Akhirnya majlis perkahwinan kami berakhir pada pukul 12 tengah malam. Danial tertidur di dalam keretanya yang dipandu oleh Adam. Aku menahan mataku dari tertidur kerana kasihan akan Adam yang akan memandu seorang diri.
" Congrates.. nah.. walaupun last minute.. sebab baru tempah semalam... petang tadi baru siap.." Dia menghulurkan sebuah kotak yang dibalut dengan pembalut hadiah bewarna hijau.
"Thanks abang.. huurrmmm.. So lepas ni abang nak buat apa?"
" Macam biasa lah adik oii.. abang nak ke entertaiment company abang, and then, try susun schedule balik.. " Aku mengangguk-angguk.
" Listen here my sis... Danial sengal ni, merangkap adik ipar abang ni.. Suka sangat air tangan orang yang dia sayang.. so, kalau nak ambil hati dia.. Meesha kena selalu duduk dapur, masak~ haha~" Wah! ini tip! mesti buat nota ringkas kat otak..!
" Number 2.. Dia ni nampak je macam ni.. dia tak pandai nak kawal marah, and dia ni jenis pemendam, kalau sekali dia kena buat dia boleh tahan, kalau dua kali dia boleh, tapi kalau sekali dia dah marah susah nak tenangkan.. kalau rasa-rasanya berlaku macam tuh.. adik call abang.. Abang sorang je taw macam mana nak buat dia cool down.. except kalau adik abang ni dah advance dapat pujuk dia.. humm kira okaylah tuh.."
" Oooo.. lagi-lagi?" Aku bertanya lagi.
" Dia pernah cakap dengan abang, dia suka sangat kalau orang yang dia sayang, sentiasa gaduh dengan dia... sebab, kalau asyik nak damai je, tak de kick! pelikkan? dia ni memang pelik sikit.." Aku ketawa sambil mengangguk-angguk. Baru Adam ingin bersuara memberi tip yang seterusnya, kami telah pun tiba dihadapan rumahku. Terang benderang.Mesti mereka sedang menunggu kepulangan kami.
" Ingat pesan abang.."
" Thanks." Adam mengejutkan Danial. Aku sudah melangkah lesu masuk kedalam kediaman kami. Alat solek masih terlekat di mukaku.
“Meesha, Danial mana?” Tanya ibuku.
“ Ada ma, kat luar .. kejap lagi nampak lah batang hidungnya..” Ujarku sebelum meminta diri naik ke bilik.
Masuk sahaja dalam bilik, tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Haizz! Malam ni ke? Aku segera membersihkan badan dan alat solek di mukaku.
Usai solat berjemaah bersama Danial, aku mencium syahdu tangannya. Dia tersengih lalu mengucup dahiku pula. Dia tersengih-sengih.. aku menelan air liur..
“ Ingat tak I cakap apa tadi?” Dia bertanya. Aku berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.
“ I nak buli you malam ni..” Aku menelan air liur yang keluar alah kadar sahaja.Dia tersenyum lagi. Aku segera melucut telekung dan berlari mengambil semua bantal di atas katil yang cantik dihias. Tergolek-golek dia ketawa. Dia mendekatiku. Aku membaling bantal kearahnya.
“ You tidur bawah..” Dia ketawa lagi.. Arahanku tidak dipedulikannya. Aku menekup mukaku diatas bantal empuk.
Bangun sahaja dari tidur, aku segera mencapai tuala untuk membersihkan diri. Aku sempat mengusik muka Danial yang sangat naif ketika tidur. Haizz~ baik aku cepat-cepat mandi.
Sebaik sahaja selesai membersihkan diri , Danial masih tidak sedar. Penat sangat ke? Dah macam kena belasah dah~ Aku menguap. Haizz.. mengantuknya.. Akhirnya aku terlelap kembali dia atas dada Danial.
Aku terjaga apabila Danial mengusap-usap rambutku. Aku memandang wajahnya yang kacak. Mata hazelnya sungguh menawan. Dia tersenyum nakal apabila melihat aku masih tidak berganjak dari dadanya. Aku bingkas bangun.
