~BuKu kiRa CiNtA~

9:22 PM ---
~Buku KirA cIntA!~
“ Nurul Syaya Aqilah!! Sila selesaikan soalan di hadapan ni..”  Arah Puan Maznah mengarah seraya menghulur kapur kepada  Aqilah. Aqilah terkedu. Terus hilang bayangan putera kacak di dalam benaknya.
‘Arrhhhh!! Macam mana ni! Satu benda pun aku tak tahu pasal add math!! Huuuff…’ Aqilah mengeluh perlahan lalu bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke papan hitam yang berjarak 3 meter dari tempat duduknya.
            Aqilah memegang kapur yang diberi Cikgu Maznah sebentar tadi dengan tangan yang menggeletar. Selaku pengawas, dia harus menunjukkan sifat baik dan sentiasa tampil dengan penuh keyakinan. Tetapi, bila berhadapan dengan Cikgu Maznah, serta merta keyakinannya hilang.
            Sejak dari tingkatan 2 , matapelajaran matematik adalah matapelajaran yang paling susah buatnya. Dia mendapat gred yang baik bagi semua matapelajaran kecuali matematik. Semua guru-guru pelik dengan pencapaian Aqilah.
            Bagi mereka, Aqilah seorang murid yang baik, patuh akan arahan guru, sentiasa menghormati guru. Tetapi, tiap-tiap masa matematik Aqilah pasti akan melakukan kerja lain bagi menghilangkan kantuk. Apabila di tanya mengapa, Aqilah akan memberi pelbagai alasan.
            Dalam badan pengawas pula, Aqilah kebiasaannya akan bercanggah pendapat dengan Muhammad Haris Aysraf bin Dato Hashim yang memegang jawatan ketua pengawas. Selaku penolong ketua pengawas, Aqilah sentiasa ingin menegakkan pendiriannya. Baginya, pengawas harus tegas, tetapi bagi Haris, pengawas harus santai tetapi mengikut tempat.
            Cara pemerintahan Haris membuat ramai pengawas-pengawas bawahannya suka akannya. Bagi kalangan guru-guru, mereka lagi suka akan cara Aqilah memerintah. Tegas dan adil. Aqilah sering menjadi kebanggaan guru-guru dengan pencapaian akedemiknya yang cemerlang kecuali matematik. Selain itu, Aqilah amat aktif dalam acara-acara balapan seperti, lontar peluru, lari 100 meter, lempar cakra dan macam-macam lagi. Di rumahnya tersusun pelbagai trofi dan medal hasil kejayaannya.
            Bagi Haris pula, dia lebih cenderung dalam bidang perdebatan. Dia amat suka menyertai pelbagai pertandingan-pertandingan yang berunsur debat. Kelancangannya membuatkan pihak lawan terkedu dalam dewan debat. Dia juga seorang jaguh sekolah dalam bola keranjang. Haris yang berketinggian 184 centimeter tinggi melayakkannya menyertai pasukan bola keranjang sekolah. Manakala akedemiknya amat membanggakan. Haris amat menyukai matapelajaran matematik . Ini membuatkan hubungan Haris dan Aqilah ‘ panas’ !.
“ Hah! Tak boleh lagi ke? Awak ni! saya perlu terangkan berapa banyak kali lagi? Setakat cemerlang benda lain pun tak guna juga, kalau matematik hancur!” Cikgu Maznah ‘sound’ lagi.
‘Dush! Bam! Dush! Adoii! Mati! Mati aku kena tembak~’ Aqilah menggeleng-geleng melayan kata-kata hatinya.
“ Awak ni memang tak ada minat nak belajar agaknya… saya….”
‘Kringgg!!’ Loceng rehat berbunyi. Aqilah seolah-olah ingin melompat. Semua rakan-rakannya melonjak gembira. Begitulah reaksi mereka bila waktu rehat menjelma.
“ Awak selamat kali ni…” Cikgu  Maznah mengemas barang-barangnya lalu berjalan keluar. Aqilah  sudah sedia maklum bahawa, pengetua ingin mengumpul semua cikgu, mesyuarat tergempar.
‘Fuhh.. selamat! ‘ Aku mengeluh perlahan.
“ Awak jangan fikir awak dah selamat! Saya akan pastikan awak tak akan terlepas minggu depan..” Cikgu Maznah sempat memberi amaran kepada Aqilah.Aqilah terpinga-pinga.

“ Benci! Benci! Benci!” Aqilah menconteng buku kosong matematik dengan perkataan ‘benci’. Kawan Aqilah, Maria ketawa terbahak-bahak melihat telatah Aqilah yang keanak-anakkan.
“ Weyh.. Aku ade satu idea.. apa kata kau cari kawan pena.. Lepaskan geram..” Maria memberi cadangan kepada Aqilah. Aku mencebikkan bibirnya seraya memandang Maria yang tersengih-sengih.
“ Lambat lah.. nak pos-pos surat ni..Kau tahu kan aku ni bukan suka kerja yang lambat-lambat ni!” Aqilah memprotes. Maria tersengih lagi.
“ Aku dengar.. Dekat tempat kita duduk ni.. Biasanya ada seorang mamat hensem duduk. Memang tempat rasmi dia.. Kita biasanya ambil bas trek pertama,tapi dia ambil bas trek kedua.. Apa kata, kau tulis apa yang kau nak kat dalam buku tu, lepas tu.. kau gantungkan dekat tepi tingkap ni hah..! Mana lah tahu sangkut..” Maria memberi cadangan.
“ Kate arr kau nak carikan pakwe untuk aku..” Aqilah bersuara perlahan sambil membuang pandang keluar tingkap. Kenangan dua tahun lepas disimpan kemas di dalam otaknya. Kenangan yang menyakitkan.
            “ Senior.. terimalah.. “ Aqilah menyerahkan surat cintanya kepada senior yang dipujanya.Siang malam wajah seniornya menyerang ketenangannya. Wajah kacak yang tidak dapat dilupakan.
“ Apa ni? surat cinta ke?” Aqilah masih bersabar dengan nada suaranya yang seolah-olah mengejeknya. Sebaik sahaja seniornya membaca bait-bait kata di dalam surat itu, dia ketawa terbahak-bahak. Aqilah yang sedang melangkah menuju ke kantin serta merta terhenti.
“ Hey gemok! Cayalah ayat kau!ketawa aku!” Seniornya memperlekehkan dia sambil melayang-layangkan surat itu ke udara. Aqilah terpaku. Sebaik sahaja semua berkumpul mengerumuni seniornya , dia segera berlari masuk ke tandas. Maruah yang selama ini dijaga jatuh begitu sahaja kerana badannya yang gemuk.
            Sejak dari itu, dia tidak berani lagi bermain dengan cinta. Dia tidak mempercayai lelaki langsung. Baginya semua lelaki tidak guna. Terlalu banyak air matanya dibazirkan untuk lelaki. Terlalu banyak luka yang tercarik di hatinya yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.
            Sejak dari itu juga, dia telah berazam untuk kurus. Dan usahanya selama 2 tahun ini membuahkan hasil. Dia bertambah cantik. Wajahnya semulajadi cantik tanpa dioles dengan sebarang alat solek.
“ So kau nak tak ni?” Maria bertanya lagi. Serta merta Aqilah ‘pulang’ ke alam nyata. Aqilah menggeleng perlahan.
‘ Aku benci hidup! Benci lelaki! Benci maths!!’ Ayat itu tercatat di dalam nota kosong matematik yang dipegangnya. Maria merampas lalu mencapai gam dan tali yang digunakan untuk kerja seni. Dia menggantung buku tersebut di tingkap bas. Aqilah menggeleng.
“ Apa-apa saja lah.. aku malas nak ambil port.. kalau dia balas .. kau balas lah balik.. aku malas..”  Ujar Aqilah. Maria tersenyum sambil mengangguk.
“ Aku tak yakin dia balas..” Aqilah menyambung lagi bagi melemahkan semangat Maria yang berkobar-kobar.
“ Tak kisah!” Dia menjawab pantas. Aqilah bengang dengan perangai kawan baiknya sendiri.

“Hmm.. Ni tambangnya…terima kasih..” Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut, Haris segera menuju ke tempat kegemarannya .
“ Oh! Apa ni?” Dia membuka buku yang tergantung di tingkap bas.Satu persatu muka surat dibuka.
‘Benci! Benci! Benci! Aku benci hidup! Benci lelaki! Benci maths!!’  Haris tergelak.
“Siapa pulak yang luah perasaan kat sini, ni? “ Dia menyelak lagi kulit buku tersebut. Tiada nama. Dia ketawa lagi. Entah kenapa hatinya bagai digeletek.
            Haris menahan tawanya apabila terlihat gadis-gadis yang baru menginjak usia remaja tersenyum senyum melihatnya. Dia terus mengeluh. Muka bujur sirih, bermata hazel, mempunyai bibir yang kecil dan berlekuk di tengah-tengahnya dicampur dengan badannya yang sasa, berkulit putih bersih, sudah cukup membuat sesiapa sahaja tertarik dengannya.
“ Haii..” Tegur seorang gadis genit. Tudungnya dipendekkan hingga menampak asetnya. Kain pula seperti mangsa banjir. Memakai celak yang tebal. Tetapi bila diamati, gadis dihadapannya sememangnya dilahirkan sebagai seorang yang sempurna, mata yang bundar menambah cantikkan wajah yang putih gebu itu.
            Tetapi, bagi Haris, kecantikkan hanya sementara. Apa yang penting ialah hati budi seseorang itu. Gadis yang berada di sebelahnya tidak diendahkah sebaik sahaja dia menyapa gadis itu dengan perkataan ‘hai’. Haris sibuk mengamati buku yang berada ditangannya.
‘Hai! Penulis misteri~ benci maths ke? Anyway I love maths very much! Nice to ‘meet’ you in this book~’  Haris tersenyum-senyum.
‘Harap-harap dia balas!’ Haris berharap. Gadis yang berada di sebelahnya segera kembali ke tempatnya sabaik sahaja melihat teman lelakinya masuk ke dalam bas. Haris menggeleng.
“ Satu tak cukup ke?” Dia tersenyum-senyum lagi melihat buku yang digenggam ditangannya. Memang aneh, ada satu perasaan yang tidak pernah dia rasai sebelum ini menyelinap di dalam hatinya. Ia seolah-olah menggamitnya supaya mengorek lagi maklumat gadis misteri itu.

