kalau lepas ni.. Ilah tak balik lagi.. Ilah dah tak sempat nak minta maaf..” Kata-katanya kepada ibunya pagi tadi terngiang-ngiang di benaknya. Hatinya tiba-tiba sayu.
“ Ya Allah , macam mana lepas ni aku tak dapat jumpa dengan ibuku lagi? Adakah ibuku sudah mengampunkan aku ya Allah..” Hatinya merintih. Setitik air mata jatuh di laut yang luas terbentang. Betapa hebatnya ciptaan Allah.
            Dia menurunkan kakinya di dasar laut. Air telah mencapai lehernya. Dia segera mengayuh kakinya ke tepian. Tiba-tiba sesuatu benda lembik membalut kakinya..
‘Zap!’Binatang itu menyengat. Serta merta muka Aqilah menjadi merah menahan sakit. Dia melibas-libas kakinya . Tetapi bila berada di dalam air pergerakkannya terbatas. Akhirnya 'benda' itu melepaskan kakinya.
            Air mata mulai jatuh berjuraian. Perlahan-lahan dia menghayunkan kakinya ke tebing. Pelampung sudah ditinggalkannya. Air laut yang sejuk mengurangkan kesakitannya.
“ Hey.. Aqilah.. asal..asal? kau nangis??” Haris memegang bahu Aqilah. Aqilah terlentok di dada bidang Haris. Pengsan. Haris kaget. Dia segera mengendong Aqilah naik.
“ Ya Allah..” Dia menekup mulutnya. Pergelangan kaki Aqilah sudah membiru di campur dengan tompok-tompok sengatan.
“ Kenapa ni?? “ Maria dan Rin bertanya sambil memegang kepala Aqilah. Nazrin juga terkejut.
“ Dia kena gigit dengan ampai-ampai!” Nazrin memberi andaian. Haris mengangguk tanda mengiyakan.Dia  mengendong Aqilah ke Chelet mereka. Haris juga mengarahkan Nazrin mengambil peti kecemasan di dalam keretanya.     
            Haris mengoyakkan tuala Aqilah dan mengikat betis Aqilah, mengelakkan sengatnya merebak. Hatinya cukup risau.
‘ Ma! Ma! Jangan tinggalkan Ilah.. Maafkan Ilah ma…’ Hatinya bersuara. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.
“ Nazrin kasi aku antiseptik.. Kapas.. Bandage.. Umm… dengan ubat penyejuk..” Arah Haris. Haris mengenakan cermin matanya. Matanya mempunyai masalah ‘Long sighted’. Jadi dia terpaksa mengenakan cermin mata.
            Wajah Haris tidak ubah seperti doktor yang sedang merawat pesakitnya. Haris menekan kaki Aqilah kuat. Aqilah yang separa sedar menjerit. Nanah yang berwarna kekuningan keluar. Haris mencapai kain yang sudah dibasahkan lalu mengelapnya.
            Setelah membasuh kaki Aqilah dia menyapukan antiseptik lalu membalutnya dengan kain ando. Kata Nazrin bandage sudah habis. Haris sempat menyapukan ubat sejuk diseliling pergelangan kaki Aqilah.
            Aqilah tertidur kerana terlalu banyak menangis. Tangannya erat menggenggam tangan Haris. Haris hanya membiarkan. Haris sempat berpesan kepada Rin dan Maria supaya tidak meninggalkan mereka berduaan dan membiarkan pintu terbuka. Mereka bersetuju lalu duduk di atas sofa sambil berbual dengan Nazrin.
“ Aku dapat ampai-ampai tu memang aku rebus dia kasi kucing aku makan!” Ujar Nazrin berkobar-kobar. Haris memperlahankan tawanya , tidak ingin mengejutkan Aqilah. Baginya Aqilah seorang yang kuat. Jika perempuan lain pasti sudah terlolong-lolong menjerit. Tetapi Aqilah sempat berjalan kepadanya sebelum pengsan.
            Secara tidak langsung Haris telah melihat pelbagai sudut diri Aqilah. Dia mengusap kepala Aqilah yang sedang enak dibuai mimpi lagi. Dihujung kelopak matanya masih berair. Mungkin sakit. Tekaannya.
“ Haris! Hah! Kat sini kamu….” Ibu Haris menerjah ke dalam chelet. Matanya jatuh kepada Aqilah yang sedang terbaring lemah. Tangan anaknya erat menggenggam tangan Aqilah. Tiba-tiba hatinya terusik.
