(Perjumpaan pengawas)
“ Okay! Seperti yang telah saya tegaskan~ anda patut ada ni! tengok apa dah jadi dengan saya.. huhu! Kesian saya.. saya dah test dah keberkesanannya..” Seperti biasa, badan pengawas tidak kering gusi dengan Haris. Haris yang baru keluar dari wad kelmarin disambut baik oleh semua pengawas.
Ramai meluahkan rasa rindu kepada Haris. Termasuk peminat-peminatnya. Aqilah memendam cemburunya. Haris berdekah-dekah ketawa melihat lakonan Aqilah.
“Pasal lawatan kita tuh.. Dah kena approve dengan pengetua! Yay!” Semua bersorak.
“ Hurrmmm.. pasal tugasan.. Abang nak Hafis dan Nazrin jaga tempat parkir motor tu.. tengok tak pasal-pasal penolong kita yang dingin ni hampir nak kena aniaya hari tu.. so keselamatan perlu ketat tahu?Hurrmmm.. saya pun dah kena.. tak pasal-pasal tiap-tiap kali time makan saya ‘terharu’ meleleh-leleh air mate~” Aqilah tersenyum .Matanya masih menatap buku latihan Matematik.
Dia perlu mengusai matapelajaran matematik supaya keputusan SPM nya nanti tidak memalukan. Dia selalu merujuk kepada Shahrizal. Shahrizal sememangnya pemurah dengan ilmu.
“ Saya ada satu cadangan.. “
“ Ya! Cik Aqilah.. ada apa yang boleh saya bantu..?”
“ Huurrmmm… saya rasa, pengawas bahagian blok perlu ditambah.. Kerana ada dari kalangan pelajar di sini menetap di asrama, jadi apabila rehat, mereka akan mengambil kesempatan untuk masuk kedalam dorm.. tempoh hari kita dapat laporan bahawa ada kecurian berlaku.. Jadi saya ingin menambah lagi pengawas di bahagian blok..”
“ Hmmm.. okay.. don’t worry, saya akan uruskan..”
“Thanks Mr.Haris..”
“Welcome Miss Aqilah..” Semua pengawas terpinga-pinga dengan sikap yang ditunjukkan mereka berdua. Tidak bergaduh?
“ What? Tak boleh ke kita orang baik?” Semua pengawas tertawa.
“ Tak delah.. just macam ada tahu di sebalik kangkung je tau..”
“ Hhaha! Ada-ada je kamu.. kamu tengok ice princess kita ni.. nanti dia marah semua-semua kena terajang~ haha~”
“ Tahu tak pe~ “ Tiba-tiba Shahrizal menjelma. Semua memandang shahrizal. Shahrizal, tersengih sambil menunjuk ‘peace’.
“ Asal korang pandang-pandang ni? aku dilantik oleh Cikgu Rose lah.. jadi pengawas.. Korang tak nak alu-alukan kau ke? Sedih aku !” Semua ketawa. Mereka mempelawa Shahrizal duduk di sebuah kerusi panjang.
“ So… Topic? Hai Ilah~” Aqilah melambai. Haris hanya memerhati gelagat mereka.
‘ Ilah! ? Mana boleh dia panggil Ilah?’ Hati Haris mula berbahang.
(Di dalam bas.)
“ Dik..Lelaki hari tu, kasi ni..” Pakcik pengutip tambang tersebut menghulur buku nota matematik miliknya dan sebungkus lollipop. Dia menyelak-nyelak buku tersebut.
‘Kita dah miss 13 days.. So.. 13 hari bersamaan 13 lolipop.. okay? Janganlah moody-moody, nangis-nangis, okay? Tak lawa! Sebab.. hummm.. sebab.. cuba awak pusing ke belakang..’ Aqilah segera memusingkan badannya.
“Bie??” Haris mengangguk lalu mengangkat begnya pindah kesebelah Aqilah. Aqilah masih lagi terpinga-pinga..
“ So selama ni.. Bie dah tahu siapa pemilik buku ni..?”