“ Ma! Ma! Ilah dah balik!” Aqilah menjerit. Ibu Aqilah yag berada di dapur mengusap-usap dadanya.
“ Iye… dah pergi tukar baju.. Solat, lepas tu turun makan..!” Arah ibu Aqilah, Puan  Salmah. Aqilah mengangguk lalu berlari naik ke loteng. Ibunya menggeleng.
“ Suke je dia hari-hari..” Ujar Puan Salmah sambil tersenyum Di muka Aqilah sentiasa tersenyum, tetapi hatinya meronta-ronta, menangis sendirian, tiada sesiapa pun tahu betapa susahnya untuk mencapai pencapaiannya pada hari ini.
            Setelah menjamah nasi ayam yang khas dimasak untuknya, dia segera menukar pakaian setekah teringat bahawa, dia perlu menghadiri perjumpaan pengawas petang ini.
‘Macam mana aku boleh terlupa?’ Dia memarahi dirinya yang lalai!
“ Mama!! Ilah pergi dulu!! Bye!” Dia menjerit dimuka pintu seraya berlari menaiki motor Maria. Kebetulan Maria juga ada aktiviti kokurikulum di sekolah.
“Weyh! Aku dah lambat ni! rempit arr sikit!” Aku menguatkan suara . Maria mengangguk . Beginilah gaya kami jika terlambat ke sesuatu perjumpaan atau aktiviti kokurikulum.
            Haris memulakan sesi perjumpaan kami dengan ucapan yang santai dan berhemah. Kadang-kala Aqilah akan mencemburui kelebihannya yang dapat menarik orang lain mendengar kata-katanya. 
“ Saya just nak tegur bahagian tugasan sahaja… umm.. siapa yang ditugaskan menjaga pagar utama  di bawah?” Seorang pengawas mengangkat tangan. Aqilah Cuma memerhatikan sahaja gaya Haris yang begitu santai di matanya.
“ Hummm.. kita dah dapat arahan baru.. kalau kamu nampak sahaja pasangan kekasih  yang berkelakuan terlampau di situ, cepat-cepat catatkan namanya atau kecam muka dia..taw! kita cekup dia ramai-ramai!” Kata-kata Haris disambut oleh ketawa dari semua pengawas. Termasuk Aqilah.
“ Saya dengar, baru-baru ni .. Ada pengawas yang hampir nak kena rogol dengan budak-budak luar yang ada aktiviti sukan di sekolah kita ni.. Jadi! Saya syorkan kita ramai-ramai pakai benda ni.. kalau lelaki , saya tak kisah, tapi kalau pengawas perempuan bahaya sikit” Haris mengeluarkan pula penyembur lada hitam dari dalam poketnya. Sekali lagi dewan tersebut gamat dengan gelak tawa.
“Iye, iye.. saya tahu kelakar.. Kalau ada sesiapa yang nak order, boleh tulis nama kat sini.. Esok dapat! Ingat! Jumpa je orang yang rasa-rasa mengancam kamu~ terus bagikan aje! Okay” Dia mengenyitkan matanya. Pengawas lelaki semua ketawa sambil tersengih-sengih.
“Okay! Sekarang ni! Semua tulis ramai-ramai nama kat sini..!” Haris menggamit semua pengawas datang menulis nama di atas sehelai kertas putih.
“Huurrmm! Satu lagi! Saya nak tanya..! Kamu semua nak pergi bercuti di mana hujung tahun ni.. tahun lepas, kita dah melawat  Thailand, siap ada yang hilang! Tahun ni kita nak pergi mana pula?” Haris bertanya.
            Kebetulan, guru penasihat badan pengawas ada bertanya lokasi percutian mereka kali ini. Dia terpaksa menyediakan surat permohonan awal kerana tahun pengetua bermurah hati untuk membiaya badan pengawas bercuti.
“ Indonesia!!” Jerit sekumpulan pengawas. Aqilah mendiamkan diri.
“ Sarawak…” Aqilah bersuara perlahan. Tetapi suaranya tenggelam dalam jeritan pengawas-pengawas yang ghairah menyatakan tempat percutian.
“Kita tanya penolong saya jom!” Aqilah terkedu. Haris tersenyum sambil mengangguk.
“ Saya? Huurrmmm.. Kita pergi Sarawaklah.. Boleh mandi-mandi plus snorkeling kat sana.. lagipun saya dengar penggemar seafood selalu berkunjung ke sana..” Aqilah meneguk air liur. Semua pengawas mengangguk-angguk. Respon baik!
“ Betul juga! Kita boleh bermalam kat sana beberapa hari… hurrmm! Okayh!! Sarawak!! Setuju?” Semua bersorak. Aqilah tersenyum lega. Hari yang bertuah baginya.
            Aqilah jangkakan hari ini, dia tidak perlu bertegang urat dengan Haris.Rupa-rupanya percanggahan pendapat mereka semakin kronik!
“ Bukan macam ni.. kita patut letak budak ni kat sini!” Aqilah membantah cadangan Haris lagi.
“ Tapi dia perempuan! Kita letak dia dekat sini!”
“ Dekat sini lagi bahaya! Dia perempuan, apa-apa sahaja boleh berlaku! Cuba lah fikir sikit!” Aqilah merenung tajam mata Haris, Haris juga melakukan perkara yang sama.
‘Dup,dap! Dup, dap!’ Jantung masing-masing berdegup kencang. Aqilah memalingkan mukanya. Haris memegang dadanya yang berombak.
“ Kau.. kau decide.. aku pergi toilet..” Haris bersuara lalu berjalan menuju ke tandas. Aqilah terkaku. Dia juga memegang dadanya yang kian sesak.
“Kenapa dengan aku ni???!” Dia memukul kepalanya sedikit kuat. Berharap bahawa apa yang terjadi sebentar tadi tidak pernah terjadi.
“ Okay.. Sekarang.. akak bacakan senarai tugasan korang…” Aqilah berjalan ke hadapan dewan. Kakinya menggigil. Dewan yang sedikit tinggi itu dipanjatnya dengan mudah. Mujurlah dia memakai selaur sukan.
“ Hafiiz Zaki.. Awak bertugas dengan Alia mahmood di pintu utama pagar sekolah.. “Dia menarik nafas sebentar.Dan menyambung kembali tugasku. Mereka mencatat segala pesanan dan arahan Aqilah.
            Aqilah memaut palang besi di sebelahnya untuk turun.
‘Plakk!’ Palang besi tersebut tercabut. Dia terjerit lalu menyembah bumi. Sebelum jatuh, dia sempat menutup mukanya dengan tangan. Bimbang mukanya akan cedera.
“Oucchh!” Dia mengerang sedikit. Haris yang sedang memegang jantungnya sambil membuat muka ‘blur’ serta merta jadi ‘bright’ bila melihat Aqilah jatuh.
“Woi! Kau okay tak ni!” Dia memegang pergelangan kaki Aqilah yang membengkak. Aqilah menepis.
“ Woi! Bukan muhrim!” Aqilah memarahinya. Dia memaut rakan-rakan pengawas yang kebetulan berada disitu. Haris sedikit kesal dengan sikap dingin Aqilah. Kaki Aqilah yang bengkak ditatapnya lagi. Dia mengepal tangannya.
“ Akak baliklah .. urut kaki ni.. nanti kalau berlarutan macam ni buruk padahnya. Aqilah menepuk kepalanya.
“ Rin! Akak lupa! Akak ada pertandingan hujung minggu ni.. rasa-rasanya boleh sembuh tak?” Aqilah bertanya. Jika keadaan ini berterusan, pasti dia dilarang menyertai pertandingan balapan! Dia tidak boleh melepaskan peluang merangkul piala tahun ini!
“ Kalau akak selalu urut, boleh kot… tapi tak jamin.. sebab kaki akak dah bengkak tu!” Aqilah tersenyum hambar.
“ Tak apa.. akak yakin akak boleh..” Aqilah tersenyum lagi . Dia masih memaut bahu Riana. Maria membawanya pulang tak lama selepas itu.

“ Weyh!!! Dia balas!!! “ Maria menjerit. Aqilah mengangguk-angguk perlahan. Malam tadi suaranya telah hilang apabila bapanya mengurut kakinya. Jadi dia bercadang untuk tidak banyak bercakap hari ini.
“Yelah..” Aqilah membalas perlahan. Dia mencuri pandang nota yang ditinggalkan.
‘Hai! Penulis misteri~ benci maths ke? Anyway I love maths very much! Nice to ‘meet’ you in this book~’   Aqilah tersenyum simpul.Dia mengambil buku tersebut dari tangan Maria.
“ Kata tak minat?” Maria menyindir. Aqilah tersengih-sengih. Dia mengeluarkan pen yang sentiasa berada di dalam koceknya.
‘ Hye… hurrmmm.. semalam hari paling malang saya!! Hhuhuuh!! Kaki terseliuh!~ tak cukup tu kena dera dengan ayah time dia urutkan kaki semalam.. uhhuk! Hurrmmm.. anyway.. semalam, ada budak sempoi buat saya rasa satu perasaan yang tak pernah saya alami sebelum ni! apa dah jadik?? Saya tak suka dia! Hhuhhhu~’ Aqilah meluahkan semua perkara yang mengganggu benaknya sejak semalam.
“ Luah perasaan nampak? Best?” Aqilah mengangguk-angguk lalu tersengih-sengih.
“ Aku nak dia jadi ‘kawan pena’ aku~ heheh!” Aqilah bersuara ceria. Walaupun suaranya sekejap timbul dan sekejap tenggelam.
“ Okay lah tu.. kau kan asyik moody je.. mana tahu buku ni boleh jadi peneman kau ke… Hah! Jangan lupa! Nanti suruh pakcik yang kutip tambang tu pass kan dekat dia, kalau buku ni hilang… punah lah harapan kau~ haha!”  Aqilah turut tersengih lalu menutup buku nota itu dan diserahkan kepada pengutip tambang basnya.
“ Pakcik.. nanti tolong beri kepada lelaki yang selalu duduk kat sini ya? Yang lelaki tau! Bukan perempuan.. kata orang dia kacak.. … okay? Terima kasih!” Aqilah meminta tolong dan diakhiri dengan ‘peace’ . Pakcik tersebut tersenyum lalu mengangguk.