‘Okay juga dia orang ni… Tapi kenapa dengan Aqilah pulak tuh?’ Hatinya berkata-kata. Haris meletakkan jari telunjuknya dibibir. Ibunya tersenyum lalu mengangguk.
“ Kenapa ni?” Ibunya bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di tepi Aqilah.
“ Kena sengat ampai-ampai, ma..” Haris bersuara perlahan. Ibunya menekup mulut.
“ Habis tu dia dah okay ke tak ni? macam mana boleh kena??” Ibunya bertanya seolah-olah seorang wartawan yang mencari bahan untuk dimuatkan di ruang boraknya.
“ Dah.. anak mama ni kan bakal jadi seorang doktor.. mestilah okay…” Dia menepuk dadanya. Haru juga dibuatnya, pelbagai perasaan bercampur aduk.Sebelum ini, dia langsung tidak pernah menyentuh Aqilah. Tetapi kali ini.. Dia menggeleng laju memadam ingatannya semasa gadis itu rebah di pelukannya.
“ Iyalah tuh.. ni mama baru nak ajak kamu semua pergi sarapan.. Alang-alang dah jadi macam ni.. nanti mama tapaukan untuk korang.. Biar dia tidur dulu.. Nanti petang baru kita keluar.. Pergi naik kereta kabel. Okay?” Haris mengangguk setuju dengan cadangan ibunya.


“ Mama!” Aqilah menjerit sebaik sahaja tersedar. Baru sebentar tadi dia bermimpi wajah ibunya yang sedang menggamitnya. Dadanya berombak. Semua menerpa ke arahnya. Nazrin yang tertidur juga tersentak lalu mendapatkan Aqilah.
“ Kenapa? Kenapa? Kau okay ke??” Haris bertanya. Aqilah meneguk air liurnya lalu mengangguk. Aqilah masih tidak melepaskan tangannya. Haris tersengih-sengih memandang Aqilah. Aqilah terpinga-pinga. Tiba-tiba matanya jatuh ke tangannya yang sedang erat menggenggam tangan Haris. Dia segera meleraikan genggaman.
“ Sorry…” Haris tersenyum lalu mengangguk.
“ Kaki pijar lagi tak?” Dia bertanya sambil meraba-raba pergelangan kaki Aqilah.
“ Sikit-sikit.. Tapi rasa sejuk lah..”
“ Ohh.. tu sebab aku letak ubat penyejuk.. kalau tak.. lagi teruk rasa pijar tu tau…”
“Ooohh.. malang betul nasib aku hari ni…” Aqilah mengeluh sambil menarik tuala dan menyarungkan di kepalanya. Haris kagum dengan sikap Aqilah. Dia seorang gadis yang pandai menjaga maruah.
“ Tak ada maknanya.. Dah.. siaplah.. kita nak pergi naik kereta kabel! Yay!” Nazrin bersorak. Rin  dan Maria hanya menggeleng melihat gelagat Nazrin.
“ Nah..” Maria menghulurkan nasi lemak yang telah sejuk. Aqilah menyambut lalu memandang ke arah jam. Jam menunjukkan tepat pukul 4 petang.
“Thanks…” Aqilah bersuara sedikit.
            Setelah Haris dan Nazrin keluar dari chelet tersebut, Rin,Maria dan Aqilah segera berdandan.
            Aqilah mengenakan blaus putih berbunga inggeris dan seluar jean mengikut bentuk kaki berwarna coklat pekat. Dia memilih tudung yang berwarna sedondon dengan bajunya. Setelah puas dengan penampilannya, dia segera keluar dari chelet.
            Dari jauh kelihatan Haris telah menunggu di kereta. Haris tampak segak mengenakan baju polo putih dan seluar jean hitam. Di tangannya tergantung sehelai jaket putih.Dia juga mengenakan kaca mata hitam Ray Bean’s, bingkainya berwarna putih dan kacanya berwarna hitam.
            Aqilah memandang Haris tidak berkelip. Haris melambai-lambai Aqilah. Aqilah berjalan sedikit lambat kerana kakinya masih lagi berbalut.
“ Hai!” Belum sempat Haris menyapa Nazrin terlebih dahulu  menyapanya. Haris menjeling Nazrin tidak puas hati. Nazrin ketawa berdekah-dekah. Aqilah mengamati penampilan Nazrin pula.Nazrin hanya mengenakan baju T berwarna coklat dan memakai jaket hitam yang banyak zip dan seluar berwarna seluar jean biru lusuh. Nazrin tampak sungguh berkarisma.
“ Hai..” Aqilah membalas. Haris masih lagi memandang susuk tubuh Aqilah yang genit.
