tanda-tanda 100 hari sebelum mati

3:19 AM ---
tanda 100 hari sebelum mati


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka
yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-
akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu
yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah
SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya maut tetap akan mendatangi setiap
makhluk yang bernyawa tanpa diduga waktu
ketibaannya...

wallahualam...