“ Sayang.. kita pergi sarapan jom.. lapar betul!” Dia memegang perutnya.
“Pergi mandi dulu! Busuk! “ Dia tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya. Aku menggeleng lau berjalan menuju ke meja solek.Aku merapikan rambut dan wajahku yang kelihatan sedikit sembap.
Sebaik sahaja keluar dari bilik..
‘kcihkk-kchikk’ aku menutup mata. Tak tahan dengan flash kamera yang menyilaukan. Dia orang ni dah tak ada kerja ke ambil dambar orang depan pintu bilik tidur? Pagi-pagi buta lak tu! Gerutuku di dalam hati.
“ Hooohohoh! Terima kasih kerana memberi sokongan penuh kepada kami..” Danial berlagak seperti ahli korperat yang ternama. Aku tertawa melihat telatahnya.
“ Wahh..~ menantu abah.. berseri-seri pagi ni” Tegur bapa mertuaku, Syed Zehedi. Aku tersipu-sipu.
“ Korang ni macam tak nak kasik kitorang turun je?” Danial bertanya dalam nada lembut. Tetapi dari tadi ada senyuman nakal terukir di bibirnya dan Adam. Lelaki macam dia orang ni kalau tak double meaning tak sah!
“ Tahu tak pe..” Adam menjawab tenang.
“ Ohh..!Thanks Adam~ hehe!Jom! kita masuk balik..” Danial ketawa nakal sebelum memegang tanganku untuk dibawa ke katil. Aku tahu dia cuma berpura-pura sahaja.
“ Eh diorang ni! makan dulu..~ malam kejap lagilah kok ye pun..” Danial ketawa besar sambil disambut oleh Adam. Aku memijak kaki Danial. Dia mengerang sedikit. Aku tertawa sinis.
“ Alahai sayang I ni.. dah jom kita sarapan..~ hohho~ jom makan! Makan~ makan~” Dia menyanyi-nyanyi. Dia ni memang tak reti duduk diam agaknya. Aku menggeleng perlahan. Dalam hatiku dah macam taman, aku rasa. Tidak tahu mengklasifikasikan apa yang aku rsa ketika ini.
Aku menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan Danial, manakala Danial sudah bersedia dengan garpu ditangannya. Ibu bapaku amat terhibur dengan gelagat Danial. Danial amat suka apabila orang sekelilingnya gembira. Termasuk aku. Ada ‘kimia’ lah!
Aku dan Danial terpaksa ke pejabat kerana ingin menguruskan permohonan untuk bercuti. Sebaik sahaja muncul dipintu pejabat, ada beberapa pekerja bawahanku menyambutku dengan senyuman, ada darinya hanya membuat endah tak endah ada juga yang tidak langsung memandangku. Mereka cemburu ke? Atau mereka benci aku? Aku segera menyiapkan kertas kerja dan permohonan untuk mengambil cuti selama 1 minggu.
Hampir setengah jam aku menghadap kaca komputer. Kaca mata yang aku pakai tadi sudahku lucut . Bayang Danial langsung tidak kelihatan. Sebentar tadi aku lihat dia bersama rakan kongsi bapa mertua ku keluar. Mungkin ada mesyuarat di luar. Siapa tahu. Aku menyambung kembali kerjaku.
“ Hmmm… Puan Meesha ada call untuk you.. “
“ Okay.. sambungkan sekarang..” Arahku lalu mengangkat ganggang telefon.
“ Hello..”
“ Umm… ni Meesha ke?” Suara disebelah sana menyahut.
“ Yup.. umm… ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Aku bertanya kembali.
“ Boleh kita jumpa? Saya ada something nak beritahu .. “
“ Oh.. sure..Wait, boleh saya tahu nama cik? “
“ Kirana, just call me Kira..Jumpa dekat Big burger bistro.. waktu lunch nanti okay?” Aku segera bersetuju dengan cadangan Kirana. Kirana? Macam pernahku dengar… Aku menggeleng dan segera melihat jam Rolex yang cantik terletak ditanganku. Hadiah hantaran tempoh hari.