“ Dik! Dik! Nah buku ni untuk kamu, ada seorang budak perempuan beri. “ Haris memandang buku nota matematik itu seraya buku itu bertukar tangan. Setelah mengucapkan terima kasih, Haris segera mengambil tempatnya.
            Dia menyelak-nyelak buku tersebut. Mencari balasan dari gadis misteri. Gadis misteri itu membalas sapaannya dengan jawapan yang sungguh mengejutkan!
‘ Dia.. Ni Aqilah! Semalam, dia terseliuh, mamat sempoi tu aku~ and perasaan pelik? Dia rasa macam apa yang aku rasa ke?’ Haris menggumam sendirian . Dia masih lagi terkejut. Dia mengambil keputusan untuk menyamar sebagai orang lain.
‘Apa ?? kaki awak terseliuh?? Macam mana boleh kena..?? Saya pula yang risau~ ehhe!! ^^.. anyway, apa yang awak  rasa dengan budak sempoi tu? Saya pun sejak kebelakangan ni.. perasaan saya dekat seorang minah ni, macam dah berubah.. tiap-tiap kali bertentang mata, pasti jantung saya macam nak lari keluar. Binggung!! Hhuhuh~~ anyway, saya happy awak balas sapaan saya~ ^^ ~ . Nah! Saya kasik lolipop~ makan taw! Kata orang kalau makan lolipop~ gerenti baik! .>.< ‘
            Haris tersenyum-senyum. Entah kenapa dia rasa sangat gembira bila dapat mengenali diri Aqilah yang lagi ‘sebelah’. Dihadapannya, Aqilah seorang yang dingin, degil, tegas dan sentiasa bersikap pentingkan diri. Jarang-jarang dia dapat mendengar luahan hati Aqilah. Sepanjang hidupnya, hanya sekali sahaja Aqilah tersenyum dihadapannya, itu pun atas arahan guru penasihat pengawas yang mengusik mereka ketika itu.
            Pada saat itu hati masing-masing sudah terusik. Tetapi kerana ego, mereka menidakkan perasaan itu. Hanya satu sahaja prinsip hidup mereka yang ada persamaan antara satu sama lain, iaitu, cinta monyet tidak bawa kemana-mana! Itulah prinsip yang dipegang oleh mereka.
            Haris menyelitkan lollipop berbentuk epal di celah buku. Di atas plastik lollipop itu, dia melukis ‘smiley’ yang sedang menunjuk symbol ‘peace’. Setelah puas dengan hasil kerjanya, dia menyerahkan kembali buku itu kepada pakcik pengutip tambang.
            Sebaik sahaja bas berhenti di perhentian bas, dia bergegas menuju ke kelasnya. Dia ingin melihat wajah ayu Aqilah sebelum memulakan satu lagi hari yang memenatkan di sekolah.
            Bagi sesetengah remaja, mereka akan menyukai seseorang secara diam-diam sebagai pemangkin untuk mereka ke sekolah. Haris menggeleng lagi.
‘Apa aku dah fikir ni!! haizz! Haris.. kau tak suka dia… betul! Kau tak suka dia.. ia cuma adab.. ya adab.. semalam kan dia jatuh.. mestilah kena kasihan..’ Sekali lagi hari menidakkan perasaan yang mulai bercambah.
            Begitu juga apa yang terjadi kepada Aqilah, dari jauh dia sudah memerhati Haris yang baru turun dari bas hinggalah hilang ketika menaiki tangga menuju ke kelasnya. Sebaik sahaja Haris terpacul di tepi balkoni, dia segera berjalan terhincut-hincut ke meja belajarnya.
“ Aqilah..Selesaikan masalah ni..” Cikgu Maznah menyerangnya lagi. Peluh dingin mula merenik di dahinya. Haris yang memerhati dari tadi tersengih-sengih melihat gelagat Aqilah yang seperti ayam berak kapur.
            Satu minit, dua minit, tiga minit, masih sama, tiada apa yang tercatat di papan hitam. Aqilah bengang dengan otaknya. Dia mengetuk kepalanya sedikit.
‘Cepat lah keluar idea wahai otak!’ Aqilah menggumam perlahan.
“ Cikgu! Saya rasa saya nak cuba lah.. cikgu tak pernah pun panggil saya.. saya kecil hati tau!’' Tiba-tiba sahaja rakannya, Shahrizal, menghulurkan ‘bantuan’ kepadanya. Aqilah masih terpacak di situ. Haris memandang Shahrizal tajam. Cemburu mula menular.
“ Ohh! Rizal.. Ok.. Huurrmm.. Aqilah, sila jumpa saya balik ni.. kita buat revision balik dari awal..” Aqilah segera mengangguk lalu kembali ke tempat asalnya.  
“Thanks aww..” Aqilah berterima kasih dengan Shahrizal yang telah menyelamatkannya. Shahrizal tersengih-sengih.
“ No hal~ pengawas yang tak pernah senyumm…..” Dia menyindir Aqilah sambil menayangkan muka blur. Aqilah ketawa terbahak-bahak. Haris terkejut. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Pertama kali dia melihat Aqilah ketawa.
“ Weyh!Cantik sehh kalau kau ketawa! Nampak cute.. Huurrmmm.. Setakat ni, ada kosong lagi 3, nak jadi awek aku tak!?” Aqilah mematikan gelaknya sambil memial lengan Shahrizal yang tidak berisi.
“ Ahhh!! Okay! Okay!! Taubat! Taubat!” Aqilah menyambung tawanya apabila melihat muka Shahrizal yang kelat. Akhirnya Shahrizal turut serta dalam aktiviti ketawa yang dicipta Aqilah. Pertama kali Aqilah menunjukkan sikapnya yang sebenar di hadapan semua orang. Semuanya hasil kerja menyakat Shahrizal.
“ Anyway.. Zal.. Umm.. Hujung minggu ni, ingat tau! Kita ada perlawanan dekat S.M.K Convent. Semua budak cina.. Siaplah kita kena tindas..” Aqilah berubah serius.
“ Alaaa.. Budak cina bukannya besar.. Pijakkan aje!” Aqilah tertawa lagi. Shahrizal tersenyum sambil memerhati raut wajah Aqilah yang nampak sangat menawan ketika ketawa.
‘Kenapalah sebelum ni dia tidak pernah ketawa.. awal-awal kalau dia senyum macam ni, dah lama aku cekup..’ Bisik hati Shahrizal. Haris masih lagi menjadi pemerhati setia adengan yang menyakitkan hati di hadapannya.
“Okay.. Okay… Aku dah sakit perut ni! Nanti perut aku terkehel kau tanggung.” Aqilah memberi amaran dalam nada lawak.
“ Iyalah! Cik Moody, saya minta diri dulu..” Shahrizal  segera pulang ke tempatnya manakala Aqilah sudah menghilangkan diri ke kantin untuk mengisi perut.
            Pengawas biasanya akan rehat lebih awal dari pelajar biasa kerana, pengawas perlu bertugas sebaik sahaja loceng rehat berbunyi.
            Keadaan Aqilah membuatkan dia berasa tidak selesa dengan keadaannya. Terpaksa menghadkan pergerakannya.
‘Aku harap, kaki ni boleh pulih dalam masa 3 hari je lagi! Amin!’ Aqilah bersuara lagi didalam hati buat kesekian kalinya.
‘Pak..’ Haris menghulurkan sepinggan nasi ayam kegemarannya yang masih berasap di hadapannya.Aqilah terpinga-pinga. Air liurnya mulai mencurah-curah. Haris berpura-pura tersenyum untuk menutup rasa cemburunya.
“ Makanlah.. aku belanja.. “ Haris bersuara sambil mengambil tempat di hadapan Aqilah. Aqilah mulai rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.
‘Tudung aku okay ke? Hummm.. aku berpeluh lah pula..’ Gerutu Aqilah di dalam hati.
“ Ummm.. apa angin kau belanja aku ni?” Aqilah bersuara akhirnya. Haris mendiamkan diri sambil tersenyum.
‘Dia ni! senyum, senyum, dah tak ada suara eyh abang oii?’ Tetapi kata-kata itu hanya dilontarkan didalam hatinya. Aqilah memandang Haris dengan pandangan tidak puas hati.
“okay fine! Aku just nak belanje je..kenape? Tak boleh ke?” Haris menduga.
“ Tak arr.. Its okay.. Tapi, just pelik. You know.. Kita tak pernah pun sehaluan, tak sekali pun pendapat kita sama.. so aku rasa kau macam benci aku je..” Luah Aqilah sambil mengeluh.
“ Weyh.. Kita ada masa lagi 10 minit tahu tak? Nanti kena sound dengan Cikgu Ibrahim , padan muka.. “ Aqilah segera menyantap nasi ayam di hadapannya. Haris memerhati gaya Aqilah semasa makan.
‘Kenapa lah dia ni nerd sangat… cute tapi menakutkan.. ‘ Haris mengeluh.
            Sesudah makan, Haris menolong Aqilah dengan membawa pinggannya ke besen yang disediakan untuk mengisi pinggan kotor.
“ Thanks! “ Ujar Aqilah. Dia menghadiahkan Haris segaris senyuman. Haris ketawa.
“Okay.. no problem… k lah aku gerak dulu.. bye!” Haris mencapai buku notanya lalu bergegas ke tempat tugasannya. Manakala Aqilah perlu berada di situ untuk mengawas suasana di kantin. Dengan kaki yang masih berbalut, Aqilah memulakan kerjanya dengan berdiri di dalam kawasan  lelaki.