“Yup.. Bie suka sangat tengok luahan hati sayang kat dalam uwh.. dapat tengok diri sayang yang the other side~” Aqilah tertawa. Hampir 2 minggu lagi, peperiksaan SPM. Mereka jarang-jarang hubungi satu sama lain kerana sibuk menglangkaji.
“ Lahhh..! buat malu je!!” Aqilah tertunduk. Haris tertawa.
“Janganlah memalu~ bukan apa pun.. Tak sangka kita memang dah baik sebelum kita berbaik kan? Means dalam buku ni lah…”
“Tahu tak pe..! So, Bie tahu lah Aqilah mengumpat Bie ni?”
“ Tahulah.. Bie suka sangat baca sayang tulis, tiba hatiku berdegup kencang bila bertentang mata dengan dia! Nak tahu something tak? Time tu.. Bie rasa jantung dah macam nak lari keluar dah.. tak tahu kenapa..” Aqilah tertawa.
“ Ye ke ni?”
“ Ya lah.. Nah amek pisau korek cepat ~” Aqilah tertawa lagi.
“ Bie.. Periksa senang?”
“Hmmm… susah gila! Boleh pocah otak den~”
“Hhaha! Sama lah..Opppss! Dah sampai! Bye! Bye!”
“Bye! Take care” Aqilah mengangguk. Dia membawa buku nota matematiknya bersama.
Akhirnya peperiksaan SPM tamat. Semua calon yang menduduki SPM sudahpun mula mencari atau memilih masa depan yang diingini. Termasuk Aqilah dan Haris.
“ Qilah!! Serius ke? Dia ajak kau dating..?” Maria dan Rin bertanya serentak. Aqilah mengangguk lalu tersengih.
“ Hhehe! Alahh.. kita orang bukan pergi mana-mana pun… pergi MP je.. (Mahkota perade)..”
“ Okaylah tuh!!”
“ Tapi.. aku nak kena blah dari sini tak lama lagi.. huuummm..”
“Lah~~ skype kan ada… ke yahoo messenger ke.. boleh tengok muka dia kat sana..”Rin memberi cadangan.
“ Tapi tak sama.. kalau tengok depan-depan..” Maria tolong jawabkan bagi pihak Aqilah. Aqilah menekup mukanya dengan bantal.
“Lahhh.. dia ni.. malu lakk.. haha!” Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering kuat. Maria merampas.
“ Hello..”
“ Heeyy.. Maria! Aku kenal suara baby aku~ cepat kasik dia..”
“ Laahh! Baru nak berlakon.. haha!”
“ Aku report Nazrin..”
“ Okay! Okay!! Nah.. buah hati call..” Aqilah merampas. Dia keluar ke balkoni.
“ Aku happy, dia dah berubah.. Kalau dulu nak senyum bukan main susah lagi.. Thanks to Haris lah kan?”Rin yang sedang sibuk melayari internet menggunakan laptop Aqilah. Mereka bermalam di rumah Aqilah selama 3 hari kerana ibu Aqilah outstation.
“ Tahu tak apa.. Rin , cuba kau tengok ni.. aku dengan Nazrin tak ada kerja.. kitorang buatlah benda ni..” Maria mengeluarkan satu album gambar yang sebesar satu buku nota.
“ Wahh! Cantik giler ! Korang ambil pic time yang dak Haris luah tu perasaan kat tepi pantai hari tu eyh?? Wah! Caya arr.. Siap buat effect lagi… “
“ Cantikkan? Aku ingat nak kasik sorang satu.. Nanti bila Aqilah nak berangkat ke London baru aku kasi.. Yang satu lagi tu.. nanti aku suruh Nazrin yang beri. “
“ Okay!okay! Baik punya plan! “
“ Nazrin tuh pakar tahu dalam bidang photografi ni.. semua effect dalam gambar ni dialah yang buat…”
“ Nanti aku kahwin aku minta tolong Nazrin.. hahaahah!” Rin menekup mulutnya. Sebaik sahaja Aqilah melangkah masuk ke dalam biliknya Maria segera menyimpan album gambar tadi di dalam beg galasnya.