Sebaik sahaja waktu makan tengah hari aku segera menghantar mesej ke telefon bimbit Danial.Sebelum memandu ke Big Burger Bistro.
‘U, I lunch dengan klien k? don’t worry~ ill be a good wife! ^^ ‘
Selepas menekan butang sent aku bergegas menuju ke Big Brother Bistro. Entah kenapa, jantungju tiba-tiba berdegup kencang sebaik sahaja masuk ke Bistro tersebut. Seperti sesuatu yang buruk akan menjamah telingaku. Aku segera membuang prasangka buruk yang menyelebungi benakku!
“ Hey! Meesha! “ Aku mencari suara perempuan yang memanggilku. Aku keget seketika apabila perempuan yang memanggilku tersebut adalah selebriti yang selalu mendampingi Danial sebelum aku berbaik semula dengan Danial! Rasa cemburu mula menguasai kepalaku.
“Hey.. Kirana?” Aku memperlahankan suara supaya kelihatan tenang di hadapan Kirana.
“ I dah order Fish and Chip for you.. Hope you don’t mind…” Aku mengangguk tanda setuju dengan tindakannya. Mungkin dia ingin jimat masa.
“ So?” Aku ingin dia memulakan agendanya dengan membiarkan ayatku tergantung..
“ I bukan nak tuduh Danish.. Because sebelum ni I memang liar.. tapi.. sejak 3 bulan yang lepas.. I dah tak liar lagi macam dulu.. you know what I meant right….” Darah mula menyerbu wajahku yang putih kemerah-merahan.
‘ Aku tahu.. dia mesti nak tuduh Danial .. Danish?? Asal manja sangat!! ‘ Jerit hatiku mulai sangsi dengan kesetiaan Danial.
“And?”
“ You know.. lepas scandal I dengan Zack.. I dah tawar hati dengan lelaki.. tapi.. bila dengan Danish.. I ,, just tenang .. I like his smile.. I like his cute face.. and I like his body… his body so… “ Dia menggantung ayatnya lagi. ! ‘Dia ingat aku tak faham?? Huuh!’
“ Can you just straight to the point?” Angin cemburuku mulai menyerang.
“ Okay… just wanna inform you.. that im pregnant.. Danish son.. Please tell him this thing okay? He dumped me after he got my body..” Aku terkaku disitu! Aku lihat Kirana mengelap matanya. Aku menutup mataku. Aku yakin Danial tidak macam ni!
“ Listen here Miss Kirana.. I don’t think Danial or Danish~ my husband would accept you even you beg me or him… don’t waste your tears for Danial… He my husband now, and I trust my husband.. I don’t think he will do something bad to anyone.. he know what bad and what good for him okay? You just waste your time here.. I know you are a celebrity , you can get anyone you want, but you cant take Danial from as long as im still breathing in this world.. just find another one that’s better than Danial.. You must accept the fact that you and Danial doesn’t mean together! “Tegasku panjang lebar.
Kirana mengesat air matanya . Dalam 2 saat dia boleh mengubah sikapnya yang kelihatan sangat naif sebentar tadi kepada seorang perempuan yang amat sombong dan bongkak!
“ I’ll make sure that guy kill you once he get you… and then I’ll live happily with Danish.. “ Dia tersenyum meleret. Aku semakin gelisah di sini! Tanganku berpeluh-peluh!
“ Try me..” Cabarku. Aku tersenyum sinis. Tetapi dalam hatiku , hanya Allah sahaja yang tahu! ‘That guy!’ Aku berdoa janganlah ‘that guy’ yang dimaksudkan Kirana itu ialah, lelaki tukang kebun dahulu! Kepalaku berdenyut-denyut.
“ Sure dear.. sure.. just wait okay..” Di mengangkat punggungnya sambil melempar not RM 50 di atas meja. Aku tersenyum sinis.