( Jumaat, Hari sukan sekolah)
            Kaki Aqilah mulai beransur pulih. Tetapi, peritnya masih terasa. Hari ini, dia terpaksa memaksa kakinya berlari. Dia memandang padang yang masih kosong. Padang dipenuhi dengan khemah-khemah rumah sukan. Aqilah mewakili rumah berwarna biru.
            Selepas acara larian tamat, dia akan menyertai sukan lempar  cakra. Dan selepas itu barulah Aqilah dapat menarik nafas lega. Tetapi keadaan kakinya amat membimbangkan.  Dia menggeleng lagi. Kebiasaannya dia akan duduk termenung di tepi padang untuk mencari kekuatan.
“Aqilah! You can do it.. It just a small matter.. Just a small matter.. okay! Fighting!” Aqilah meniup semangat di dalam dirinya. Begitulah tabiatnya sebelum menghadapi sesuatu.
“Okay!” Dia bangkit lalu berjalan menuju ke tapak perhimpunan. Setelah mengambil kedatangan, mereka bergerak ke padang. Aqilah menukar baju di bilik persalinan dan bergegas ke khemah rumah bendahara, mewakili kumpulan biru.
“ Okay.. ! Aqilah.. Rizal, Yusri, Aziera.. Awak akan memulakan acara, iaitu lari yang pakai baton tuh.. ingat.. kalau tak boleh jangan paksa diri okay! Semua.. ! Fighting!! “ Aqilah dan lain-lain juga turut bersorak.
“Wehh.. Kau boleh tak ni?” Shahrizal bertanya. Aqilah segera mengangguk. Dia mengetatkan tali kasutnya. Gaya Aqilah ketika ini tidak ubah seperti atlet. Shahrizal mengambil tempat disebelahnya.
“ Aku okay.. Just.. Aku takut lah Zal.. Kalau aku kalah .. Mati aku..” Shahrizal tergelak. Dia memakai kasut sukannya yang berjenama Adidas sambil mencapai air 100 plus di atas kerusi kayu.
“Aku tak kisah kalau kalah.. at least kita cuba. Tapi yang aku takut kecederaan. Kalau sekali dah cedera, percayalah cakap aku, tiada jalan pulang bagimu lagi! Uhhuh!” Dia berseloroh. Aqilah meneguk air liur sambil memandang kaki kanannya. Dia tersenyum. Tiba-tiba otaknya memainkan ingatannya 3 hari lepas semasa di dalam bas.
            Hubungannya bersama ‘Hamskey’ iaitu Haris semakin mesra dari biasa. Sejak Hamster memberinya lollipop. Hamskey juga ada menyatakan kebimbangannya.
‘Serius ke? Awak jangan, nanti kalau apa-apa jadi dekat pergelangan kaki tu.. habis awak.. silap-silap awak dah tak boleh menggondol apa-apa pingat lagi.. Aiiyookk~~ tak tahu! Saya harap awak tariklah diri, saya risau lah!’
            Aqilah tersenyum-senyum apabila teringat nota yang Hamskey tinggalkan untuknya. Hari-harinya semakin indah. Tetapi, kalau boleh, dia tidak ingin menaruh harapan yang tinggi! Bimbang terluka lagi.
“ Tengoklah aku cakap dengan dia , dia dah macam orang angau tersenyum-senyum..Dah tak ada kerja ehh? Ke kau dah ada buah hati?” Shahrizal megorek rahsia. Aqilah segera menggeleng.
“ Mana ada.. aku single and available lagi tahu!” Aqilah menyekel kepala Shahrizal .Shahrizal ketawa. Dia meneguk air 100 plus sehingga habis sebelum nama mereka berempat dipanggil bersedia di tempat masing-masing.
“ Kau ambil baton ni.. duduk kat tempat first ni.. apa-apa hal, kami boleh cover untuk kau~ okay? “ Aqilah mengangguk lalu mengikat pergelangan kakinya dengan kain putih. Ia dapat mengurangkan kesakitan.
“ Okay! Set!” Semua peserta sudah bersedia termasuk Aqilah.
“Insya Allah boleh..”Ujarnya sebelum wisel di bunyikan.
            Langkah pertama cukup memeritkan, dia memaksa dirinya untuk berlari lebih laju daripada pesaing-pesaingnya. Akhirnya baton berjaya berpindah ke tangan Aziera. Aziera memecut. Aqilah terduduk. Dia membuka balutan di kakinya. Pergelangan kakinya membengkak.
“Baru nak baik!” Aqilah merungut lalu menggagahkan dirinya untuk bangun. Shahrizal yang berada di seberang memecut hingga ke garisan penamat. Aqilah dan penyokong-penyokong yang lain bersorak.
            Aqilah berjalan terhincut-hincut ke khemah rumah sukannya. Haris yang berada di pondok bulan sabit merah berlari menuju ke arah Aqilah. Belum sempat dia menolong Aqilah, Shahrizal terlebih dahulu memaut bahu  Aqilah ke khemah rumah sukannya.
“ Cehh!” Haris kecundang lagi. Nazrin yang berada di pondok bulan sabit merah mentertawakannya.
“ Kecewa bang? Hahha~”
“ Diamlah… Frust arr macam ni.. Kau tahu tak.. Sepanjang aku sekolah sini, aku pernah nampak dia senyum 2 kali saje tahu? Tapi dak Shah siap dapat tengok dia ketawa lagi.! Aku jelouse ni!”
“ Tu lah kau.. Asyik gaduh dengan dia je… tengok dak Shah tuh.. Even dia suka mengusik, tapi ramai girl think he’s so sweet~ silap-silap Aqilah pun sangkut.” Semakin galak Nazrin mengusik Haris.Haris mencebikkan mukanya.
            Cuaca yang panas membuatkan suhu kemarahannya terlebih sedikit. Lagi-lagi Nazrin cuba memperkecilkan keupayaannya untuk memikat Aqilah.
“ Tak ape.. Aku ada alternatif lain.. Just wait and see…” Ujar Haris perlahan sambil tersengih. Nazrin menjalankan tugasnya yang tergendala sebentar tadi.
“ Kejap lagi kita ada perlawanan persahabatan dengan sekolah Tun Mutahir kan? Huurrmmm.. Kita pergi tukar baju jom.. Lagipun aku lapar ni!”  Nazrin bersuara. Haris yang dari tadi asyik memerhati Aqilah dari jauh tersentak dengan teguran Nazrin, lagi-lagi Nazrin tiba-tiba memegang bahunya.
“ Kejaplah.. aku nak tengok dia okay ke tidak… “ Haris bersuara pula. Nazrin tersengih.
“ Aku dapat satu akal best! Apa kata kau kasi dia ni!” Dia menghulur plastik yang dipenuhi ais kepada Haris . Haris memandang Nazrin.
“ Giler kentang! Kenapa aku  tak terfikir!” Haris menyambar plastik yang penuh dengan ais tersebut dari tangan Nazrin. Terkekeh-kekeh Nazrin ketawa. Sah kawan dia sudah angau.
“ Jom!” Nazrin berjalan sambil dibuntuti Haris.
            Sampai sahaja di khemah rumah biru, Haris terkejut melihat kaki Aqilah yang membengkak. Aqilah menggigit-gigit lollipop menahan kesakitan apabila kakinya dipicit oleh gurunya. Shahrizal sudah menghilangkan diri mencari air 100 plus di kooperasi.
“ Hah! Baru nak panggil… datang pun kamu..” Cikgu Aisyah menegur Haris dan Nazrin yang sedang terpacak di belakang Aqilah. Haris tersenyum lalu mengarahkan Nazrin mengambil peti kecemasan. Nazrin hanya menurut.
            Dia mengambil alih tugas Cikgu Aisyah. Kaki Aqilah di raba perlahan.
“ Haris? Macam mana kau boleh ada kat sini? “ Aqilah bertanya , matanya berair menahan sakit. Haris hanya tersenyum.
‘Dia ni kan, lately ni suka sangat senyum kat aku, dah buang tebiat ke?’ 
            Tidak lama kemudian Nazrin tiba dengan peti kecemasan di tangan. Berpeluh-peluh Nazrin.
“ Hah! Sampai pun kau…” Haris mencapai peti kecemasan tersebut lalu mengeluarkan bandage .
“ Ni formula aku sendiri, kalau hari panas-panas ni mesti kaki yang berbalut panas gak kan? So aku balut kaki kau ni dengan ais ni.. Nanti kaki kau akan kebas tapi.. Tak adalah rasa panas sangat. Lagipun kaki kau ni macam dah slip sikit lah.. Kau pergi lah check kat doktor.. Taku kalau kat paksa jalan lagi, terus patah.. “ Gerun Aqilah mendengar penerangan Haris.
            Dia sudah maklum bahawa Haris bercita-cita untuk menjadi seorang doktor kelak. Jadi dia kena biasakan dirinya perkara-perkara yang seperti ini.
“ Wehh! Thanks!” Aqilah menjerit sambil melambai-lambai Haris dan Nazrin yang sedang berjalan meninggalkan khemah rumah biru. Haris tersenyum lalu membalas lambaian Aqilah. Dia tersenyum simpul.
            Aqilah memegang kakinya yang terasa dingin disebabkan ais. Dia bercadang untuk manarik diri dalam semua acara sukan yang bakal di sertainya hari ini. Aqilah tertidur di atas kerusi panjang dalam khemah rumah biru. Angin sepoi-sepoi bahasa melayan lenanya.