‘Penampilan dia simple je.. tapi for no reason, aku suka sangat dengan dia ni! Haris… pertama kali dalam hidup aku , aku angau macam ni.. Masak!’ Haris bermonolog di dalam hati.
“Kau dah sarapan?” Haris bertanya. Aqilah mengangguk lalu tersenyum.
“ Hha! Aqilah.. Mana Maria dan Rin?” Tanya Nazrin.
“ Diorang tu kalau berdandan setengah jam pun belum tentu dah habis. “ Aqilah merungut. Bagi Aqilah hanya secalit gincu dan bedak asas sudah mencukupi. Cuma kadang-kala dia akan melukis ‘eye liner’ di matanya.
“ Girls..” Haris tersengih. Aqilah menggeleng lagi. Dia melabuhkan punggungnya di pangkin bersebelahan dengan kereta perdana Haris. Dia mengamati lagi kakinya. Masih terbayang-bayang  kejadian yang berlaku pagi tadi.
            Tidak lama kemudian, Maria dan Rin pun keluar. Nazrin bersorak gembira.Haris masih bermain-main dengan kunci keretanya.
“ Okay! Hari ni aku nak duduk belakang! Nak duduk dengan Maria..hheheh!” Nazrin tersengih-sengih.
“ Korang bercinta eyyhh??!” Maria tersipu-sipu.Aqilah membesarkan matanya terkejut dengan pasangan baru yang berada di hadapannya. Patutlah semalam Maria begitu gembira setelah pulang ‘lepak’ dengan Nazrin. Haris tersengih-sengih.
“ So sape yang nak duduk depan ni?” Haris bertanya. Berpura-pura tidak tahu. Nazrin tersengih lagi.
“ Mestilah princess ice kita tu…” Nazrin menggambarkan Aqilah yang dingin seperti ais.
“ Ohh! Okay! Cantiklah.. heheh!” Aqilah tersentak. Haris bersorak.
‘Kenapa dia suka sangat… janganlah senyum lagi..You are killing me .. hufff’ Tiba-tiba satu senyuman terukir di bibirnya.
“ Dah! Jomlah gerak..  bapak aku dah start engine tu..” Semua bergegas masuk ke dalam perut kereta perdana. Sebaik sahaja Aqilah masuk ke dalam perut kereta, Haris sudah tersengih-sengih. Hatinya bersorak riang.
            Sebelum memulakan perjalanan, Haris mengarahkan semua memakai seat belt. Tetapi Aqilah yang sedang mengelamun entah kemana langsung tidak mempedulikan arahan Haris.
“ Apa kau nak buat?” Aqilah terjerit sedikit apabila Haris menghampirinya.Dia masih tersenyum.
‘Plak’ Tali pinggang keselamatan selamat dipasang. Dada Aqilah berombak.
“ Tulah! Sapa suruh mengelamun.. tak pasal-pasal hubby sendiri pasangkan..” Rin menyindir lalu ketawa ramai-ramai.
“ Nak ikutkan hati Haris tadi tuh sebenarnye dia nak cium je pipi gebu kau tu..” Sekali lagi tawa meletus. Haris seronok dengan usikan rakan-rakannya. Wajah Aqilah sudah merona merah.
“Dah! Dah! Korang ni tak baik tau.. nanti nangis pulak buah hati dia.. kita pula kena jalan kaki. “ Maria tersengih-sengih. Haris ketawa terbahak-bahak. Aqilah tersenyum.

            Aqilah mengambil cermin mata milik Maria lalu memakainya kerana cahaya matahari amat menyilaukan. Dia mengambil peluang itu untuk memandang wajah kacak Haris. Haris nampak berkarisma apabila memandu. Kadang-kadang dia akan membetulkan rambutnya. Haris nampak sangat tenang.
‘Kenapa aku jadi macam ni? haris adalah musuh aku .. Kenapa aku boleh jatuh hati dengan dia.. aku nak sangat mengaku tapi.. aku tak nak jadi macam dulu.. Hidupku tunggang langgang lepas dia buat macam tu… Kenapa wajah kacak dia ni seolah-olah menggamitku? ‘ Aqilah bercakap sendirian di dalam hati.
            Entah kenapa, jika dulu, dia langsung tiada perasaan dengan Haris.Baru dia percaya akan kata-kata kawannya. Bahawa, kebiasaanya kita akan jatuh cinta dengan orang yang kita kenal apabila dia berada di menengah atas. Pada masa itu, semua rakan-rakan lelakinya telah menjadi pemuda.