“ Thanks honey.. really appreciate.. listen.. if anything happen to me, see you at court.. then.. the part that I love! ‘ not a singer but a killer,Miss Kirana ’ “ Aku menggugut Kirana pula. Muka Kirana pucat mendengar ugutanku. Dia bergegas keluar dari restoran tersebut.
“ Aku harap.. tak ada apa-apa yang akan menimpaku.. Aku mohon kepada-MU ya ALLAH…” Ucapku perlahan. Aku segera menelefon peguamku sebagai langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi kepadaku.
Setelah berjumpa dengan peguamku , Liyana Maarof.. Aku segera memandu pulang ke pejabat.
“ Honey.. pergi mana tadi?” Danial yang sedang bermain-main dengan patung pooh mini yang aku gantung di cermin dalam bilik pejabatku . Muka Danial kelihatan tenang.
“ You.. can I ask you something?”
“ Anything dear..” Dia menjawab sambil menarikku ke tingkap sambil memandang kereta-kereta yang kelihatan seperti semut di ketinggian ini. Dia memelukku dari belakang.
“ Kirana ada apa-apa hubungan tak dengan you?” Aku bertanya dalam nada yang tenang.
“ Kirana? Ohh! My master! Dia lah yang ajar I bahasa korea…” Danial tersenyum sambil mengeratkan pelukannya lagi. Aku lega. Dari nada suara Danial,aku yakin dia tidak berbohong. Aku tersenyum sendirian. ‘Kirana, desperate sangat ke?’ Ejekku didalam hati.
“ She used to call me Danish.. I like when people call me that name.. So.. I want my you, my baby call me that name,, like this.. ehhemm! Abang danishh…” Dia meleretkan suaranya. Aku ketawa!
“Abang gedik lah hari ni!” Aku mengusik Danial .Aku sengaja menguatkan perkataan ‘abang’.
“ Hheeheh~~ dah okay! Siket je lagi.. Ummm tak nak lah.. kene pilih ! panggil abang atau Danish.. Hmmm.. Panggil Iz pun sedap jugak!” Aku setuju! Aku suka nama Iz!
“ Iz…” Ujarku perlahan.
“ So.. esok kita akan berlepas ke?”
“ Europe! Yeay!!” Sorakku bersemangat. Dia ketawa.
“Suka! “
“ Mestilah..~ hhehe! “
“ Anything for you dear! Fuhh.. banyak kerja nak kena buat hari ini.. Iz dah mintak cuti dah.. Huummm.. Jom balik jom.. nak pergi beli baju , tempah tiket, kemas bagasi.. and makan!! “ Danial memang suka makan! Dia akan bersemangat bila tiba bab makan! Aku menggeleng. Buat masa sekarang aku masih lagi trainee untuk jadi tukang masak, demi Danial. Dan sifuku ialah ibu Danial sendiri. Ibu Danial memang terror bab memasak ni!
“ So, nak kena gerak sekarang ke?”
“ Yup.. jom.. Hari ni Iz bawa kereta khas untuk kita.. hehhe .. kereta yang paling Iz sayang…”Dia mengenggam tanganku sambil mencapai tas tanganku.
Aku ternganga melihat kereta sport berwarna silver yang terparkir dihadapan mataku. Danial tersenyum-senyum sambil menggaru-garu kepalanya. Bugatti veyron! Kereta yang paling aku minati! Sayangnya warna kereta dihadapanku ini tidak berwarna putih. Aku amat meminati kereta yang berwarma putih.
Hadiah hantaran pihak lelaki, Danial telah menghantar sebuah Hyundai Sonata berwarna putih, sesuai untukku katanya. Myvi lamaku telahku beri kepada ibu bapaku.
“Kenapa sayang? Shock? Hehe! Ini untuk kita berdua sahaja, BMW 5 siries tu untuk keluarga.. jom! Dah lama dah Iz tak bawak kereta ni.. buat perkasam! Nanti kalau bawa semua orang cemburu~ hoohhoo” Dia ketawa besar lagi. Aku masih tercengang. Danial membuka pintu untukku lalu memasang tali pinggang keledar di pinggangku sebaik sahaja aku didalam perut keretanya.