( Perlawanan persahabatan antara SMK MRSM dan SMK Tun Mutahir.)
‘Buk!’ Salah seorang menumbuk muka Haris secara tidak sengaja. Ia cukup membuat kepala Haris berpinar. Haris diminta menarik diri kerana prestasinya dalam perlawanan tiba-tiba merudum di sebabkan tumbukan sebentar tadi.
“ Damn!” Dia menumbuk kerusi. Darah yang mengalir di pipinya tadi sudahpun kering. Nasib baik sebelum menarik diri tadi, sekolahnya telah mendahului lawan 7 markah. Jadi dia hanya berharap pasukannya dapat mengekalkan prestasi dalam 20 minit lagi. 20 minit lagi perlawanan akan tamat.
            Dia melihat cermin di dalam beg sukannya.
“Haiizz! Teruknya lebam! Habislah imej I..” Dia bermonolog sendiri. Sejak bila dia mementingkan imej, dia sendiri tidak mengetahuinya. Dia meraba pula kocek depan beg sukannya.
            Terdapat 5 batang lollipop yang masih belum disentuh. Dia bercadang untuk memberi semuanya kepada Aqilah. 
            Akhirnya pasukan Haris berjaya menggondol pingat. Walaupun Haris tidak terlibat dalam saat akhir tetapi jaringan yang dibuat Haris sebanyak 7 kali sudah melayakkan Haris mendapat pingat khas.
“Ohho! Terima kasih kepada yang menyokong… sorry lah tadi tak dapat nak ikut serta dalam suku masa akhir… Mamai lah lepas kena tumbuk..” Haris masih lagi sempat berseloroh. Pipi kirinya ditampal plaster kecil.
            Walaupun hanya memakai topi nike, baju sukan rasmi berwarna hitam merah dan jaket putih digandingkan dengan seluar jean hitam sudah cukup menampakkan kelakian Haris. Ramai gadis meminatinya di SMK Tun Mutahir. Tetapi tiada seorang pun yang  berjaya menambat hatinya.

            Hari-hari masih seperti biasa. Bulan dan bintang sering menemani. Matahari sentiasa menerangi. Bagi Aqilah semuanya telah berakhir apabila dia mendapat tahu bahawa ibu bapanya telah bercerai.Tidak cukup dengan itu,ibu Aqilah menyalahkan Aqilah. Ibunya menganggap Aqilah sebagai punca penceraiannya. Dan ibunya memaksa Aqilah untuk tinggal dengan bapanya.
            Terasa hidupnya yang serba lengkap menjadi lompang. Akedemiknya semakin merosot. Nota matematiknya sudah tidak diendahkan. Badan pengawas mulai tunggang terbalik. Ramai cikgu mulai binggung dengan sikap Aqilah yang berubah seratus peratus.
            Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi bebelan darinya. Haris sendiri bimbang dengan keadaan Aqilah. Aqilah tidak bercerita dengan sesiapa pun masalahnya. Dia memendam. Baginya, jika dia meluahkan masalahnya seolah-olah meminta simpati.
            Tiap-tiap waktu rehat, Aqilah akan berada di tingkat paling atas blok c, iaitu blok yang paling tinggi. Sudah ramai yang menegur sikapnya termasuk Haris. Maria juga tidak tahu apa yang terjadi.
            Aqilah termenung lagi di tingkat paling atas blok c. Haris membawa sedikit roti dan air kotak.  Dia harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan Aqilah yang dahulu.
“ Nah..” Haris menghulurkan air kotak kepada Aqilah yang kelihatan sangat kurus.
“Aku tak haus..” Aqilah menjawab sepatah.
“Boleh tak kau jangan degil macam ni?” Suara Haris mulai meninggi. Aqilah menyambut air kotak tersebut tanpa memandang Haris.
“ Kau ni kenapa? Kenapa kau boleh jadi macam ni?” Tiada jawapan yang keluar dari bibir mongel Aqilah yang kering.
“ Aku tanya, kenapa kau boleh jadi macam ni??” Haris masih mengawal suaranya. Sama seperti tadi, Aqilah tidak berkata apa-apa.
“ Aku tanya ni!!! tak reti-reti nak jawab???!!” Kali ini Haris meninggikan suaranya. Tiba-tiba Aqilah menangis. Haris terkejut.
‘Aku salah cakap ke??’ Desis hati Haris.
“ Aku tak sangka hidup aku boleh jadi begini.. Aku mempunyai hidup yang perfect dulu! Kenapa aku jadi macam ni??” Aqilah menangis teresak-esak. Haris ingin mengusap belakang Aqilah, tetapi, ia akan mendatangkan kemarahan Aqilah.
“ Apa yang dah jadi sebenarnya..?” Lembut sahaja suara Haris bertanya.Bimbang gadis molek di depannya akan menunjuk perasaan lagi.
“ Parent aku… Diorang bercerai.. mama aku .. salahkan aku! Dia kata aku penyebab mereka bercerai… Apa salah aku?? Hah? Apa salah aku??” Dia menghamburkan lagi tanggisannya. Haris menggaru-garu kepalanya. Dia lebih senang melayan perangai Aqilah yang dulu.
‘Apa patut aku buat ni?? adoii!’ Dia menggaru-garu kepalanya lagi. Roti sardin yang baru dibeli dari kooperasi tadi langsung tidak disentuh.
“ So sekarang kau tinggal dengan sape?” Haris bertanya.
“ Aku? Entahlah.. Aku nak tinggal dengan bapak aku.. tapi , ayah aku tu pendiam sangat.. aku tak rapat dengan dia sejak kecil.. Dalam sebulan.. kadang-kadang sahaja kami berbual. Kelakar kan hidup aku?” Aqilah menahan sendunya lalu mengukir senyuman lara di bibirnya.
“Aku rasa macam nak mati kau tahu tak? Aku tension sangat dengan hidup aku… Sia-sia sahaja apa yang aku usahakan selama ini, akedemik aku, kokurikulum.. semua just nak tengok ibu bapa aku tersenyum bangga…  Aku jadi orang yang kejam..  Aku jadi orang yang ego.. Sekarang.. sekali lagi aku jatuh… “
“ Bak ego, kejam tuh aku setuju! Tapi.. kau tak adalah teruk sangat.. Kira okay lagi..” Aqilah tersenyum hambar. Hatinya sedikit terusik dengan komen-komen yang diberi Haris.
“ Haris.. Aku nak lari lah… Kalau boleh , aku nak keluar dari rumah tu.. buat seketika…” Haris terangguk-angguk.
“ Hahh!! Apa kata kau ikut famili aku pergi bercuti dekat langkawi nanti nak?? Aku payung..” Haris tersenyum sambil mengeluarkan lessen memandunya. Haris amat bertuah kerana lahir pada tanggal 1.1.1994. Aqilah mengesat air matanya lalu menyambar lesen kereta Haris.
“ Lahh! Jelouse nyer aku! Aku lahir bulan 12… lama lagi baru boleh ambil lesen…”
“ Kau nak ke tak? Kita ajak Maria, Nazrin dengan Rin nak? Ramai siket mak aku pasti tak syak apa-apa.. Lagipun muat-muat je kereta bapa aku.. Wira..” Aqilah berfikir sejenak.
“ Bila kau orang nak bertolak?”Aqilah seperti menunjukkan minat untuk turut serta dalam aktiviti keluarga Haris.
“ Huurrmm.. Minggu depan kan cuti seminggu.. Hari isnin minggu depan.. aku ambil kau.. Bawak lah apa yang patut.. Yang pasti kita akan berada di sana dalam 3 ,4 hari… “ Aqilah mengangguk-angguk lagi.
“Tapi.. Aku tak ada duit poket.. mak aku dah tak kasi.. Dia boikot aku..” Aqilah merungut lagi , air matanya mula bergenangan. Haris segera memujuk Aqilah.
“ Lahh.. Don’t worry lah.. aku loaded.. Kau sorang je aku belanja tau? Jangan beritahu Nazrin! Nanti dia menyibuk minta aku belanja.. hehe!” Aqilah ketawa melihat gelagat Haris. Haris tersenyum senang apabila melihat gadis pujaannya tersenyum semula.
“ Thanks taw..!” Dia mencapai roti di tangan Haris lalu menjamahnya. Hampir 2 hari dia tidak menjamah apa-apa. Tetapi apabila Haris datang menenangkan hatinya yang lara, barulah perutnya berkeroncong hebat.
“ Lapar pun dia..” Haris mengusik.
“ Mana tak nya, perut aku dah bunyi lagu heavy metal dah..” Aqilah merungut. Haris terbahak-bahak mendengar ayat yang direka Aqilah.
            Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan yang kian berbunga. Haris berasa sangat senang apabila Aqilah menerima perlawaannya ke Pulau Langkawi. Nampaknya terpaksalah dia memujuk bapanya untuk meminjamkan sebiji kereta di rumahnya.
“ Giler kentang!! Asal dengan tangan kau??” Haris memegang pergelangan tangan Aqilah yang berbalut. Haris memandang tangan Aqilah. Aqilah menarik tangannya. Tidak selesa apabila orang yang bukan semuhrim dengannya menyentuh badannya.
“ Aku kena kaca hari tu.. Salah aku jugak dok tak duduk pergi pecahkan cawan.. Frust punya pasal.. Semua benda aku baling. Telokop harta mak bapak aku…” Aqilah tersenyum hambar.
‘Dia ni!! Baru nak tersenyum tadi.. dah jadi macam ni~ Haris!! Kau ni suka sangat cari nahas!’ Dia memarahi dirinya sendiri.
“ Ohh.. Wehh!! Jom masuk kelas.. “ Haris mengajak Aqilah . Aqilah mengangguk sambil membawa plastik roti sardin dan kotak air yang sudah kosong untuk dibuang. Tanpa mereka sedari, Maria dan Nazrin sudah lama memerhati mereka sejak dari mula. Mereka terhibur apabila melihat Aqilah sudah tersenyum semula.
“Aku lega Aqilah dah okay..” Nazrin mengangguk-angguk. Mereka hanya menghendap tanpa mengetahui butir bicara antara Haris dan Aqilah. Tetapi melalui reaksi yang diberi Aqilah, Haris telah berjaya menenangkan hati Aqilah.
“ Eh!! Dah jomlah kita masuk kelas.. tak pasal-pasal kena sound..” Mereka beriringan ke kelas masing-masing. Aqilah, Maria dan Haris ditempatkan di kelas 5 Sains Tulen. Manakala,Nazrin ditempatkan di Kelas 5 ICT kerana cenderungnya lebih kepada komputer dan program-program yang berkenaan dengan ICTL.