“ Maria, Rin.. nak tahu something tak?”
“ Apa dia?”
“Nah..” Aqilah menghulurkan nota matematiknya kepada Rin dan Maria.
“ Kenapa?”
“ Orang yang duduk kat tempat kita selalu duduk tuh ialah Haris sendiri!”
“Whatttt????????” Semua menekup mulut.Akhirnya mereka tertawa. Aqilah dan Haris memang berjodoh!
“ Dah tu..? bila kau tahu?”
“ Tempoh hari..! Dia yang beritahu! Terkujat aku!” Aqilah bercerita dengan rancaknya pengalamannya kepada kedua-dua rakannya.
“ Wah! Masyuk gila!”
“ Tahu tak pe!” Rin menyambut. Tiba-tiba telefon Aqilah berdering sekali lagi. Aqilah mengamati nombor yang tertera. Dia tidak mengenalinya.
“ Hello?”
“ Hello? Ni Aqilah eh?” Suara di sebelah menyahut.
“ Yup.. Siapa ni?”
“ Lah!! Ni aku lah… Shahrizal!”
“ Lahh! Rizal? Mana kau dapat number aku?”
“ Adalah.. dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..”
“ Lahhh! Kau nak apa ni? busy taw~ “
“ Chillax.. aku nak ajak kau turun town esok… jom lah.. ramai aww yang join.. “
“ Aku pun turun juga esok.. korang kumpul kat ne?” Aqilah mula menunjukkan minatnya. Dia berhasrat ingin membongkar hubungannya dengan Haris di depan rakan-rakannya.
“ Okay set.. Esok pukul 11 eyh.. Dekat depan starbuck. Okay?”
“ Yelah..” Setelah mematikan talian , Aqilah segera menceritakan rancangannya esok sebelum masuk tidur.
“ Hai..sayang..Morning!” Haris sudah bersedia dengan kereta perdana V6 dihadapan rumah Aqilah. Aqilah mengenakan kasut tumit tingginya yang berwarna putih , hadiah Haris.
Aqilah mengenakan baju T berwarna khaki dan kardigan merah jambu.. Digandingkan dengan seluar jean putih mengikut bentuk kaki. Aqilah memilih tudung yang bercorak polka dot bertanah merah jambu. Penampilan Aqilah tampak sangat feminin.
Manakal, Haris lebih suka penampilan yang santai. Dia hanya mengenakan baju T mengiku bentuk badan berwarna hitam dan seluar jean berwarna biru lusuh. Dengan topi nike dan cermin mata hitam berbingkai putih sudah cukup menyerlahkan kekacakan Haris. Sedondon. Seorang cantik dan seorang kacak.
“ Jom~ “ Kereta perdana itu meluncur laju di atas jalan raya.
Sebaik sahaja memarkir kereta. Aqilah dan Haris bergandingan memasuki Mahkota Perade. Aqilah mengajak Haris memasuki Starbuck yang terletak betul-betul di sebelah pintu masuk utama.
“ Jom.. mesti dia orang terkejut kan?” Haris tersengih-sengih membayangkan reaksi mereka. Di dalam kereta tadi Haris sudah dimaklumkan bahawa rakan-rakan seangkatan mereka juga akan berada di Mahkota Perade. Termasuklah Maria dan Nazrin, tidak lupa juga Rin dan Adib.
“ Hey guys!” Haris menyapa. Aqilah menggenggam tangan Haris erat. Haris tersengih-sengih melihat rakan-rakannya terkejut dengan apa yang mereka lihat.
“ Korang bukan musuh ke??” Shahrizal bertanya sambil menuding jarinya kearah Haris dan Aqilah.
“ Dulu beb.. Kita orang sekarang ni dah sah jadi couple~”
“ Omg! Aku nak pengsan…!” Shahrizal memegang dahinya. Tiara yang berada disitu juga memandang pasangan itu tanda tidak puas hati. Dia pernah meluahkan perasaannya kepada Haris tetapi Haris menolak cintanya dengan baik.