Aku tak sangka pula aku akan berpeluang untuk menaiki kereta secantik ini.
“ You pakai ni, yang ni.. ni.. hah! Ni juga.. good for you..” Dah macam perunding imej lah pula Danial ni! semua pakaianku dia yang pilihkan. Yang peliknya aku setuju dengan semua pilihannya. Dia memang pandai memadankan baju! Dari yang besar hinggalah yang kecil.. semua pilihan Danial , aku tersipu-sipu saat Danial melunaskan semua bil. Haiiz!! Buat malu sahaja! Huhu!
“ Okay.. sekarang ni turn Meesha pula pilihkan Iz baju! Jom!” Aku menolak Danial yang sedang menolak troli dari belakang. Dia ketawa terkekeh-kekeh. Suka sangat ketawa!~ tak penat ke? Aku mencebik.
“ Iz.. “ Aku memanggil Danial yang sedang menolak troli sambil menarik bajunya dan menuding jariku ke arah sebuah kedai kasut yang terkemuka. Bersinar-sinar mataku. Hehehe! Mania kasut lah katakan~
Sedang ku sibuk mengacukan kasut tumit tingga berwarna merah saga , mataku tertancap ke telefon bimbit yang sedang Danial pegang, tali strap yang sama dengan Kirana! Aku menjerit , didalam hati. Bagaimana aku boleh tak perasan??
Separuh hatiku mengatkan tidak, tetapi separuh lagi mengatakan ya. Aku keliru. Perasaan cemburuku membunuh kepercayaanku terhadap Danial. Tetapi aku memaniskan muka sebaik mungkin, aku harus mengorek rahsia yang disimpan kemas oleh mereka. Danial hak aku, tiada sesiapa boleh mengambil dia dari aku! Tegasku.
“ Hey! Termenung pula adik abang ni.. “ Tegur Adam yang kebetulan sedang menyelongkar peti sejuk mencari timun untuk di lekapkan di muka putih bersih dia. Tidak hairanlah semua artis lelaki ingin menjaga muka mereka sebaik mungkin. Lagi-lagi kulit muka seperti aku dan Adam, amat sukar dijaga tetapi jarang-jarang jerawat muncul. Itulah kelebihan kami adik-beradik. Ramai memuji kulit muka Adam yang seperti wanita. Haha! Muka dia memang jambu!
“ Tengok! Dia termenung lagi! Penat abang cakap dengan dia ni tau!” Rungut Adam. Aku ketawa menutup malu yang bertandang kerana dari tadi menatap wajah Adam.
“ Hhhee! Sorry abang..Hummm.. abang, Meesha cerita ni jangan beritahu adik ipar kesayangan abang tu tau!” Aku memberi amaran sebelum menceritakan apa yang berlaku.
Satu persatu aku luahkan sambil membantu Adam menghiris timun . Dia mendengar dengan penuh tekun. Sampai jadi drama kerana aku tidak dapat menahan tanggisan. Adam masih lagi mendengar tanpa mengomen apa-apa. Ia membuatku berasa sangat tertekan, aku harapkan kata-kata semangat dari Adam sebenarnya.
“ Dah habis cerita? Dah habis dah air yang nak dikeluarkan?” Adam berjenaka sambil melekapkan sekeping hirisan timun di mata kirinya. Memang menyamankan!
“ Abang! Meesha serius ni!”
“ Ok,ok.. janganlah mengganas! Hehe! Satu je abang nak cakap, percaya lah cakap abang, Danial takkan berpaling atau mencurangi orang yang sudah dia pilih sebagai suri hidup dia.. dia jenis yang loyal lah Meesha..” Adam menyedapkan hatiku. Aku menggeleng.