            Secara automatik perasaan benci itu bertukar cinta. Dia binggung sendiri. Dia memegang pipinya yang gebu sambil mengambil semangat yang tercicir kerana Haris.
SETELAH puas berjalan-jalan di atas platfom tinggi, mereka segera pulang ke chelet. Ibu bapa Haris ingin mengadakan barbeku. Rin, Maria dan Aqilah bertukus lumus menolong ibu Haris menyediakan bahan-bahan barbeku.
“ Hey..” Haris tiba-tiba muncul dengan keju ditangan lalu menghulurnya kepada Aqilah.
“ Thanks..” Aqilah berkata sepatah. Ibu Haris hanya memerhati gelagat mereka. Ibu Haris sangat senang dengan kehadiran Aqilah. Gadis yang tidak banyak mulut tetapi pantas melakukan kerja. Tidak terburu-buru dalam membuat pilihan dan sentiasa tenang.
“ Penat?” Haris bertanya. Aqilah mengangguk tanpa sepatah kata keluar dari bibir mongelnya.
“ Ma..Be easy with her okay? “Haris sedikt menjerit. Aqilah tersentak.
“ Okay.. but for what reason I must be easy with her?” Ibunya mengusik pula. Aqilah melakukan kerjanya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“ Because she was my precious..” Terjatuh keju yang sedang disagat ke bawah. Haris tersengih lalu mengutip keju tersebut. Aqilah meletakkan pisau di atas meja tersebut lalu keluar dari chelet itu ke tepi pantai. Hatinya berdegup kencang.
“Betulkah apa yang aku dengar tadi?” Satu badannya bergetar,
                        Haris terpinga-pinga lalu perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Rin dan Maria turut tersenyum. Ibunya menggeleng melihat gelagat anak bujangnya.
“ Kamu ni.. Dia malu tu.. “ Haris tersengih-sengih memandang ibunya.
“ Alahh.. Ma, dia ni jinak-jinak merpati tau.. asal dekat je dia lari.. ni saja cara.. hehhe!”
“ Don’t worry.. Mama tahu dia suka juga kat Haris.. Tapi janganlah buat keputusan drastik macam ni.. muka dia dah macam tomato dah… merah!” Haris ketawa terbahak-bahak.
“ Mama ni sporting lah!” Haris menunjuk tanda peace.
“ Mestilah.. nanti kalau mama tegah, tak pasal-pasal kamu kahwin lari..”
“ Mama! Wah! Jauhnya fikir?? “
“ Biasalah tuh Haris oii.. Mama just like this girl.. “
“ Dah ada restu lah kiranya ni?” Ibunya mengangguk-angguk . Haris tersengih lagi lalu keluar mendapatkan Nazrin. Berita gembira harus dikongsi dengan rakan baiknya Nazrin.
            Tidak lama selepas Haris pergi, Aqilah menjengulkan mukanya di muka pintu lalu menyusup masuk. Dia menyambug kerja yang tergendala. Masing-masing melakukan kerja dan langsung tidak menyentuh perihal yang diperkatakan sebentar tadi.

            Hari ini hari terakhir mereka berada di pulau langkawi. Pelbagai tempat menarik telah mereka kunjungi. Bagi Aqilah, segala masalah yang menghantuinya hilang semuanya apabila berada di bumi langkawi. Hubungannya dengan Haris semakin rapat hari ke hari.
“Hah?mau apa?” Aqilah bertanya, Tiba-tiba sahaja Haris memanggilnya ke tepi pantai. Niat Aqilah untuk mengemas baju terbatal.
“ Nothing.. just.. nah.. something untuk kau..” Dia menghulur sebuah kotak yang sebesar telapak tangan Aqilah. Aqilah membukanya.Seutas gelang yang dihasilkan daripada cengkerang-cengkerang dan siput laut.
            Dia tersenyum. Dia mengamati hadiah yang baru diberi oleh Haris. Haris gembira Aqilah menyukainya.
“ Ingat tak hari tu yang aku hilang sekejap.. Time tuh kebetulan ada pakcik ni, dia pandai buat benda-beda macam ni.. Aku belajar untuk buat ni dari dia.. so ni satu je tau dalam dunia. Jangan hilangkan?!”
“Okay..okay.. cantik sangat thanks..” Di bahagian belakang gelang itu terukir perkataan ‘H&A’ . Tiba-tiba darah menyerbu mukanya.