“Aku nak balik!” Tiara mengambil begnya lalu berlalu pergi. Dia melanggar bahu Aqilah kasar. Haris rasa ringan sahaja mulutnya nak ‘sound’ Tiara tetapi dia terpaksa bersabar di tempat awam. Tidak ingin menjatuhkan maruah Tiara.
“ Bye! Bye!” Haris menyindir Tiara. Rakan-rakannya yang lain serta merta tersenyum.Gembira dengan pasangan baru yang berada si hadapan mereka.
“ Haris ,Aqilah! Duduklah!” Mereka mengambil tempat di hadapan rakan-rakannya.
Setelah habis minum-minum dan ditemu bual oleh rakan-rakan, Aqilah dan Haris meminta diri. Mereka berjalan-jalan, membeli belah, makan , dan pelbagai aktiviti lagi. Kebetulan pada masa itu, terdapat satu aktiviti pasangan ideal.
“ Nak cuba?” Haris bertanya. Aqilah tidak menjawab , dia merapatkan wajahnya ke wajah Haris sambil menterbalikkan telefon bimbitnya dan diangkat ke udara.
‘Kchikk!’ Haris sempat tersenyum dan memandang kamera. Aqilah tertawa. Dia sengaja berbuat begitu kerana ingin mengelak dari diheret Haris ke pertandingan yang hampir bermula di hadapannya.
“ Jom!” Aqilah tiba-tiba mengubah fikirannya.
‘Mungkin ni kenangan terakhir sebelum kami berpisah nanti. ‘ Hatinya berbisik.
Dia melihat hadiah yang bakal dimenangi. Memang lumayan. Hadiahnya terdiri daripada percutian percuma, telefon bimbit dan cincin couple.
“ Canteklah.. jum~”
Setelah mendaftar, Aqilah dan Haris diminta duduk di satu meja yang dipisahkan dengan sekeping plywood.
“Soalah pertama.. bila kamu berdua mula-mula suka antara satu sama lain.. setelah saya cakap jawab, awak berdua mesti jawab serentak okay?” Mereka mengangguk. Haris dan Aqilah hanya teringat apabila mereka bertentangan di kantin semasa perjumpaan pengawas beberapa bulan yang lalu.
“ Jawab!”
“ Masa bertentang mata semasa perjumpaan pengawas 3 bulan yang lalu!” Aqilah menjawab.
“Masa terpandang mata dia 3 bulan yang lepas!” Mereka menjawab hampir serentak. Juri-juri di bawah pentas mencatat sesuatu.
“ Bila saat yang paling awak berdua tak ingin lupakan? Jawab!”
“ Masa dia luahkan perasaan!”
“ Masa lihat muka dia time sesi confession..!”
“Wahh! Couple ni memang pengingat betul ! and ada banyak chemistry!” Semua penonton bersorak. Haris tersengih-sengih. Aqilah menyorokkan mukanya kerana malu. Seperti biasa , Nazrin dan Maria yang dari tadi mengintip mereka mengambil gambar lagi.
“ Soalan yang seterusnya ialah.. Kalau ditakdirkan salah seorang dari awak pergi jauh, apa yang awak lakukan semasa dia ingin berangkat..” Masing-masing terdiam.
“ Okay.. kita biar pihak laki jawab dulu..” Pengacara tersebut menghulurkan microphone kepada Haris.
“ If that thing happen.. I’ll say like this.. Just marry me my dear!Because you are my all..” Semua penonton-penonton yang kebanyakkan perempuan di bawah pentas menjerit-jerit. Aqilah terharu bercampur malu. Nazrin sempat merakam kata-kata yang diucapkan Haris sambil tersenyum-senyum.
“ Sejak bila dia jadik romantik I pun tak tahulah sayang..” Ujar Nazrin kepada Maria. Maria mengangguk-angguk.
“ Sekarang.. biar si gadis pula menjawab soalan saya tadi..” Aqilah perlahan-lahan bangun berdiri sebelah Haris lalu mengambil microphone yang pengacara itu hulurkan.