“ Mama.. Aqilah pergi dulu ya?” Ibu Aqilah pada mulanya tidak mengendahkan Aqilah yang sudah menghulur tangannya. Aqilah mencapai tangan ibunya lalu mengucupnya syahdu.
“ Kalau Ilah ada salah.. Ampunkan Ilah ma.. Halalkan makan minum Ilah.. Kalau lepas ni.. Ilah tak balik lagi.. Ilah dah tak sempat nak minta maaf.. “ Aqilah sengaja menakut-nakutkan ibunya supaya ibunya menerima dirinya semula.
            Tetapi Aqilah hampa lagi. Ibunya langsung tidak mengendahkannya. Dia berjalan membawa bagasi. Di luar rumah, Haris, Maria,Rin dan Nazrin sudah menunggunya dengan senyuman. Aqilah ingatkan Haris akan memandu kereta wira milik bapanya, sebuah perdana v6 tersadai di hadapan rumahnya. Haris tersengih-sengih lalu menyambar bagasi Aqilah dan membuka pintu untuknya.
            Mereka bertolak tepat pada pukul 8.05. Haris memandu di belakang kereta bapanya. Nazrin duduk di bahagian kiri pemandu, manakala Aqilah,Maria dan Rin duduk di tempat penumpang di bahagian belakang.
            Jika Haris bosan biasanya dia akan mengusik Rin,Maria dan Aqilah . Pelbagai helah digunakan untuk menarik minat Aqilah berbicara.
“ Huuaaarrrgghhh!” Nazrin menguap sebaik sahaja bangun dari tidur. Matanya berair. Dia memandang sekeliling.
“ Weyh! Kita dah sampai mana? “ Nazrin bertanya. Nazrin telah terlena sejak awal-awal lagi. Pagi lagi katanya. Jadi Haris terpaksa berbual dengan gadis-gadis di belakang untuk menghilangkan kantuknya. 8.45 pagi, Haris mula mengantuk kerana penghawa dinginnya yang nyaman ditambah dengan suasana yang seakan-akan mendung kerana masih awal pagi lagi membuat matanya kuyu.
“ Kita baru je gerak lahh! Kau mengigau eyh?”
“Oh yeke? Aku nak sambung tidurlah..” Haris memukul kepala Nazrin.
“ Adoi! Apasal?” Haris meletakkan jari telunjuknya di bibir. Tanda meminta Nazrin memperlahankan suaranya.
“ Janganlah bising-bising! Kau tengok kat belakang tu.. semua dah terlelap. Kau janganlah tidur, nanti aku berhenti kat tepi join korang tidur nanti buat niaya saja..Tak sampai langkawi nanti.. Lagipun aku ni pemandu baru.. tak expert lah…” Haris bersuara. Nazrin mengangguk-angguk sambil mengambil sesuatu dari dalam begnya.
“ Nah.. Kau kunyah ni.. And jangan kacau aku tidur.. “ Nazrin menghulurkan sebungkus plastik yang dipenuhi dengan pelbagai gula-gula. Haris terpinga-pinga. Nazrin sudah menyambung tidurnya. Dia mengeluh perlahan lalu mengeluarkan sebiji gula-gula Hacks.
            Haris sempat mengamati wajah Aqilah yang sedang terlena. Aqilah hanya berbantalkan tangannya di tepi tingkap. Kadang-kadang apabila melalui jalanraya yang kurang sempurna, kepala Aqilah akan terhentak di cermin. Kadang-kadang dia akan tejaga sebentar, dan kemudian menyambung tidurnya semula.

“ Habis semua gula-gula aku??” Nazrin bertanya apabila melihat bungkusan tadi hanya dipenuhi dengan plastik-plastik gula-gula yang sudah tiada isinya.
“ Hhehe! Sorry beb! Mengantuk sangat!” Haris tersengih-sengih. Nazrin menggeleng. Terpaksalah dia membeli stok baru apabila berhenti sarapan pagi nanti.
            Seperti yang dijangkakan, bapa Haris berhenti di R&R yang berdekatan dengan pontian.
“Okay! oKay! Korang semua! Wake up!!” Nazrin menjerit. Aqilah tersentak.
“ Huh? Dah sampai ey?” Nazrin ketawa. Haris sudah keluar dulu untuk berjumpa dengan ayahnya.
“ Mana ada dah sampai sayang-sayang sekalian.. kita dekat Pontian dah.. Tak nak makan ke?” Semua mencelikkan mata lalu ‘membaikpulih’ muka masing-masing. Matahari terik memancar, melambangkan cuaca yang baik.
            Aqilah mengeliat. Sebaik sahaja nampak ibu bapa Haris. Aqilah segera menyalami mereka. Mereka amat senang dengan kehadiran rakan-rakan Haris. Haris mempunyai seorang kakak, tetapi belajar di luar negara, jadi ibu bapanya selalu sunyi. Apabila Haris mengusulkan cadangannya untuk membawa rakan-rakannya sekali, mereka terima dengan senang hatinya.
“ Jom! Kita makan! Lapar ni!” Seperti biasa, Nazrinlah orang yang paling bersemangat. Mereka berjalan masuk kedalam R&R dan memilih restoran D’rasa Sayang. Haris mengambil tempat disebalah Aqilah. Pelbagai tekaan dilemparkan kepada mereka. Nazrin memberi pendapat bahawa Aqilah amat secocok dengan Haris. Hati Haris berbunga-bunga. Begitu juga Aqilah. Tetapi dia tidak ingin perasaannya mengaburi prinsip yang dipegangnya selama ini.
“ Kau nak makan apa?” Haris bertanya sambil mengeluarkan dompetnya. Mereka berada di kaunter Restoran D’Rasa Sayang. Aqilah tersipu-sipu , tidak biasa menyusahkan orang lain.
“Dah lah! Aku yang bawa kau ke sini.. so aku kene lah payung kau.. Aku nak makan Yong Tau Foo.. Nak? Kita ambil satu bowl besar punya.. boleh share reramai..” Aqilah hanya mengangguk tanda setuju. Aqilah sememang nya amat menggemari makanan-makanan yang berkuah.
“ Okay.. kita pilih jom!” Haris mencapai pengetip lalu menghulurkan kepada Aqilah. Aqilah tersenyum. Hatinya terusik sedikit dengan cara Haris melayannya.
            Kebanyakkan pilihan Aqilah berunsur ketam, bebola ikan dan apa sahaja yang berkenaan dengan makanan laut. Haris terhibur melihat Aqilah yang begitu berselera makan. Aqilah hanya suka meratah makanan laut dan kuah Yong Tau Foo sahaja.
“Haris.. lain macam je pandang? Dah tertawan ke?” Ibu Haris mengusik. Haris menggaru-garu kepalanya lalu tersengih. Aqilah langsung tidak dengar akan usikan ibu Haris. Dia sibuk memenggal ketam yang berada dalam mangkuknya. Akhirnya semua tertawa melihat Aqilah yang sudah tersesat dalam dunia makan.
“ Kenapa?” Aqilah baru tersedar sambil membuat muka blur, dia bertanya. Sekali lagi tawa mereka meletus. Aqilah memandang lalu menyambung santapannya. 

Am I true?

3:22 AM ---
boys always the same... hummpphh!!











if you my love , you'll love me sincerely..
if you my love , you'll never do something that can make me sad..
if you my love, you'll never say goodbye..
if you my love , you'll never tear my heart..
But you're not my love, you lied me..
you make me sad..
you tear my heart into pieces..
you make my life miserable!
you make my heart die to accept another boy.. TT^TT
and girls always became the victim!!
 



someday he will love you
someday he will hurt you
someday he will leave you
someday he will make you cry
someday he will tear ur heart into pieces
but someday he will make u laugh
someday he will think bout you when he close his eyes..
so what ever he do to u .. dont ever give up~ heheh! ♥ <3





But sometimes...boys also can be trusted.. because certain boys are good!LOL! ^^


peek-a-boo!! 4 last part~

1:08 AM ---
“ Entahlah.. Bik pon tak tahu.. Yang pasti, semalam Ibu Kirana ada datang..” Aku terpempan! Aku mengulang tayang kejadian yang pernah menimpa Danial dahulu! Jadi bukan anti peminat Adam! Aku termenung. Aku segera membuang jauh lamunanku dan membawa lauk pauk yang sudah siap dimasak ke maja makan.

                Seperti biasa , Danial akan menungguku dengan sudu dan garpu ditangannya. Aku terhibur melihat wajahnya yang keanak-anakkan itu.

“ Jom! Makan! Sayang.. duduk lah.. makan sekali.” Aku patuh dengan arahan Danial, aku mengambil tempat di sebelahnya.

                Hari ini, aku mengenakan Blaus putih dengan bunga-bunga merah kecil di kaki baju dipadankan dengan selar slack hitam. Aku memilih tudung berwarna putih , sedondon dengan bajuku. Aku nampak cantik hari ini, tidak lupa juga, aku mencalitkan lip gloss di bibir .

“Tengok tu! Dia termenung lagi…”   Danial menegur. Aku tersengih.

                Setelah menyalami ibu bapaku dan mertuaku, aku segera membuntuti Danial ke pejabat. Mesti banyak kerja yang disimpan untukku ! Silap-silap penuh satu meja. Aku menggeleng  lagi.

                Masuk-masuk sahaja dalam pejabat, aku melihat pelbagai fail-fail dari kecil hingga besar! Aku terkedu~ patah juga pinggang aku hari ni. Hufff… aku mengeluh perlahan.


                Sedangku sibuk menyelesaikan kerja yang tergendala, satu mesej masuk dalam peti mesejku. AKu mengamati nombor yang tertera, nombor Kirana.