“Tu satu lagi surprise.. Aqilah.. listen here!..I.. love you so much.. aku dah tak sanggup tahan perasaan aku ni, sekse gile! hehe!..” Mata Aqilah bergenang. Dalam masa yang sama dia berasa sangat gembira dengan luahan Haris.
“ Now say you love me too..” Dia berharap. Aqilah tersenyum.
“Lap you.” Dia memelatkan perkataan love kepada ‘lap’. Haris ketawa lalu bersorak.
“ Wait.” Dia berlari ke keretanya lalu mengeluarkan 2 buah kotak, satu besar dan satu lagi kecil.
“Nah..” Aqilah membukanya. Terdapat dua bentuk cincin. Aqilah tersengih.
            Tanpa mereka sedari, Nazrin dan Maria menangkap semua bibit-bibit bahagia rakan-rakannya. Dan ia akan dimampatkan dalam satu album yang akan diberi kepada Haris nanti. Album itu akan bertajuk. ‘From rival to A lovely lover’
            Cincin plantinum itu tersemat di jari mereka. Dalam perjalanan pulang, Aqilah telah ‘dicampak’ duduk di sebelah pemandu. Semua berpakat mengenakan Aqilah. Haris hanya menurut dengan senang hatinya. Dan satu lagi ialah kain songket merah jambu. Sangat cantik dalam pengamatan Aqilah.
            Tiba-tiba hati Aqilah berdebar-debar. Bagaimana agaknya reaksi ibunya tatkala dia pulang nanti. Masih marahkah orang tua itu?


            Selepas bertukar nombor telefon, Haris segera menghantar rakan-rakan yang lain pulang. Haris berjanji dia akan telefon malam nanti. Aqilah memandang kediamannya yang gelap gelita. Dia mengetuk pintu sedikit. Maria masih setia menunggu Aqilah masuk ke rumah, baru dia akan masuk ke kediamannya.
“ Ma! Ma! Aqilah ni.. buka pintu ma…” Tiada sahutan. Dia memulas tombol pintu. Tidak berkunci.Setelah membuka pintu rumahnya..
“ Dah balik? Ingatkan dah tak nak balik lagi..”
“ Ma.. mama sihat? Maafkan Ilah.. Ilah lambat sikit jalan jammed sikit tadi..”
“ Huh! Dah pergi mandi! Tidur awal.. “ Aqilah tersentak dengan perubahan ibunya.Ibunya telah kembali dengan personaliti asalnya! Dia segera memeluk ibunya.
“Maafkan mama , nak.. Mama nak Aqilah tinggal dengan papa sebab hidup Aqilah lebih terjamin di sana.. Mama tak nak Aqilah tinggal dengan mama yang hanya  makan gaji sahaja..” Aqilah sudah teresak-esak menangis.
“ Mama.. Macam mana susah pun kita.. Ilah tak akan pernah tinggalkan mama.. Mama kena ingat tu.. Ilah tak pernah berbangga dengan kekayaan papa.. Itu cuma sementara… “ Ibunya mengangguk-angguk. Dia amat rindukan pelukan dari anak daranya. Hatinya tersentuh dengan perubahan anak gadisnya yang nampak sangat kurus. Dia menyalahkan dirinya.
“ Maafkan mama Ilah..”
“Its okay.. K lah mama, Ilah nak mandi dulu… Busuk dah badan ni..” Ibunya tertawa lalu mengangguk. Aqilah melangkah lesu ke atas. Dia mengheret bagasinya masuk ke dalam biliknya.Hatinya berbunga riang.
            Sebaik sahaja menghempaskan badannya di atas katil, dia terus terlelap. Hinggalah telefon bimbitnya berdering.
“ Hello sayang.. asalamualaikum..” Haris menyapa di talian.
“ Wa’alaikumsalam.. “ Aqilah menjawab salam.
“ Sayang ngah buat apa?” Dia bertanya lagi.
“ Tengah cakap dengan buat hati sorang ni lah..” Aqilah tersenyum-senyum. Haris tersengih-sengih. Dia sudah berjaya mengubah personaliti Aqilah.
“ You.. Kita baru je couple hari ni..  Jom fikir kita nak panggil satu sama lain apa nak?” Serta merta muka Aqilah merona merah.
“Kita panggil baby ,b je nak ?” Aqilah memegang mukanya yang sudah membahang.
“ Hmm.. okay..” Dia menjawab perlahan.
“ Yeess! Thanks sayang…”
“Hmmm.. Dah makan sayang…”
“ Dah.. Bie, bie nak tahu something tak..?”
“ Ape dia??”