“ Then I say.. Im just loving you.. How could you leave me here without you. Without you, I be a corpse .. without you, I’ll die.. Without you .. my world will empty.. then please just stay here by my side..” Juri-juri di bawah tersengih-sengih termasuklah pengacara yang berada di situ.
“ Kalau saya jadi laki awak.. saya pasti akan stay..!” Semua penonton di bawah tertawa. Nazrin dan Maria juga turut tertawa.
“ Wah.. power gile ayat Aqilah..”
“ Tahu tak apa…”Maria tersenyum-senyum. Kawannya banyak berubah.
“ Kalau dia tak cakap macam tu pun saya tak akan tinggalkan dia.. “ Aqilah menundukkan muka menahan malu yang teramat. Tetapi dalam masa yang sama dia amat terharu dengan mesej cinta Haris kepadanya.
“Okay.. okay.. sila duduk di tempat masing-masing.. soalan last..” Mereka kembali di tempat masing-masing.
“Andai kata.. kamu bukan kekasih.. tetapi kamu suka sangat dengan dia.. malangnya dia dah jadi milik orang lain.. contohnya dia couple dengan orang lain.. bukan kahwin okay?”Aqilah mengangguk-angguk.
“ Okay..Cik… Aqilah.. Apa jawapan awak..” Sekali lagi pengacara tersebut menghulur microphone kepada Aqilah.
“ Kalau saya, asalkan dia gembira dengan gadis tu.. saya pun akan gembira.. Saya akan bahagia bila lihat dia tersenyum.”
“ Jika saya pula.. saya akan pikat dia dengan apa cara sekalipun.. Saya takkan lepaskan seseorang yang saya suka begitu saja..~ hehe!”
“ Wah! Korang ni memang sweet betullah! Saya doakan hubungan kamu berkekalan.”
“ Terima kasih..” Setelah bersalaman, mereka turun dari pentas dan duduk di kerusi panjang sambil menunggu keputusan. Nazrin dan Maria segera pergi dari situ bimbang dilihat oleh Aqilah dan Haris.
Setelah sejam menunggu, akhirnya keputusan telah dibuat sebulat suara.
“ Kami sebenarnya nak beri hadiah pertama ni percutian di Cameron Highland je.. Tapi.. kami sempat beri satu lagi hadiah bonus.. mereka berjaya menyentuh hati kami.. Dan persilakan couple Haris&Syaya!”
“ Syaya? Eh!! Tuh nama Aqilahlah! Jom! Kita menang! Yay!” Mereka segera naik ke atas pentas lalu menerima hadiah kupon percutian.
“ Ni untuk kamu, khas dari penaja..” Mereka diberi sebuah kotak berwarna biru.
“ Apa ni?”
“ Cuba kamu buka..” Haris membukanya. Dua utas rantai platinum dan sepasang cincin yang terukir nama masing-masing.
“ Thanks!” Aqilah tersenyum. Haris sempat bersalaman dengan juri-juri dan pengacara majlis.
Mereka bercadang menjadikan cincin masing-masing sebagai loket rantai yang diberi.Haris mengambil cincin milik Aqilah, dan Aqilah mengambil cincin milik Haris untuk dijadikan loket. Hari tersebut adalah hari yang paling indah buat mereka.
Sebaik sahaja tiba di kediaman Aqilah, Haris segera mencapai tangannya lalu berkata.
“ Thanks for today sayang..”
“ Welcome my dear..” Dia membalas lalu berlari masuk ke dalam rumah kerana malu. Beberapa bulan lagi, dia akan berangkat ke luar negara.
“ Aku harap aku tak perlu pergi ke luar negara..” Dia berbisik perlahan. Selepas membersihkn alat solek di muka, Aqilah segera menunaikan solat maghrib, dia segera menyertai forum tidak dijemput yang dikendalikan oleh Maria dan Rin. Bergosip, gosip dan gosip~
1 comments:
hi :) nak tnya, awk ada share ke utk 'Aku Yang Engkau Lukai' ?? sya cr tp x jumpa, atau mgkn sya slah msuk blog org..hehe :)xx
Post a Comment