‘ Tunggu aku jadi madu kau!’ Aku terkejut. Telefon bimbit itu hampir terlepas dari tanganku! Aku memegang kepala yang sakit. Dia ni dah tak ada lelaki lain ke  yang boleh dijadikan suami? Kenapa perlu Danial? Ada sahaja halangan disaat aku ingin mengecapi bahagia.

                Aku meneruskan kerjaku seperti biasa. Tetapi perasaan risauku semakin teruk disaat malam menjelma. Aku mecari Danial tadi, mereka kata dia keluar jumpa klien. Danial juga sudah menelefonku mengatakan dia keluar sebentar untuk menguruskan hal-hal hak milik dengan kliennya. Tetapi itu 2 jam yang lalu.

                Kebiasaannya dia tak akan lama macam ni! Diriku memprotes lagi. Akhirnya aku tertidur di kerusi panjang di dalam pejabatku. Aku terlalu tertekan dengan perasaan yang menyelubungi diriku sejak siang tadi.

“ Puan.. puan Meesha.. bangun..” Suara Afifah, selaku setia usahaku mengejutku dari lena.

“ Puan.. tadi famili puan call.. Diorang suruh Puan Meesha balik, sekarang.. urgent. “ Aku segera mengagguk.

“Tuan Danial dah balik?” Aku bertanya pula.

“ Belum lagi.. saya dah call kan teksi…”Aku menganggk lagi. Aku mencapai tas tanganku . Hatiku berdebar-debar.

                Sebaik sahaja sampai ke perkarangan banglo 2 tingkat milik mertuaku, aku menangkap suara Syed Zehedi yang sedang memarahi seseorang. Aku tidak pasti, dia marah siapa. Aku melangkah masuk dengan pelbagai perasaan bercampur-aduk~

“ Kau nak jadi ape ni Danial? Aku beri kau agama cukup ! sampai hati kau! Kau tak fikir ke perasaan isteri kau..” Aku terkaku di depan pintu.

“ Apa semua ni?” Nada suaraku sedikit keras. Danial yang tadi menekup kepalanya segera mendapatkanku.

“ You must trust me honey.. im not like that.. Iz diperangkap… please sayang… percaya kan i…” Aku tidak mempedulikan rayuan Danial. Aku melangkah menuju ke bapa Danial.

“ Pa.. apa semua ni?” Aku bertanya sambil mengesat air mata. 

“Meesha… Danial kena tangkap basah … dengan Kirana.. Meesha sabar ya?” Aku memegang dadaku.

“ Ya, Allah!” Aku terjerit. Kakiku lemah longlai. Nasib baik Adam yang baru sampai sempat menyambutku. Danial ingin memapahku tetapi dilarang keras olehku.

“ Meesha tak nak tengok muka Iz lagi.. “ Ujarku sambil memalingkan muka.

“ Meesha… kenapa cakap macam ni? berdosa.. dia masih suami Meesha yang sah.. “Nasihat Adam.Aku mulai berang.

“ Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau tak faham ke? “ Aku menjerit seperti orang gila.. Aku tidak dapat menerima kenyataan seberat ini! Air mata seolah-olah penemanku kala ini.

“ Percayalah cakap I Meesha… Ni bukan salah i.. “ Tiba-tiba Kirana terpacul di muka pintu . Aku mencapai telefon bimbitku lalu membaling sekuat hati. Telefon bimbitku berselerak . Kirana menjerit. Dasar perempuan gedik.

“ Hey! Bohsia! Kau tak payah nak berlagak baik lah kat sini! Aku harap korang bahagialah.. Sesuai lah tu.. dua-dua sama cantik.. !” AKu menjerit lagi. Adam menggenggam tanganku. Aku merentap tanganku dan keluar dari banglo tersebut. Aku mengambil teksi yang kebetulan melintasi banglo ini.  

“Cik nak pergi mana?” Pemandu tersebut bertanya.

“ Pakcik bawa saya ke Seri kembangan.. “ Ucapku dalam sendu. Kenapa mesti aku?  Kenapa?

“ Nak.. anak ada masalah ke?” Tanya pemandu teksi itu. Aku mengangguk perlahan.

“Pakcik bukan apa.. tapi .. kalau dah macam ni.. anak kena sentiasa dekatkan diri dengan Allah.. Pakcik hantar anak pergi masjid selat ya? Jauh sikit.. Tapi percaya lah cakap pakcik anak akan tenang di sana. “ Aku mengangguk lagi. Suaraku tidak keluar. Betul, aku mesti mendekatkan diriku dengan Allah. Kalau aku pulang ke Seri Kembangan, pasti Alyssa akan risau. Lagipun aku baru dapat gaji. Bolehlah sewa hotel di sana nanti.

“Terima kasih ya pakcik..” Aku tertidur kerana terlalu letih.

                Aku dikejutkan pakcik pembawa teksi tersebut sabaik sahaja sampai di hadapan masjid selat. Selepas  membayar tambang. Aku segera masuk ke dalam masjid yang tersergam indah di hadapanku. Perlahan-lahan aku menghampiri rumah Allah membawa hati yang lara.


“ Ya Allah.. Betulkah keputusan yang aku buat ni Ya Allah.. Kau berikanlah aku petunjuk. Aku amat buntu ketika ini Ya Allah…!” Aku merintih lagi dalam tangis. Hampir 5 jam aku berteleku di sini.  Dadaku kian sesak.

                Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari rumah tuhanku yang Maha Esa. Sebaik sahaja kakiku melangkah keluar. Kedengaran bunyi guruh berdentum! Aku terperanjat. Aku meneruskan langkahku ke tempat yang tidak ku ketahui.  

                Aku terpaku dalam hujan lebat yang menggila. Buat seketika, hatiku yang kacau menjadi setenang-tenangnya.  Aku menuju ke hotel equatorial menaiki teksi.

                Setelah menyelesaikan bil, aku terus menuju ke bilikku. Baju yang tadi basah mulai kering. Masuk sahaja di dalam bilik, aku segera mencari telefon .

“ Hello..? Siapa ni?” Suara Alyssa bertanya.

“ Aku ni… Meesha..”

“ Ya Allah! Meesha! Kau kat mana? Aku dah dengar dah.. kau tahu  tak diorang sekarang ni cari kau .. Danial dah tak serupa orang lagi dah.. Dia pengsan tadi tahu tak? Baliklah.. kita boleh settle bende ni cara baik..” Pujuk Alyssa berbaur risau. Aku terkedu.Dia pengsan? Ya Allah! Aku apa aku dah buat..

“ Tengoklah.. aku tak boleh terima benda ni Lyssa.. Aku tertekan.. Kau cakap lah dengan mama dan papa aku, Adam, mertua aku, dan Danial.. Aku okay kat sini..  Aku tak nak dia cari aku..  “ Ucapku dalam sendu.  Alyssa juga turut menangisi nasibku.

“ Baliklah.. Aku tahu kau terluka.. Tapi trust me.. Danial bukan orang yang macam tu.. Jangan sampai cemburu kau mengaburi kebenaran…”

“ Alyssa! Ive told you.. Aku nak bersendirian.. Aku penat dengan hidup aku.. Aku penat! “ Aku menjerit sedikit.

“ Okay! Okay! Fine! Its up to you.. tapi ingat.. Kau tu asma.. Nanti sesak nafas banyak sangat nangis nanti susah! Dah arr! Susah nak cakap dengan orang degil macam kau ni!” Alyssa sempat membebel. Aku mematikan talian. Pasti Alyssa akan marah kerana aku memutuskan talian.


“ Danial bangun! Bangun! “ Syed Zehedi menampar pipi Danial. Danial masih tidak sedarkan diri. Tangannya masih terlekap di dadanya. Impak yang diberi Meesha tadi amat besar. Badan Danial lencun dibasahi hujan. Syed Zehedi semakin panik apabila melihat Danial yang tercungap-cungap.

                Adam sampai dengan keretanya.

“ Pakcik! Kita bawa Danial ke hospital…!” Adam membantu Syed Zehedi mengangkat Danial masuk ke dalam keretanya. Pada masa yang sama, ibu Danial sudah teresak-esak menangis.

“ Kau ni dah tak ada kerja lain ke hah? Dah tak ada orang lain dalam muka bumi ni kau nak jadi kan suami? Dasar bohsia!” Ibu Meesha menjerkah Kirana. Kirana menundukkan mukanya. Dia tahu bahawa dia sudah tersalah langkah.

“Bohsia jalanan.. Kau fikir kau artis kau boleh buat apa  saja? Hah?! Aku boleh burukkan nama kau, kau nak? Kau cuma artis, kau ada apa? Sekali aku sogok wartawan belum tentu kau boleh terlepas dari tohmahan yang bakal direka!” Kali ini ibu Danial pula yang menyerang sambil mencekak pipi Kirana.  Kirana menangis meminta simpati. Muka bengis semua oranng di sekelilingnya ditenung . 

‘Satu je care , aku kena lari dari sini.! ‘ Kirana mengesat air matanya. Perlahan-lahan di mengenggam beg tangannya. Kirana bangun lalu menolak ibu Danial dan lari keluar.

                Sampai sahaja di hadapa simpang empat, tanpa memandang kiri dan kanan dia terus melintas.

‘BAMMM!’ Darah berlumuran di kepala Kirana. Dia tersentak-sentak. Masanya hampir sampai. Orang ramai  mula berkumpul di tempat kejadian. Kirana yang tidak mampu bersuara hanya berserah pada Ilahi.

‘Ya Allah.. Aku bersalah.. Aku tak ingin mati.. Aku perlu betulkan hidup aku ya Allah! Aku mohon padamu.,’ Perlahan-lahan matanya tertutup.


“ Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah.. “

                Usai solat, seperti biasa, kesesakkan lalu lintas di bawah menjadi penemanku beberapa hari ini. Dua hari yang lepas, aku sempat mengunjungi pasaraya Fajar yang kebetulan bersebelahan dengan hotel Equatorial. Aku membeli baju dan barang-barang yang diperlukan.