“Hari ni I, dah baik dengan mama.. “
“ Really?? Serius? Dah baik! Yay! Bagus-bagus.. Cerita lah sikit..”
“ Okay..” Perbualan mereka berlanjutan hingga ke tengah malam.


            Akhir masa yang ditunggu-tunggu oleh Aqilah tiba juga. Dia melangkah masuk ke perkarangan sekolahnya.  Haris sudah setia menunggu di hadapan kelas. Dari jauh Aqilah sudah tersenyum.
“ Bertugas! “ Haris tersengih lalu mengeluarkan buku kedatangan bertugas bagi pengawas.
“Okay boss!”
            Mereka telah berjanji apabila berada di kawasan sekolah, masing-masing akan berlakon  seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi antara mereka. Aqilah segera meletakkan begnya lalu berjalan pergi ke tempat tugasannya. Wajahnya dimasamkan. Seperti biasa dia akan menjadi dingin apabila bertugas. Kerana kebanyakkan pelajar-pelajar yang sebaya dengannya tidak ingin mendengar kata. Mereka lagi suka ‘melepak’ di atas motor masing-masing dan ketawa.
            Aqilah memerhati sekeliling, mencari Nazrin. Biasanya Nazrin akan bertugas dengannya. Tetapi Aqilah langsung tidak nampak bayang Nazrin. Nampaknya terpaksa dia menghalau mereka sendiri pergi ke tapak perhimpunan.
“ Korang.. Gerak ke tapak perhimpunan sekarang..” Aqilah bersuara perlahan.
“ Lek arr .. Alaa.. Kitaorang bukan dari sekolah sini pun..”
“ Memang lah… tapi peraturan-tetap peraturan.. bila dah masuk je kawasan sekolah ni.. mesti kena ikut peraturan..” Aqilah berceramah.
“ Ehh.. dia ni! Tapi try tengok betul-betul .. Lawa gak akk budak ni” Pelajar-pelajar tadi turun dari motor masing-masing lalu mengelilingi Aqilah. Aqilah mula mencium sesuatu yang buruk akan berlaku. Lagi-lagi kawasan parkir motor pelajar agak jauh dari perkarangan  tapak perhimpunan.
“ Korang nak buat apa hah??” Aqilah sedikit menjerit. Oleh kerana saiznya yang kecil, membuatkan dia tenggelam apabila dikelilingi lelaki-lelaki tinggi.
            Tiba-tiba..
‘Zsss!’ Haris menyembur penyembur mata lada hitam ke salah seorang lelaki yang berada di situ.
“ Kan aku cakap.. kau akan perlukan ni..” Dia sempat menayang penyembur lada hitam kepada Aqilah. Lelaki tadi menjerit. Mungkin pedih.
“ Tulah… kau nak langsi pun agak-agak arr…! “Tegur Haris sambil mencatat nombor plat pelajar-pelajar tersebut. Tiba-tiba salah seorang dari mereka menumbuk pipi Haris. Tempat yang sama semasa dia ditumbuk secara tidak sengaja dalam perlawanan lepas.
‘Krakk.’ Tulang pipi Haris berbunyi. Haris melempar buku catatannya lalu menerkam lelaki yang menumbuknya tadi. Aqilah menarik lengan Haris. Haris terpaksa melepaskan mangsanya.
“Dah… Dah!” Aqilah menjerit. Dia menghampiri lelaki tadi lalu menolongnya bangun. Rakan-rakannya semua memandang tanpa berbuat apa-apa kerana bimbang diheret dalam  bilik disiplin nanti.
“ Kau ni kan!”
‘Dush!’ Dia memijak kaki lelaki tadi. Lelaki tadi jatuh terduduk kerana terlalu sakit. Haris masih memegang pipinya. Dia tidak dapat menggerakkan rahangnya.
            Aqilah menarik baju Haris. Setitik darah jatuh di kolar baju birunya. Haris hanya menurut. Buku catatanya dikutip oleh Aqilah. Pengawas-pengawas yang bertugas berdekatan berlari mendapatkan Haris. Haris tidak bercakap apa-apa. Rahangnya begitu sakit.
“ Senior kenapa ni??” Seorang pengawas lelaki merapati.
“ Kena tumbuk..Rahang dia masalah.. Tolong sekat pelajar-pelajar dibawah tu.. jangan beri mereka peluang untuk melepaskan diri. .. Saya bawa Haris ni pergi bilik rawatan.. Kerah sebanyak mungkin pengawas jaga di situ.. sekarang..” Pengawas itu mengangguk lalu berlari ke tempat parkir motor.