“ Tapi tak mustahilkan .. Masa tu, hampir 5 minggu kami tak bertegur sapa, Meesha tak tahu langsung apa yang dia buat, dengan siapa dia keluar.. Ada pernah sekali, Meesha terserempak dengan dia depan Starbucks.. Dengan Kirana.. Cuba abang fikir, time tu dia bujang, malam-malam dengan perempuan yang tidak lengkap bajunya.. Siap nampak alur lagi.. kalau lelaki nampak..~ huh~ takkan nak tolak betul tak?” AKu memberi pandangan. Dia tersenyum sambil melayang-layangkan jarinya.
“ Tak semestinya adik oii! Nak tahu tak apa panggilan yang kawan-kawan abang panggil dia dulu?” Aku mengangguk-angguk.
“ Diorang panggil dia gay, because mana-mana dia pergi mesti dengan abang.. And then dia tak pernah pandang seorang perempuan pun kat sekolah tu.. Sampai ada perempuan minta couple dengan dia.. Dia boleh cakap apa tahu.. dia cakap, ‘Sorry, im a gay’ .. Time tu lah kami satu geng ketawa macam nak mati! “ Suasana muram tadi berubah jadi gamat dengan gelak tawa aku dan Adam.
Secara tidak langsung aku mulai percaya dengan kata-kata Adam. Adam memang pakar dalam bab menenangkan orang. Betulkah sifat dia macam tu??
“ Maklumlah, Danial kan kacak, tinggi.. walaupun muka dia tak selicin kita, tapi memang perfect lah… hahah! Sorry ey? Abang just ulang kata-kata sorang ‘sotong’ kat sekolah abang dulu.. haha! Bab muka licin tu abang tambah.. heheh! Dah lah.. Trust me, abang tak pernah nampak dia begitu suka akan seseorang macam dia sukakan Meesha.. So, you must trust him! Okay! Dahl ah..! timun ni dah kering dah.. abang naik dulu ok?” Aku segera mengangguk. Ada sedikit lega jauh di sudut hatiku.
“Abang, boleh tolong Meesha?” Aku meminta pertolongan Adam untuk menyiasat apa hubungan mereka berdua.
“ Tolong apa? Let me guess, you wanna kill that girl eh?”
“ Ehh! Apa abang cakap ni? merapu sahaja! Bukanlah.. just nak mintak tolong abang siasat sikit apa relationship diorang.. tak suka lah that girl asyik nak butt in our relationship… “ AKu merungut lagi.Adam mengangguk-angguk.
“ Memang tu pun abang nak buat.. heheh!” Aku ketawa lalu melambai-lambai Adam tanda ‘menghalaunya dari dapur’ . Heheh!
“ Anyway! Esok korang nak bertolak kan? Hmm… baik-baik tahu kat sana! Jangan menakal! Satu lagi.. try lupakan ‘that girl’ kat sana! Faham?” Aku mengangguk sambil menguap menahan kantuk.
Setelah meneguk segelas susu, aku segera menyusul Adam,ke bilik tidur. Masuk-masuk sahaja dalam bilik tidur, kelihatan Danial sedang enak dibuai mimpi. Aku mengucup pipinya dan menyertai mimpi Danial tidak sampai beberapa minit meletakkan kepala di atas bantal empuk.
Setelah seminggu berada di Eropah , kami akhirnya pulang ke tanah air . Kepulangan kami disambut oleh Adam, ibu bapaku dan juga mertua ku. Walaupun agak janggal apabila semua merenung kami dengan penuh makna, tetapi aku tetap memaniskan muka. Jelas terpancar wajah kepenatan Danial dan aku ketika berjalan menuju ke kereta. Seperti biasa Adam akan menjadi pemandu tidak diupah oleh kami. Hhehe.
Dalam masa seminggu kami di Eropah, hampir setiap hari kami akan tergelak. Aku telah berjaya membuang prasangka burukku terhadap Danial ketika berada disana. Ketika berjalan-jalan di tepi pantai Dubronik, Danial telah memberi satu kejutan untukku.
“ Sayang, malam ni, I nak wat satu pengakuan.. “
“ Ape dia?” Aku menanti dengan penuh debar .