                ‘Apa khabar Danial.. Dia ok ke?’ Suara hatiku bergema lagi.Sampai bila aku perlu bersembunyi di sini? Aku menggeleng perlahan.

‘Ting tong!’ Aku segera menuju ke pintu. Sebentar tadi aku telah meminta pihak hotel menghantar makan malam di bilikku.

“ Umm.. tha.. abang?” Aku terkejut melihat Adam muncul di hadapan  pintu bilik hotelku. Mukanya muram. Aku dapat menghidu sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“ Meesha..Ikut abang balik.. Danial.. Dia tenat.. “ Aku menekup mulutku.

“ Abang..! Danial?...Ehemm.. huumm.. Macam mana abang boleh tahu Meesha kat sini?” Aku mengawal nada suaraku.

“ Ini Adamlah.. Abang tahu lah mana adik abang pergi..” Dia bersuara lagi.

“ Abang.. Danial macam mana?” Aku bertanya.

“ Dia pengsan time kejar Meesha hari tu.. Tak tahu boleh tenat sampai macam ni.. “ Adam segera menyerbu bilikku. Dia mengambil baju sejukku dan tas tanganku dan menarik tanganku keluar dari bilik hotel tersebut.

“ Abang! Meesha tak pakai tudung lagi lah!” Adam tidak mempedulikan rungutanku malah genggamannya semakin erat hingga memeritkan!

“Hotel ni tak payah bayar ke?” Aku bertanya setelah melepasi kuanter utama.

“ Abang dah uruskan..” Dia bersuara perlahan.



                Suasana suram  di hospital membuatku ingin berlari keluar, tidak ingin menghadapi apa-apa lagi dugaan yang hebat. Wad 291 ku tempuh dengan pelbagai perasaan. Masuk-masuk sahaja, aku lihat sebujur jasad yang sedang lena tidur, kepalanya di balut. Aku terkejut melihat keadaan Kirana. Bagaimana boleh jadi begini? Aku memandang Adam meminta pejelasan. Adam tersenyum lalu mengejutkan Kirana bangun.

                Mata Kirana berkaca sebaik sahaja melihat wajahku. Aku semakin bingung.  Apa yang dia cakap ni?

“Apa ni? Kenapa kau nangis?” Aku bertanya. Dia menarik tanganku. Aku semakin keliru. Mana Danial?
               
                Kirana menceritakan semua perkara yang terjadi dari awal hingga akhir. Aku tergamam! Dia juga meminta maaf denganku. Di mulut bolehlah aku memaafkan dia. Tetapi di hati masih ada luka. Dan luka itu akan meninggalkan parut. Parut itu akan membuat aku lebih berhati-hati dengan orang yang sama jenis dengan dia ni.

“Kan abang dah cakap… Adik ni suka emo!” Adam mengejekku. Aku mencebik. Serta merta rasa bersalah menyelubungi diriku. Apa agaknya yang terjadi sebenarnya. Kenapa aku begitu jahil? Suami sendiri aku tidak kenal! Haizz!

“ Abang.. Meesha teruk sangat ke?” Aku bertanya perlahan.

“ Teruk tu tak lah.. tapi Meesha ni suka sangat bertindak ikut perasaan.. Meesha tahu tak mama dengan papa tiap-tiap hari menangis tunggu Meesha balik.. Danial jangan ceritalah.. dah tak serupa orang dah.. Menakutkan. Sampai doktor cakap, saraf tunjang dia boleh putus kerana tertalu menekan, atau dengan kata lain, dia ni simpan dalam ..  Kitorang risau gile mase dia pengsan kat depan pagar… “ Aku terkedu lagi.

                Sebaik sahaja menjejakkan kaki di perkarangan bangle dua tingkat milik mertuaku, aku disambut oleh seluruh ahli keluarga. Ibuku paling gembira saat aku memunculkan diri. Mereka dah berkampung disini sudah 4 hari katanya.  Setelah bersalaman. Aku segera naik ke tingkat dua.

                Masuk sahaja dalam kamarku, suasana di dalam bilikku kelam kerana Danial hanya memasang lampu  tidur. Aku menghampiri Danial yang sedang tidur.

“Abang…” Aku mengejutkan Danial dengan panggilan abang. Aku sememangnya ingin memanggil dia abang sejak dari awal aku bergelar isteri kepadanya.

“Abang… bangunlah…” Air mata sudah berjujuran apabila Danial memalingkan mukanya. Aku menarik tangan dia lagi. Dia hanya buat tidak tahu. Aku semakin tertekan.

“ Abang please janganlah buat Meesha macam ni abang.. Meesha berdosa…” Kali ini aku memeluk kakinya pula. Masih seperti tadi , tiada respon darinya.

“ Abang!” Aku menjerit. Aku sudah berputus asa. Aku menghempas pintu bilik mandi.

                Tersedu-sedu aku menangis. Hatiku bagai dicarik-carik. Dia menginjak hatiku hingga lumat. Aku memegang dada yang kian sebak.  Aku mesti kuat. Aku tak boleh mengalah.

‘Bam!’ Adoi! Macam mana aku tidak boleh perasan ada sabun disini. Aku memegang pinggang. Perit semacam.

‘Tuk! Tuk! Tuk! ‘ Seseorang mengetuk pintu.

“ Meesha! Meesha buka pintu ni! Meesha okay ke sayang?” Danial bersuara dari seblah pintu. Panik!. Aku tersenyum. Peluang baik! Aku mengaduh.

“ Abang.. pinggang sakit sangat ni.. Tak boleh bangun..” aku mengerang. Sebenarnya memang sakit. Aku cuba untuk bangun tapi tak boleh! Peritnya kian terasa. Kiranya sambil menyelam minum air lah keadaan aku sekarang ni.

“ Kejap.. abang masuk.. “ Pintu bilik air ditolak kasar dari luar. Aku mengesot kebelakang sedikit.  Kali kedua pintu ditolak, akhirnya muka Danial terpacul di hadapanku.

“ I almost die because of you.! You know!” Dia memarahiku sambil mencekak pinggang. Perlahan-lahan dia merapatiku dan memelukku erat. Aku membalas pelukannya.

“ Abang, Meesha minta maaf…” Aku bersuara perlahan. Dia mengangguk-angguk.

“ Jangan tinggalkan abang lagi…” Dia memberiku amaran. Aku tersedu-sedu menangis.

“ Abang laparlah..” Terbahak-bahak aku ketawa. Dia ni sempat nak makan time-time macam ni? Dia membantu aku bangun.

“ Abang ni sempat makan kan ? Meesha sakit macam ni.. “ Aku merungut. Dia tersengih.

“Rasanya dah 3 hari kot abang tak makan betul-betul.. mana tak nya. Buah hati lari…” Dia memuncungkan mulutnya.Aku menunduk. Dia memapahku keluar dari tandas.

                Kami berkongsi pengalaman masing-masing semasa berpisah . Danial rancak bercerita sambil mengurut pinggangku yang terkehel. Ada kala kami akan bercanggahan pendapat, adakala kami akan ketawa.

“ Abang.. Kata tadi  nak makan? Jom lah..” Perlahan-lahan aku berdiri sambil memegang pinggang yang membengkak. Dia tersenyum lalu mengangguk.

“ Jom!”


                Dimeja makan, semua mendiamkan diri. Melayan perasaan masing-masing. Aku bermain nasi yang baru berusik sedikit di dalam pinggan.

“ Perhh.. tadi berdentam-dentum.. Sampai bawah dengar.. Aikk? Dah baik ke?” Syed Zehedi mengusik. Aku tersipu-sipu. Dia ketawa. Danial tersengih-sengih.

“ Sampai terkehel pinggang pa… nak pujuk nak papa seorang ni..” Aku merungut. Danial ketawa terbahak-bahak.

“ Meesha.. Mama nak tanya ni.. Tak de isi lagi ke?” Tanya Ibu Danial. Aku terkedu. Nak cucu lah pulak mak mertua aku ni!

“ Tak ada ma..” AKu menjawab perlahan.

“ Mama! On the way.. hehe” Dia tersenyum sambil memeluk pinggangku. Aku mencubit pehanya. Dia mengaduh. Padan muka!

“Hmmm.. ye lah.. Mama dengan papa kamu ni bukan muda lagi… rumah kata pergi kubur kata mari..” Aku dan Danial mendengar ceramah tidak diundang ibunya selama setengah jam.


(Dua hari kemuadian)   


‘Uwkk…’Aku memuntahkan lagi makanan-makanan yang baru masuk tengah hari tadi. Aku keracunan ke?  Selepas membersihkan mulut, aku segera keluar dari tandas dan menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi. Danial yang sedang berbincang dengan Syed Zehedi memandangku penuh curiga.  Pelik lah dia ni. Aku merungut sendirian.
“ Abang.. Balik lewat ke hari ni?” Aku bertanya ,lemah. Dia mengangguk. Nampaknya aku terpaksa tunggu dia di dalam pejabat ni. Aku mencapai bantal kecil sofa dan meletakkan kepalaku diatasnya. Pening!
“ Cik Meesha..” Kejut satu suara yang tidakku kenali. Aku membuka mata perlahan-lahan. Seorang doktor terpacak dihadapanku. Aku sempat memandang Danial yang tersengih di sebelah doktor berbangsa cina ni. Ada sahaja rancangan dia ni!
“ Ohh! Mr Danish, you gonna be a dad!” Aku segera bangkit dari pembaringan. Hhah??? Danial tersengih-sengih sambil menyalami doktor Cheong.
“ I dah agak dah! Hehehe!! Thank you! Jom! Kita balik~ abang nak makan dan beritahu mama pasal ni~ hehe!” Aku ketawa lagi. Tak habis-habis makan dia ni! Berbunga-bunga hidupku! 
                Moral disini, apabila kita diuji dengan dugaan yang Maha Hebat, janganlah kita mengikut perasaan dan mengambil keputusan yang melulu. Apa yang penting, jika sekali kita rebah, kita bangun balik! Pasti suatu hari kita akan berjaya!!  Yeah! ^^

~Tamat~