“ Sakit sangat ke?” Dia bertanya. Haris mengangguk. Peluh mula merenik.
            Setelah menghantar Haris ke bilik rawatan, Aqilah bergegas mendapatkan guru disiplin.
            Guru disiplin tadi segera menelefon sekolah yang terlibat. Pelajar tadi akan dibuang sekolah. Manakala  Haris dibawa ke hospital, kerana tulang rahangnya telah retak. Dia ditahan di hospital.
            Nazrin dimaklumkan tentang perkara ini, nyata dia amat terkejut. Aqilah pula sering melawat Haris secara rahsia kerana guru-guru  dan pengawas sentiasa melawat Haris. Haris sudah boleh bertutur seperti biasa, tetapi dia tidak boleh membuka mulutnya besar sangat bimbang rahangnya akan jatuh.
“ Hahah! Suka tengok bie, fierce gitu! “ Aqilah mengusik lagi Dia tersenyum.
“ Ada macam man tak? Bie pun suka part tuh..huuhu! Mana taknya dalam mulut ni time tuh dah penuh dengan darah dah.. Angin pun naiklah. Terkam aje..”
“Hahha~ Alaa.. cian dia.. Nah.. I ada bawa bubur.. Buat sendiri tahu.. Makan ya?” Dia segera mengangguk. Aqilah meniupnya lalu menyuap Haris. Disebalik pintu, Maria dan Nazrin menangkap gambar mereka lagi.
“ Diorang ni boleh jadi couple of the year lahh… “ Maria memuji. Nazrin tersengih-sengih.
“Alamak! Cikgu Rose on the way! Tengok tuh!!” Nazrin memuncungkan mulutnya kearah Cikgu Rose yang sedang memegang jambangan bunga. Nazrin menyerbu masuk.
“Wehh!! Korang! Cikgu Rose on the way!! Aqilah! Cepat menyorok!” Nazrin menyerbu. Hampir tersedak Haris dibuatnya. Haris segera mengarahkan Aqilah menyorok dalam tandas.Aqilah segera berlari ke tandas.Manakala Maria dan Nazrin sudah berlari keluar.
“ Asalamualaikum..”Cikgu Rose menyapa.
“ Wa’alaikumsalam.. cikgu.. apa khabar?”
“Ohh! Cikgu okay.. awak tu yang tak okay.. “ Haris tertawa.
“ Lah.. Ni kenapa kotor kain ni? baru habis makan ehh? Macam budak-budak..”
“ Sorry cikgu!Rahang tak betul! “
“ Ada-ada je awak ni.. Meh saya basuhkan.. “ Cikgu Rose menarik kain yang berada ditangan Haris. Haris mula terasa bahawa tembelangnya akan pecah.
“Oh! Tak apa cikgu! Saya nak makan lagi.. Nanti kotor pula..”
“ Tak apa.. meh lah cikgu basuhkan! Degil pula awak hari ni..” Haris tersegih.
“ Tak apa cikgu… saya tak nak menyusahkan..”
“ Mana ada susahnya.. cikgu dah biasa…”
“ Ohh! Cikgu! Masa saya tak ada.. sekolah gempar tak pasal saya?” Haris bertanya. Dia ingin menukar topik.
“ Gempar juga! Pengetua marah! Dia kata, sekolah lain kena menghormati pengawas! Malu jugalah sekolah tu dengan sekolah kita…” Haris mengangguk-angguk.
“ Dah tu ni rahang awak dah okay tak?”
“ Dah.. Cuma sakit sikit lagi.. dah tak handsome! “
“ Mana ada.. awaklah senior yang paling kacak tau dekat sekolah tu..  bertuah sapa dapat awak .. awak dah ada buah hati ke?”
“ Saya? Mestilah sudah… susah cikgu nak pikat bunga ni rupanya ekk? Boleh habis air liur bercakap dengan dia..”
“ Hahh!? Awak dah ada yang berpunya? Melepaslah peminat-peminat awak…”
“ Hahah~ entah kenapa saya boleh tertarik dengan dia.. padahal kami musuh dulu…”
“ Ye ke?? Bagaimana rupanya?”
“ Mana boleh beritahu.. saya ni dah lah ketua pengawas.. Mati kena pancung dengan guru penasihat kalau mereka dapat tahu saya bercinta.. “ Cikgu Rose tertawa.
‘ Adooii… Panasnyer kat dalam ni..’ Aqilah bermain-main dengan telefon bimbitnya.
            Akhirnya dia tertidur di dalam bilik air. Sebaik sahaja Cikgu Rose pulang. Haris segera bangkit dan mendapatkan Aqilah.