“ Kali pertama kita berjumpa bukan di Malaysia.. tetapi di korea.. time tu sayang kena culik.. dan syiling ni, I saja je simpan.. I nak sangat cari you.. tapi bila dah jumpa you.. you main mata pula dengan Adam… so , I ambil keputusan untuk memendam sahaja perasaan I ni… huuhhuh! Sedih tau!” Aku terpempan! Aku dah agak dari awal! Memang dialah orangnya. Aku memeluk erat Danial sambil menghadap laut yang luas terbentang .
“ Tahu tak dah berapa lama I cari you..? kenapa tak muncul awal-awal huh?” Aku merengus. Dia ketawa.
“I need you , love you..
If your two eyes could always look at me,
I’d like it
Everytime you think at me,
I wish your smile with begin to spread..
If your lips could always call for me,
I like it,
Everytime you call my name,
My happiness will over flow..!” Aku menekup mulut Danial yang sudah mendendang lagu yang diciptanya sendiri. Semua pengunjung pantai Dubronik mulai menumpukan pandangan mereka kea rah kami! Dia menarik tanganku lalu disium syahdu, aku tersipu-sipu..
“oh my love, youre my heart!
I need you you love you,
Love is on its way..
It almost like a dream..
I need you love forever,
I want your love, my love…” Aku menundukkan wajahku menahan perasaan malu bercampur terharu dengan bait-bait kata Danial.
Semua pengunjung pantai tersebut menepuk tangan sambil tersenyum simpul. Babak yang paling mencuit hatiku apabila Danial melambai-lambai kearah pengunjung-pengunjung pantai . Lagaknya seperti Puteri Diana! Hahah!
“Ohh! Thank you! I really appreciate it~ hohhoh!” Dia ni memang sengal!
“ Suka eyyh? Hehehhe! Oh my love… I really love you! “ Dia hampir mengucupku di hadapan semua –pelancong-pelancong disitu. Aku memijak kakinya lalu berlari . Dia mengerang lalu mengejarku. Kami akhirnya terbaring kepenatan. Kami tertawa kegelian apabila meliahat sesuatu yang kelakar.
Memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Aku menatap wajah Danial yang sudah terlelap di atas pehaku. Aku mengurai-urai rambut ikalnya. Walaupun ketika tidur, wajahnya tetap nampak sangat kacak di kaca mataku! Adam yang daru tadi sedang melayan perasaan mencuri pandang kearah kami.
“Iz.. bangun lah.. kita dah sampai.. “ Aku mengejutkan Danial yang masih terlena. Dia terpisat-pisat bangun. Aku mengenggam tangannya erat. Kami membawa semua bagasi-bagasi ke dalam rumah sambil dibantu oleh Adam dan bibik.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, kami segera menekup hidung. Bau bangkai memenuhi bilik beradu kami! Aku mencari punca bau bangkai tersebut. Aku menjerit apabila melihat bangkai 2 ekor ular tedung yang telah di siat perutnya di sebalik katil kami! Danial yang masih kepenatan segera menarik tanganku ke arah bilik tetamu. Aku hanya menurut.
“ Sayang.. tak penat ke? “ Tegur Danial sebaik sahaja selesai membersihkan diri. Aku mengangguk .
“ Takkan Meesha nak tidur dulu.. nanti Iz tinggal sorang-sorang. Hehhe!” Aku memberi alasan sambil mencapai losyen . Perlahan-lahan aku mengurut kaki yang terasa sengal. Danial tersenyum lalu mengangkat kakiku dan diletakkan di atas pehanya. Losyen tadi bertukar tangan. Dia menyapu losyen tersebut di kakiku. Aku tersentuh dengan tindakan Danial.
“ Iz tak penat ke?”
“ Tadi kan Iz dah tidur kejap dalam kereta.. Sayang tuh..dari tadi berjaga.. Kesian sayang I ni..” Dia mengucup dahiku. Dia ni! romantik betul!
“ Iz.. Meesha nak tanya.. you.. ade perempuan lain ke selain dari i?” Aku bimbang sangat perihal Kirana. Sejak pulang ke Malaysia.. masalah itu selalu menghantui aku.. Muka Danial berubah.
“Ape sayang cakap ni? huh? Ni mesti kes Kirana kan? Sayang.. berapa kali I nak terang kan kat you.. She just nothing to me okay.. “ Dia menatap wajahku. Mukanya tegang. Aku menangis.
“ Lah.. asal nangis lak ni? dah tak mau nangis.. nanti dak Adam kate I buli you..” Dia mengelap air mataku. Aku tersedu-sedu. Entah kenapa, aku taidak ingin kehilangan orang yang aku cinta buat kali kedua..!
“ Iz janji.. iz tak akan berpaling?” Aku memegang tangannya yang dari tadi menjamah mukaku. Dia mengangguk sambil tersenyum apabil aku mengukirkan senyuman.
“ Yang pasal ular tadi tu.. ular yang sama lah iz,, yang patuk Iz dulu..” Aku mengimbas kembali kenangan pahitku. Dia mengangguk-angguk.
“ I rasa macam ada yang tak kena .. macam someone nak aniaya kita…” Aku setuju sangat dengan kata-kata Danial.
“ You.. I dah mengantuk ni.. kita tidur jom?” Aku menguap. Urutan Danial memang boleh merehatkan badan. Jika tadi kakiku yang diurut, kini beralih ke bahu kiriku yang sememangnya bermasalah dari dulu. Kata orang , cecair yang terdapat di antara tulang-tulang dibahuku telah habis. Aku sendiri bingung.
“ Kasi I habis urut you punya bahu okay sayang? “ Tangan Danial lincah mengurut-urut bahuku.. Aku tersenguk-senguk menahan kantuk. Dia tersenyum lalu membaringkan aku dan menyelimutkanku. Dia beralih ke sebelah kiri katil. Aku tidur dengan lenanya malam itu.
Azan telah berkumandang di surau yang berdekatan dengan banglo ini. Ia menandakan masuknya waktu subuh. Aku segera bangkit dari tidur, setelah membersihkan badan, barulah aku mengejutkan Danial.
“ You.. bangun.. kita jemaah ya?” Aku mengucup pipinya yang putih bersih. Dia tersenyum sambil mengangguk-angguk. Mengada-ngada.
“ Okay.. kejap.. mate I tak boleh bukak~ huuhuh!” Dia merungut sambil memejamkan matanya. Sengal betul!
“ Iz.. bangun!” Aku meninggikan suara menusik Danial. Dia segera terbangun. Aku ketawa melihat mukanya yang kelat.
Usai solat, aku dan Danial segera membersihkan badan dan bersiap-siap ke pejabat. Danial nampak sangat segak apabila mengenakan kemeja biru dan kot hitam, di lehernya tergantung sehelai tali leher berwarna putih bercarik biru. Hhehe! Semua kerja aku, aku yang memilih baju untuk dia.
“Papa! Mama! Morning! “ Seperti biasa suaranya garau Danial akan memenuhi segenap banglo ini. Ibu bapa Danial tersenyum sambil menggeleng melihat telatah Danial yang kebudak-budakkan. Termasuk aku, aku membimbit beg bimbit Danial. Seperti biasa dia akan memeluk pinggangku.
“ Pengantin baru ni kan? Asyik nak memadu kasih je! Korang ni pergi pindah rumah sendiri. Hari-hari tak de sape nak pandang korang .. dah lah langgar bendul! Kesian abang! “ Rungut Adam yang baru bangkit dari tidur, malam semalam, Adam dan ibu bapaku bermalam di sini, kerana ada kenduri selamat rumah jiran sebelah katanya.
“Mana boleh! Nanti Meesha ni menakal! Hheeh! Kan sayang…?” Dia mengeratkan lagi pelukannya. Tersengih-sengih sambil menyalami tangan Adam. Aku meminta diri ke dapur, ingin menolong bibik menyediakan makanan.
“ Bik.. semalam ada sesiapa tak masuk bilik kami?” Aku bertanya sambil mengulang tayang kejadian semalam di otakku.
0 comments:
Post a Comment