“Laaa… dia tidur dalam ni? sayang ooii.. bangun.. dah pukul 6 dah.. nanti mama sayang marah.” Perlahan-lahan Aqilah membuka matanya.
“Hah? Pukul 6? Mati!” Dia segera mencapai beg sekolahnya lalu keluar dari wad  setelah mengucapkan selamat  tinggal kepada Haris.

            Sampai sahaja di perkarangan rumahnya,kereta BMW 5 Siries sudah terparkir di hadapan rumahnya.
“Kereta papa…” Dia berbisik perlahan. Dia segera melangkah masuk.
“ Papa? Papa buat apa kat sini?” Dia bertanya lalu menyalami tangan bapanya. Bapanya tersenyum. Ibu Aqilah yang sedang duduk di hujung sofa turut disalaminya.
“ Kenapa papa datang?” Dia bertanya.
“Papa nak Aqilah ikut papa menetap di London.. Papa nak luangkan masa-masa papa dengan Aqilah. Lagipun, perniagaan papa, telah papa serahkan kepada abang kamu,  Azhan Irsyad.. “ Aqilah mendiamkan diam Kalau dia mengikut kehendak bapanya. Alamatnya dia akan berpisah dengan Haris.Dia sayangkan rakan-rakan yang berada disini. Dan ibunya. Dia tidak sanggup meninggalkan orang yang dia sayangi.
“ Apa kata Aqilah?” Ibunya bertanya.
“Mama.. Ilah tak akan pergi kalau mama tak ikut sekali.. and one more thing.. Ilah kena habiskan SPM  dulu.. “ Papanya tersenyum lalu berkata.
“ Of course.. Mama kamu akan ikut.. Tapi kami akan tinggal berasingan. So kamu boleh ulang alik jumpa mama kamu.. dan, pasal SPM tu.. okay.. Papa benarkan kamu tinggal disini hingga habis dan dapat result SPM.. okay?”
“ Okay papa…” Aqilah menjawab lemah. Nampaknya dia akan berpisah dengan Haris!
            Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, dia terlihat gelang yang Haris hadiahkan.
“Macam mana ni? huff…. Kalau aku pergi.. aku akan rindukan dia.. Tapi kalau aku stay…Ni je peluang untuk rapat ngan parent aku! “ Dia menggaru-garu kepala.Tidak lama kemudian , satu mesej masuk dalam peti masuk telefon bimbitnya.
‘Heyy.. ngah wat pe? Dah mamam?’
‘Blom… Ngah sedey uhhu!’ Aqilah membalas.
‘Laaa… asal cedey2 ni syg?’
‘Tak lama lagi, kite da x bley jumpe..’
‘Hahh? Baby nak p ne?’
‘Papa ajk dok London pas dapat result SPM..’
‘Hah?? Don’t worry! Bie akan pastikan baby stay sini.. Tengoklah.. hehe!’
‘Bie nak buat ape? Lahh.. kite nak pekse lagi 3 bulan je…’
‘ Tahu tak apa… ape lg.. cakap nak masuk meminang je lah~ hhaha!’
‘Gatal!’
‘serius lah.. ‘
‘Gatal!!’
‘Asal tak puas hati? Hheh! Don’t worry lah dear.. bie kan handsome.. pasti mama baby tpikat..hoho!’Tersengih-sengih Aqilah tatkala membaca mesej dari Haris.
‘Perasan.. dah lah ada volcano sesat kat dahi…!’
‘Baby! Bie pesakit tahu! Mana boleh buat macam ni..nanti tetibe terkena heart attack.. ta bley kawen..hahah!’
‘Nak kene terajang ehh?’
‘Alorh.. saket.. ehekk! Nurse! Dia yg dalam phone ni terajang saye~’ sekali lagi Aqilah tertawa.
‘Mengada-ngada.. dahlah.. pesakit patut tidur awal! P tidur!’
‘Orait boss! Bye! Bye!’
‘Okay.. bye-bye!’
‘Take care’
‘Orait! You too! Kalau sesape kasi gule jangan ambil!’
‘Okay…~ ‘
            Aqilah memandang kipas yang berputar laju. Hatinya gundah.  Bagaimana dengan kehidupannya nanti di negara orang.
‘Abang? Dah lama tak jumpa abang.. apa khabar dia.. alaaa… dia sama  je macam ayah.. bukan peramah sangat..” Dia mengeluh lagi.  Satu keluhan berat dilepaskan. 

0 comments: